Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Tuesday 6 October 2009

“POCHO-POCHO” MENCEMARKAN BUDAYA KEBANGSAAN MALAYSIA?

Tarian pocho-pocho yang sekarang ini semakin terbudaya di kalangan rakyat Malaysia tidak kira orang kampung, golongan pertengahan mahupun golongan eksekutif, mula mengundang kemarahan sesetengah pihak dari negara jiran, khasnya Indonesia. Tarian ini turut dikaitkan dengan tuduhan sesetengah pihak di Indonesia sebagai “budaya Indonesia" yang "dimaling" (dicuri) oleh Malaysia. Benarkah Begitu? Dari satu sudut, tarian ini tidak banyak beza dengan tarian-tarian lain yang tergolong dalam “budaya popular” seperti tarian Break Dance, Shuffle, Hip Hop dan macam-macam tarian lagi yang ada hubungkait dengan negara Barat. Biasanya budaya popular ini cenderung disebarkan dan menjadi ikutan kepada mana-mana masyarakat di seluruh dunia, tanpa ada sebarang sekatan dan halangan berkaitan “paten” dan “hak cipta”. Namun lain halnya dengan tarian “pocho-pocho” yang dikatakan (tanpa pembuktian yang kukuh) bermula dari wilayah Asia Tenggara ini. Beberapa pihak dari negara seperti Indonesia dan Filipina mendakwa mereka mempunyai hak “paten” ke atas tarian ini. Malah di Malaysia juga ada terdapat pihak tertentu yang mengaku tarian ini sebagai sebahagian daripada kebudayaan penduduk Malaysia. Di Indonesia, sesetengah pihak berpendapat bahawa tarian pocho-pocho ini berasal daripada gerak tari penduduk yang mendiami wilayah Ternette. Namun hanya terpopular di kalangan rakyat Indonesia setelah dinyanyikan semula dengan adunan muzik moden oleh Yopie Latul; salah seorang artis tempatan di Indonesia. Walau bagaimana pun, tiada bukti kukuh untuk menyokong pendapat ini. Di Malaysia, pendapat atau dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tarian ini asalnya dari negara ini adalah tidak berasas sama sekali. Tarian ini cuma mulai popular di kalangan rakyat Malaysia sekitar penghujung tahun 90an. Sedangkan secara teorinya satu-satu “budaya” itu memerlukan tempoh tidak kurang daripada 100 tahun untuk terbentuk sebagai "kebudayaan” pada satu-satu bangsa. Oleh itu, gerak tari tarian “pocho-pocho” ini mungkin lebih rasional jika dianggap sebagai evolusi daripada gerak tari “tarian rampai” yang menggabungkan gerak tari beberapa tarian seperti Zapin, Inang, Joget dan beberapa tarian asli penduduk Sabah dan Sarawak. Tarian rampai di negara kita mula dipopularkan sekitar tahun 1971 dengan pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan oleh kerajaan Malaysia. Sesetengah pendapat pula menghubungkaitkan budaya “poco-poco” ini dengan kemasukan pekerja asing yang asalnya dari Kepulauan Maluku atau Ternate, Timur Indonesia. Kehadiran mereka ke Malaysia khasnya di Sabah turut membawa bersama “budaya pesta” dan muzik kegemaran (poco-poco) mereka yang biasanya tidak dijual di negeri ini. Lazimnya kumpulan pekerja-pekerja asing ini akan berkumpul bersama jika terdapat cuti-cuti dan kelepasan am, dan akan berpesta sambil menarikan tarian pocho-pocho. Sesetengah penduduk tempatan kadangkala turut serta dalam keramaian sedemikian dan menyebabkan (pada akhirnya) budaya ini terpopular di kalangan penduduk tempatan sendiri. Namun bagaimana pula budaya ini terpopular di kalangan VIP dan VVIP di negara kita? Agak mustahil, tetapi terdapat pendapat yang boleh diterima akal. Biasanya golongan VIP atau VVIP (Datuk-datuk dan Datin-datin) di negara ini memiliki lebih daripada seorang pembantu rumah yang berkhidmat dengan mereka. Kebanyakannya (jika di Sabah) menggunakan khidmat pembantu rumah dari Indonesia berbanding Filipina. Sesetengah pembantu rumah ini kadangkala mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan majikannya. Dikatakan bahawa golongan Datin-datin ini mempunyai kelab senam robik mereka sendiri. Keinginan untuk mencari gerak tari senaman robik yang sesuai dengan usia dan kecergasan mereka menyebabkan mereka memasukan elemen gerak tari “pocho-pocho” yang dipelajari daripada “amah” mereka. