Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Monday, 7 September 2009

Gaji Minimum RM800.00 Untuk Amah Indon ?

HAAAAA..... ! amah Indon minta gaji minimum RM800.00 sebulan?? Tidak cukup lagikah Gaji minimum RM400.00 ke RM500.00 sebulan yang telah ditetapkan sebelum ini?

Kah ! Kah ! Kah ! Nampak gaya ada pihak dari Negara jiran kita yang sudah berani menuntut lebih-lebih dari yang sepatutnya. Sebabnya? “Kerana mendengar guruh berdentum di seberang, mengharap hujan di bumi sendiri.” Kerana ada segelintir amah Indon yang tidak puas hati dengan perbezaan kadar gaji yang dibayar kepada mereka berbanding segelintir amah lain, maka sanggup satu Negara dilaga-lagakan dengan Negara lain. Amah dari Negara mana sebenarnya yang dibayar gaji sehingga mencecah RM800.00 ke atas itu? Tidak lain tidak bukan, amah dari Negara Filipina. Mengapa ada majikan yang sanggup mengupah amah Filipina ini dengan kadar gaji yang lebih tinggi berbanding amah dari Negara Indonesia?

Mari buat sedikit kajian dan perbandingan… ikut pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan dan kajian kes-kes berkaitan amah di Malaysia.

1. Amah Filipina dikatakan lebih mahir membuat kerja-kerja “amah” – Amah Indon? kurang mahir, malah ada yang sehingga membancuh kopi pun tidak tahu. Terpaksa majikan beri latihan sebulan… he..he..

2. Amah Filipina dikatakan lebih baik taraf pendidikannya – Amah Indon? ada yang tidak bersekolah pun… buta huruf pun ada. Tapi kira duit pandai… gaji sikit, dia tahu.. he..he..

3. Amah Filipina boleh berbahasa Inggeris lagi – Amah Indon? Jangankan berbahasa Inggeris.. berbahasa Melayu pun lintang-pukang. Terpaksa majikan ajar lagi sebulan… kadang-kadang sampai 3 bulan… menyusahkan lagi… he..he..

4. Amah Filipina kurang complain tentang kesihatan - Amah Indon? Banyak membawa penyakit berbahaya khasnya penyakit TB (turbokulosis)… kerana difahamkan kebanyakan kanak-kanak di Indon tidak mendapat suntikan pelalian sejak lahir… masalah dalaman lah ni… he..he..

5. Amah Filipina ada rupa… majikan kaya suka ha..ha..ha.. – Amah Indon? Sendiri mau tau… ha..ha..ha.. (INI GURAUAN SEMATA-MATA… HE..HE..)

6. Amah Indon cenderung melarikan diri lepas sebulan dua bekerja – Amah Filipina? Pun sama juga… banyak complain tentang ini

7. Amah Indon ada yang terlibat jenayah termasuk jenayah terancang – Amah Filipina? Pun sama juga… dera dan bunuh majikan, menculik dan menjual anak majikan, mendera anak jagaan dan macam-macam ada… he..he..

Apapun alasannya, tindakan meminta “gaji tetap” minimum RM800.00 sebulan adalah satu bentuk “ugutan” dari Pihak Berkuasa Tenaga Kerja Indonesia. Kalau tak bagi, macamana? Akan bengkrapkah Malaysia? Akan mati kutukah majikan di Malaysia?

Tiadakah jalan altenatif lain?

Sebenarnya ada…

1. Hentikan pengambilan amah dari Indonesia. Ada banyak lagi Negara ASEAN yang bersedia menawarkan perkhidmatan amah. Malah Negara-negara lain di sekitar Asia pun ada. Cuma kerajaan Malaysia belum besedia untuk menerima kedatangan mereka.

2. Jika susah sangat melayan karenah TKI (tenaga kerja Indonesia) ini, kerajaan perlulah mencari penyelesaian dalaman. Daripada menggaji amah Indon dengan kadar gaji yang tinggi, tetapi tidak setimpal dengan perkhidmatan kerja mereka, lebih baik rekrut amah tempatan. Dengan cara?

· Jadikan pekerjaan “amah” sebagai kerjaya tetap sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan Negara Barat. Tetapkan gaji minimum RM800.00 atau lebih, tetapkan imbuhan lain yang wajib dibayar majikan seperti faedah perubatan, insuran, KWSP atau yang seumpamanya, tetapkan cuti tahunan dan syarat kenaikan gaji tahunan, bonus dan lain-lain perkara yang lazimnya dinikmati oleh pekerja awam dalam pelbagai sektor lain di Negara ini. Pastinya, ramai rakyat tempatan Negara ini yang akan tertarik menerima peluang ini.

· Wujudkan pusat latihan khas bagi melatih penduduk tempatan dalam sektor berkenaan. Jika boleh, bukan setakat sijil tetapi hingga ke peringkat diploma… he..he..

· Dan sudah semestinya, perubahan-perubahan seumpama ini (jika dilaksanakan) memerlukan sedikit rombakan dalam undang-undang buruh atau akta-akta berkenaan pekerja di Negara ini. Dengan itu, akan wujud keyakinan individu yang menceburinya terhadap masa depan mereka dalam kerjaya ini.

· Jika tidakpun, realisasikan hasrat dan janji lama kerajaan untuk membuka lebih banyak TASKA atau pun Pusat Jagaan kanak-kanak(nursery) yang sehingga kini gagal dilaksanakan – satu jabatan, satu TASKA/nursery. Dengan itu wanita yang bekerja tidaklah bengang sangat dengan masalah ketiadaan amah ini.

Jadi konklusi kepada kemelut gaji amah indon ini terserah kepada kebijaksanaan Datuk Dr. S Subramaniam (Menteri Sumber Manusia), kakitangannya dan Kabinet sendiri. Jangan sampai Negara dan Kerajaan Malaysia dipandang “DAYUS” kerana “menimang anak kera dengan kasih sayang, anak sendiri disepak terajang”.

MS@BS KATA : Yang mana satu dasar yang betul ni?? Hendak mengurangkan tenaga kerja asing kah.... hendak "menjutawan" tenaga kerja asing? Kalau lepas ni mereka tuntut pula wilayah Sabah dan Sarawak... macamana? Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

4 comments:

  1. mmmm.......tia tau la.....tapi pikir2 balik..so far...siaurang dulu ada amah indon (timur) bagus gia dia tu...kerja on time, rajin lagi...my mom sendiri kasi increment...hahahaa...ok juga ba durang ni...cuma depends sama the family economy la..kalau dia kena suru cuci, masak pas tu kena jaga 1 baby, 2 budak2 yg mo membesar...sandi juga tu hihihihihi....

    but anyway, bkn semua juga tu yg ndak educated..yg biasanya pandai english usually go to singapore for better living..sa kenal ada 2,3 urang sana jadi maid suda..idup pun bagus...

    but this is dari point of view sendiri2 la kan..hihihihi...just my 2 cents~

    ReplyDelete
  2. Telampau banyak dah pengalaman dalam keluarga sendiri...
    dari anak satu... sampai anak tiga...
    dari amah yang dicari sendiri... sampai yang diambil dari ejen ...
    dari amah yang tinggal bersama dan yang pulang2....
    karenah amah indon ni memang berbeza. Yang bagus boleh sampai bertahun sehinggalah mereka minta berhenti sebab mau kawin... yang sebaliknya... satu hari ja pas tu tak nampak muka lagi.
    Saya tak kisah bagi RM800 sebulan kalau amah tu dapat buat kerja mengikut standard yang kita tetapkan....
    Kalau baru masuk dan masih perlu dilatih oleh majikan... sepatutnya gaji kurang sikit... kalau dah expert... bagi gaji penuh lah...

    ReplyDelete
  3. SYABAS KERAJAAN MALAYSIA ! TERIMA KASIH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ! Akhirnya tuntutan kenaikan gaji ke RM800 sebulan amah Indon tidak dibincangkan dalam mesyuarat dengan pihak Kerajaan Indonesia. Memang patutpun gaji itu tidak dinaikkan. Bukan sahaja rakyat Malaysia tidak setuju... malah ada pihak di Indon sendiri yang membantah.

    Malangnya... ada pihak yang kononnya sudah "anti-Malaysia" di Indonesia. Sampai ke tahap melancarkan kempen Ganyang Malaysia dan mengambil alih peranan polis dan tentera pun ada.

    ReplyDelete
  4. Bukan semua amah Indo tidak bagus....ada yang bagus...cuma segelintir sahaja yang menuang tuba di susu..begitu juga majikan. I personally think..it is the attitude that counts. Ada bos yg bagus..ada juga yg tidak bagus...
    begitulah alkisahnyaa...tapi kalau gaji diminta sampai RM800...macam banyak pulak tu...
    tapi orang tempatan tidak ada pula yg suka jadi orang gaji... u know what I mean..uhuk uhuk

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini