Kes 1.
Seorang wanita dari sebuah kampung di daerah Tenom, Sabah mengikuti suaminya ke pasar. Suami wanita berkenaan meninggalkan isterinya untuk membeli belah di pasar Tenom, sementara dia sendiri beredar untuk menyelesaikan urusan lain. Menurut penjelasan wanita yang menjadi mangsa tersebut, dia telah dihampiri oleh seseorang yang menyapa dan bertanyakan sesuatu kepadanya. Setelah itu, dia tidak lagi menyedari apa-apa peristiwa sehinggalah dia disapa oleh seorang Jururawat di Pejabat Pos, daerah Papar. Di sana barulah wanita ini tersedar daripada pukauan, terpinga-pinga dan terkejut setelah menyedari dirinya berada di daerah Papar. Jururawat berkenaan dilaporkan telah membantu wanita berkenaan membuat laporan polis di Daerah Papar. Didapati juga wang simpanannya telah habis dikeluarkan daripada buku simpanan ASBnya. Selain daripada itu, dompet dan barang kemas yang dipakainya turut dilarikan oleh penjenayah yang memukaunya.
Kes 2.
Johor - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipukau sebelum dirogol oleh bapa angkatnya beberapa kali di rumahnya di Taman Sri Skudai di sini, sejak Januari lalu.Mangsa yang masih bersekolah itu turut dikurung selama tiga bulan di rumah berkenaan kerana suspek bimbang remaja terbabit melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata perbuatan terkutuk lelaki berusia 55 tahun itu terbongkar selepas remaja terbabit bersama ibu saudaranya membuat laporan polis pada awal pagi Isnin lalu.Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, polis menyerbu rumah lelaki terbabit sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol bapa angkatnya di rumah mereka sejak Januari hingga awal bulan ini, dalam keadaan tidak sedar akibat dipukau.
Kes 3.
Tenom - Sebuah rumah yang disewa oleh beberapa orang guru dari Semenanjung Malaysia telah dimasuki pencuri/perompak ketika guru-guru berkenaan sedang nenyak tidur. Pencuri berkenaan berjaya melarikan beberapa barangan seperti motosikal dan komputer riba (Laptop).Guru-guru berkenaan hanya menyedari rumah mereka dicerobohi oleh "tetamu tidak diundang" pada keesokan harinya, sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Kes 4.
Petaling Jaya - Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 23, didatangi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai wartawan sebuah majalah milik sebuah syarikat terkenal bernama Nadia di sebuah kedai runcit di Jalan Klang Lama 23 Oktober lalu. Menurut Siti, Nadia terus menariknya dan bertanyakan sama ada mangsa sudah berumah tangga atau belum untuk dijadikan model memperagakan jubah sempena Hari Raya Aidiladha.Suspek telah mengajaknya untuk menukar baju tetapi beralih untuk memaksa mangsa membuat rawatan muka selepas mendapati di situ tidak terdapat butik pakaian yang sesuai.
“Saya rasa seperti dipukau apabila menurut sahaja kehendaknya tanpa membantah walaupun saya kadangkala berasa pelik dengan alasan yang diberi.
“Ketika saya sedang mendapatkan rawatan muka, Nadia bertindak licik dengan memaksa saya menanggalkan barang kemas dan menyerahkan beg tangan kepadanya dengan alasan ia akan hilang jika diletakkan merata tempat ketika rawatan,” katanya.
Ujar Siti, Nadia kemudiannya memberitahu hendak ke tandas dan ketika itulah dia bagaikan tersedar yang dia sedang diperdaya.
BAGAIMANA ANDA BOLEH DIPUKAU?
PUKAU ada kaitan dengan perbuatan sihir (black magic) oleh mereka yang memang pengamal amalan-amalan sihir. Terdapat juga individu yang bukan pengamal ilmu sihir, tetapi berusaha mempelajari sihir-sihir tertentu (jampi/Serapah) untuk tujuan tertentu sahaja. Pukau biasanya disampaikan kepada mangsa oleh si pemukau melalui dua kaedah iaitu:
- Melalui renungan mata ke mata
- Melalui sentuhan dengan anggota badan si mangsa seperti bahu, belakang dan tangan.
Dipercayai ayat-ayat mentera lama ini dibaca terlebih dahulu oleh si pemukau sebelum menceroboh masuk ke rumah mangsa.
TANDA-TANDA DIPUKAU?
Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Sesetengah mangsa akan berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa mungkin dapat melihat penceroboh memasuki rumahnya dan mencuri barang-barang berharga, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia akan memberitahu di mana wangnya disimpan dan menanggal serta menyerahkan semua barang berharga jika diminta oleh si pemukau.
BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA DIPUKAU?
Amat sukar untuk menentukan diri kita tidak terkena pukauan orang. Namun mungkin ada caranya yang boleh mengurangkan risiko dipukau.
Menurut Dr. Amran Kasimin, pensyarah Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, ilmu pukau adalah ilmu yang ada kaitan langsung dengan syaitan, Jin dan Iblis. Oleh itu, bagi mereka yang beragama Islam, bacaan doa seperti ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang lima waktu. Kaedah-kaedah lain yang boleh dicuba ialah:
- Memastikan kita sentiasa berteman apabila keluar membeli-belah mahupun ketika mengeluarkan wang di mesin ATM.
- Elakkan daripada merenung lama-lama mata orang yang menegur sapa kita, khasnya jika kita tidak mengenali individu berkenaan.
- Memelihara ikan berduri di rumah seperti ikan Puyu (Ikan Karok).
- Menanam tanaman-tanaman berduri di halaman rumah seperti pokok limau purut.
- Menggunakan tangkal.... (jika sudah habis iktiar...).
MS@BS KATA : Kalau saya ada ilmu pukau tu... saya akan pukau semua pengganas di seluruh dunia supaya hentikan keganasan dan pembunuhan... wakakakakk...
Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!
Hi bro MS, saya pernah mendengar tentang pemeliharaan ikan puyu boleh menangkis ilmu pukau ni....
ReplyDeleteMengapa hanya ikan spesies ini? Apa kaitannya? Ingin tahu sebabnya....
Thanks & Rgds
Hi Honeybuzzin...
ReplyDeletePenjelasannya mungkin boleh dipersoalkan siapa-siapapun yang tidak percaya. Namun kuncinya di sini ialah "ikthiar" kita untuk menyelesaikan masalah seumpama ini...
Setahu saya, ilmu pukau ini ada kaitan dengan makhluk halus. Si Pemukau menggunakan makhluk halus untuk menjadikan mangsanya khayal ataupun tidak sedarkan diri. Sesetengah orang percaya makhluk halus berkenaan ialah Jin...
Jadi mengapa guna ikan puyu?
*Ada orang yang pakar mengatakan Jin mempunyai sifat-sifat yang hampir sama dengan manusia (cuma tidak berjisim). Sama seperti kita, benda-benda tajam dan berbahaya seperti duri ini akan menakutkan Jin/makhluk halus.
*Sesetengah ilmu pukau dikatakan hanya akan berkesan apabila semua benda hidup dalam rumah berkenaan telah tertidur. Ikan puyu atau karok ini pula adalah spesis ikan yang sentiasa aktif, walaupun pada waktu malam. Keadaan ini akan menyukarkan si pemukau untuk meneruskan niatnya.
Ada juga orang yang menyimpan ekor ikan pari, daun mengkuang dan lada hitam di dalam rumah. Semua benda ini dikatakan akan menakutkan makhluk halus daripada memasuki rumah kita...
Sejauh mana keberkesanannya? Bergantung kepada kekuatan diri kita sendiri. Orang yang lemah semangat, lebih mudah dikuasai Jin... orang bilanglah...
Satu lagi, orang yang kuat imannya... pun lebih kebal pendinding dirinya... itu kalau ikut penjelasan agama.