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini. Apapun penjelasannya, budaya Poco-Poco ini di Malaysia semakin “hangat” macam Goreng Pisang@Pisang Goreng sehinggakan di mana-mana majlis keramaian, keraian, atau acara pun seperti “tidak sah” kalau tidak diselitkan dengan acara tarian pocho-pocho. Sesetengah organisasi kerajaan pula menjadikan tarian ini sebagai “rutin” harian sama ada secara sukarela ataupun secara “paksarela”. Gambar-gambar berikut adalah sebagai bukti wujudnya “pocomania” di kalangan rakyat Malaysia, termasuk golongan VVIP. Pada saya, mungkin tidak salah untuk menarikan tarian ini pada skala dan tempat yang berpatutan khasnya dalam acara senaman robik mahupun persembahan biasa. Namun jika sampai ketahap “merasmikan” tarian ini dalam acara-acara rasmi, adalah tidak wajar kerana akan mewujudkan perspektif yang negatif. Sesetengah pihak dalam negara kurang senang dengan situasi seolah-olah wujud cubaan “membudayakan” tarian popular ini, lebih daripada tarian-tarian asli masyarakat Malaysia yang sebenar. Golongan ini bimbang budaya seni tari tersebut akan menenggelamkan terus tarian-tarian asli masyarakat Malaysia yang sebenar. Kebimbangan ini memang ada asasnya kerana popularity tarian pocho-pocho ini semakin meningkat berbanding tarian-tarian asli yang lain di negara ini. Manakala perkembangan terkini di rantau Asia Tenggara (seperti yang dinyatakan pada awal-awal catatan ini) menunjukkan bahawa tindakan melulu “membudayakan” tarian ini di Malaysia ternyata hanya memberi faedah kepada kumpulan-kumpulan tertentu (yang mungkin pelampau..) di Indonesia untuk mengapi-apikan rasa kebencian di kalangan penduduk antara kedua-dua negara (Malaysia-Indonesia). Walaupun kumpulan ini menyedari bahawa mereka tidak ada asas kukuh untuk “mengempunya” tarian ini, namun mereka tetap menjadikannya sebagai satu isu yang seiring dengan isu “Tarian Pandet” yang sepatutnya telah selesai di antara kedua-dua negara. Di pihak rakyat Malaysia juga perlu sedar, bahawa kita juga tidak ada asas kukuh yang sama untuk “membudayakan” tarian popular ini di negara kita. Sepintas lalu, pada saya tarian “poco-poco” ini sebenarnya boleh mencemarkan dan merosakkan Budaya Kebangsaan masyarakat Malaysia. Lantas, jika kerana “budaya popular poco-poco” ini menyebabkan rosak hubungan baik Malaysia-Indonesia di rantau Asia Tenggara, wajarkah kita mempertahankannya? Terkini: Ada pihak tertentu di negara kita cuba memprovokasikan tarian pocho-pocho ini dengan mendakwa kononnya tarian ini adalah “HARAM” kerana berasal daripada Filipina; iaitu satu budaya masyarakat beragama Kristian di negara itu. Bukankah ini semakin bersifat keterlaluan? MS@BS Kata: Lebih baik kita tibai ja tarian "cha-cha"... lagi best. Orang-orang dari Amerika Latin confirm tidak bising. Jangan ada yang mengaku tarian ini orang Malaysia punya... sudahlah. he..he..he.. Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

4 comments:

  1. haiz...suru jak durang kasi patent tu poco-poco...mcm juga tu nasi lemak...hahahahahahahahhaa~

    ReplyDelete
  2. Ya Angel.. Sokong!
    Sblm mana-mana negara mempatent... kasi patent sama dia. Kalau boleh dengan Yopie Latul (penyanyi dia...) lagi kasi patent sekali.. khar..khar..khar...

    ReplyDelete
  3. Kalau tarian asli masyarakat Rungus dan Bajau tu dimodified dengan muzik disco atau Trance atau Techno, mungkin boleh juga mencabar populariti poco-poco ni... wakakakakakak... :-)

    ReplyDelete
  4. di malaysia pun banyak tarian tradisi dari suku-suku masyarakat malaysia yg kalau digabungakan lebih menarik dari tarian pocong2..nda malukah bila dikatakan maling oleh sesetengah golongan fanatik Indon sebagai penjiblak budaya orang sedangkan kita ada zapin,joget,sumazau,limbai,daling,adai2,laliput dan banyak lg..

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini