Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Wednesday, 28 October 2009

Projek-Projek Bermasalah Di Sabah

Lagi gambar-gambar bukti penyelewengan, pembaziran wang rakyat, korupsi, ketidakcekapan beberapa agensi kerajaan, kecuaian, penipuan terancang, kerakusan kontraktor dan individu yang berkuasa dan macam-macam gambaran lain... Semua projek sepatutnya disiapkan sebelum tahun 2009... Tahun 2008 berlalu begitu sahaja... tanpa ada seorangpun "orang politik" yang bersuara mengenainya di Parlimen. Sehinggalah laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan dan mendedahkan "betapa busuknya pekung di dada". Barulah ada pemimpin yang mahu mengulas mengenainya... ataupun, terpaksa mengakuinya... Perdana Menteri kata... saya (kerajaan) amat kesal mengenainya.... Tetapi kenyataannya... wang sudah dibelanjakan... masuk ke dalam poket "mereka" yang diberikuasa... Hasilnya..? Tidak seperti yang telah direncana... Akhirnya..? Rakyat kecewa... cuma mampu ternganga...
Gambar-gambar ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008. Wahai para pemimpin dan rakyat Sabah sekalian... Fikirlah Sendiri !
MS@BS KATA: Ini belum mengambil kira tangki-tangki dan tandas-tandas plastik yang dihadiahkan kepada orang kampung dalam pilihanraya ke12 lalu... ramai orang kampung tidak tahu nak buat apa... ada yang jadi stor atau reban ayam... tangki tu pula jadi kolam penternakan nyamuk Aedes... wakakakakakakkkk...
Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

Thursday, 22 October 2009

Laporan Audit Negara tentang Projek Jalanraya Sapulut-Kalabakan : Membuka Pekung Di Dada.

Projek Jalan Sapulut-Kalabakan tidak mencapai objektif – Laporan Ketua Audit Negara 2008. Alamak! Mengapa? Bagaimana? Siapa? Yang empunya angkara sampai jadi macam ni ??? Fakta Mengenainya:
  1. Projek ini menelan belanja (wang rakyat 1 Malaysia) sebanyak RM565 juta. Bukan RM5.65 Sen.
  2. Dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
  3. Kontrak diberi kepada Gamuda Berhad (Milik kerabat diraja Negeri Perak) dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd. (untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) dan beberapa sub-kontraktor kecil-kecilan lain.
  4. Jangkaan tempoh pembinaan dan penyiapan projek : 2001- 2007.
  5. Dikatakan “telah siap” pada tahun 2008.
  6. Spesifikasi kerja? – Membina jalan raya berturap sepenuhnya sejauh 145 km (sejauh 160km kata Irama Duta Sdn. Bhd.)
  7. Hasil Kerja disiapkan ? – jalan raya berbatu/gravel (standad) sejauh 145km, dengan pelbagai kerosakan pada permukaan jalan raya,bahu jalan, tebing/cenuram dan longkang (menurut laporan Audit).
  8. Faktor Penyebabnya? (seperti laporan Jabatan Audit Negara 2008..)
Kerja penyiasatan tanah tidak dilaksanakan dengan sempurna mengakibatkan banyak bahan yang tidak sesuai seperti batang balak digunakan untuk membuat jalan.
  • Perubahan skop kerja dengan tidak membina jalan berturap terpaksa dilakukan bagi memastikan kos projek tidak melebihi nilai kontrak yang dipersetujui.
  • Kualiti pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak memuaskan.
  • JKR gagal memastikan kerja penyiasatan tanah dijalankan dengan sempurna sebelum projek pembinaan jalan dimulakan.
  • JKR gagal memastikan kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki segera kerosakan .
Akhirnya, Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya pihak JKR supaya memohon lagi peruntukan kewangan tambahan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menyambung kerja-kerja penurapan aspal jalan berkenaan. Kemudian ada pihak yang membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Barulah pihak media perdana memuatkan kes ini sebagai bahan beritanya. Kenapa mesti begini? Tukul berketuk barulah pahatnya berbunyi? Kesian rakyat yang dipaksa bayar cukai setiap tahun, khasnya yang membayar cukai melalui potongan cukai secara berjadual. Wang cukai yang dijanjikan kerajaan untuk tujuan membangunkan negara dan memberi kesenangan kepada rakyatnya, seolah-olah hanya digunakan untuk MEMBERI KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN MELIMPAH RUAH KEPADA SYARIKAT DAN INDIVIDU TERTENTU SAHAJA. Bukankah ini satu pembaziran… akibat daripada kegagalan agensi kerajaan (JKR) dalam merancang dan melaksanakan tanggungjawabnya? Dan jika bukan kerana laporan Audit Negara, maka tiada siapalah pak menteri bertanggungjawab yang mahu membuka mulut. MUNGKINKAH BENAR ADA UNSUR PENYELEWENGAN DAN RASUAH DALAM KES INI? Demi mempertahankan dan membuktikan integrity organisasi maka pihak SPRM perlu bertindak telus dan adil, pada kadar yang paling segera dalam kes ini. Bukannya hanya membuka fail kes dan memerapnya ke satu tarikh dan tempoh yang tidak munasabah. Ini juga adalah kes berprofile tinggi, sama seperti kes penyiasatan ke atas mendiang Teo Beng Hock di Selangor. Di pihak rakyat pula, apa peranan kita apabila ada kes-kes seumpama ini? MS@BS Kata : Duit RM565 juta cukup untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana alam di Indonesia selama 100 tahun.. kalau mahu. Wakakakakakk... Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Blogers Around da World..

Hello Malaysian !

Arkib Blog Ini