Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Tuesday, 5 January 2010

Mengapa Aku Yang Terpilih?


Mengapa Aku Yang Malang di Tahun Baru 2010 ini?
Mungkin inilah yang mampu diungkapkan oleh seorang bayi berusia 11 tahun, selepas koma.

Tahun 2009 berlalu sudah dengan kehadiran TAHUN BARU 2010. Saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kisah hidup yang lebih manis dan lebih bermakna di tahun yang baru ini. Malangnya, tidak semua rakyat Malaysia yang dapat mengecapi kehidupan sedemikian. Seawal tarikh 3 Januari 2010, (Kuala Lumpur), telah ada insan yang mendapat igauan buruk yang tidak pernah diharapkan. Yang paling mengharukan, insan ini adalah seorang bayi yang baru berusia 11 bulan… belum pun sempat menyambut hari lahirnya yang ke 1 tahun.
Sebagaimana yang dilaporkan dalam media cetak dan elektronik baru-baru ini, bayi yang dimaksudkan (seperti dalam gambar berikut) didakwa telah didera oleh seorang amah dari negara jiran, Filipina. Dan penderaan ini memang terbukti apabila berjaya dirakamkan oleh ibu bapa bayi berkenaan, melalui CCTV yang  dipasang di rumah mereka. Sebagai ingatan kepada kita semua, ini bukanlah kes yang pertama!
 
Dipaksa memberus pakaian... bertuah punya amah!


mengerikan dan menyedihkan !                                              

Sedikit masa dulu (tahun lalu), negara kita heboh dengan isu-isu yang berkaitan dengan “amah” ataupun pembantu rumah warga asing ini. Bermula dengan isu penderaan ke atas amah oleh majikan, pembunuhan majikan oleh amah, amah lari bersama dengan harta majikan, amah cuba menculik dan menjual bayi majikannya dan macam-macam lagi. Kebanyakan kes yang berlaku ke atas amah warga asing selalunya diperbesar-besarkan oleh pihak media di negara asal amah tersebut, sehinggakan kadangkala hampir menjejaskan hubungan baik dua hala di antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan. Ini termasuklah isu cubaan amah Indonesia untuk menuntut gaji minimum RM800.00 pada tahun lepas.
Secara amnya, isu-isu seumpama ini tidak pernah dianggap isu penting di negara kita sebelum ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kebanyakan rakyat tidak mengambil tahu pun tentang isu sedemikain. Isu ini hanya akan mendapat perhatian umum apabila pihak media massa memasukkannya sebagai “berita hangat” dalam sagmen berita utama mereka. Namun bak kata perumpamaan “hangat-hangat tahi ayam”, isu ini cuma akan menjadi perhatian umum dalam tempoh yang singkat sahaja. Kemarahan rakyat Malaysia biasanya akan cepat reda apabila timbul isu-isu lain yang lebih menjadi keutamaan media massa di negara ini, khasnya yang berkaitan dengan perkembangan senario politik semasa. Dan mungkin juga rakyat mudah melupakan isu seumpama ini apabila pihak kerajaan sendiri seperti (seolah-olah) kurang memberi perhatian khusus dan serius terhadap usaha mencari penyelesaian masalah-masalah seumpama ini, khasnya yang berkenaan dengan isu “pembantu rumah” warga asing. Pastinya ada juga usaha yang dibuat oleh kementerian yang berkenaan, namun nampak gayanya usaha berkenaan kurang memberi kesan positif ataupun terlalu lambat memberikan kesan. Ini memberi peluang kepada berlakunya (secara berulang) kejadian ngeri seperti yang menimpa bayi 11 bulan ini.
Saya bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula skim pekerjaan pembantu rumah di negara ini yang dijangka akan memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia, khasnya dalam sektor tenaga buruh, keselamatan sosial dan ekonomi. Rakyat mengharapkan agar cadangan pelaksanaan skim baru pekerjaan pembantu rumah warga tempatan ini dipercepatkan sebenarnya, sebagaimana begitu cepatnya kerajaan melulus, menubuh dan melancarkan pasukan Formula 1, Lotus-1 Malaysia. Namun yang dibimbangi oleh rakyat ialah, akan kemungkinan cadangan ini akan menerima nasib yang sama dengan beberapa cadangan dan usaha sebelum ini, yang kebanyakannya (kemudian) “disenyapkan”, malah ada yang masih lagi “dikaji” sehingga ke hari ini. Sampai bila mahu dikaji??
Di pihak rakyat, apa yang boleh kita buat sementara belum wujud “comfort zone” yang disediakan oleh kerajaan untuk kita? Tiada jawapan yang terbaik, melainkan dengan meneruskan pengambilan pembantu rumah warga asing, sambil mengharapkan “nasib malang” tidak jatuh ke atas riba mereka. Bagi yang berkemampuan, bolehlah memasang CCTV di rumah masing-masing, walaupun ini tidak dapat menghalang kes dera oleh pembantu rumah warga asing daripada berlaku lagi.
MS@BS Kata : Bukan semua amah warga asing ini ganas dan bermasalah... namun bak kata pepatah... “Seekor kerbau membawa lumpur, kerbau yang lain pun turut terpalit”. He..he..he..
 
Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

2 comments:

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini