Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Saturday 16 May 2009

SELAMAT HARI GURU!

Selamat Hari Guru wahai warga guru-guru yang budiman di seluruh Malaysia.

Setelah hampir 52 tahun negara kita merdeka, jawatan guru tetap menjadi satu daripada jawatan-jawatan yang amat signifikan dalam perkhidmatan awam di negara kita. Namun nilai gah terhadap profesion perguruan kini tidak lagi menjanjikan “kesenangan” kepada para penjawatnya. Isu-isu berkaitan profesion perguruan (yang kebanyakannya tertunggak dari segi penyelesaiannya) adalah antara benteng yang menghalang dinamika profesion ini daripada terus berkembang ke satu tahap yang lebih tersohor. Isu-isu berkenaan termasuklah bebanan kerja berlebihan, arahan-arahan pentadbiran yang berlapis-lapis, kerenah birokrasi dan kurang ketelusan dalam urusan kenaikan pangkat, isu berkaitan emolumen dan banyak lagi. Mungkin kah benteng ini akan terus menebal sehingga menjadi tembok yang teguh? Seteguh Tembok Besar China?

Apa pun, tahniah kepada guru-guru kerana kebanyakannya masih tetap teguh dan ampuh dalam melaksanakan semua tanggung jawab yang diamanahkan. Walaupun mungkin pada hakikatnya, telah nampak sedikit kelunturan semangat bekerja dalam jiwa ramai guru dek kerana masalah-masalah berkaitan profesion perguruan semasa yang belum diselesaikan di antara NUTP, Kementerian Pelajaran dan JPA. Diharapkan permasalahan-permasalahan berkaitan akan dapat diselesaikan secara bijak dan berhemah oleh pihak Kementerian Pelajaran dan JPA, demi kepentingan penjawat awam dalam profesion perguruan ini. Penyelesaian pada kadar yang segera memang amat dituntut dari pihak yang berkenaan demi masa depan gemilang generasi muda Malaysia. Data /carta berikut ada hubung kait dengan urusan kenaikan pangkat penjawat awam di sektor perguruan, yang mana telah dicadangkan oleh pihak NUTP:

MS@BS kata : Mungkin inilah hakikatnya ungkapan "guru umpama lilin". Rela membakar diri sendiri demi menerangi orang lain. Namun, sekali terbakar... maka cairlah ia. Bila sudah cair... orang tidak akan pandang lagi. hu..hu.. Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

4 comments:

  1. Macam betul juga la kan MS, ungkapan 'biarku menjadi lilin' itu kena betul dengan guru. Lilin itu kalau dalam gelap atau black out, semua tercari-cari dan amat diperlukan, tapi bila da habis lilin itu tak ada siapa pun mahu, atau pada waktu siang hari semua manusia lupakan lilin. Rasanya hidup seorang gurupun tak jauh bezanya dengan lilin itu.. di hantar ke mana sahaja, mengikut perintah sepanjang perkhidmatan.. Jika berlaku apa2 kemalangan ke atas seorang guru biasa itu...siapa yang mahu melihat dan membatunya?...nasib untung ada saudara mara, jika tak da jadi mati katak aja.. Terdapat juga guru yang menjadi kurang betul atau jadi gila kerana tekanan kerja,birokrasi dan pelbagai ketidakadilan dan ketidak telusan dalam perkhidmatan. Semua ini menjadi tekanan kepada seorang guru. Apa usaha yang dibuat oleh KPM atau kerajaan untuk membantunya...? Kadang2 guru sendiri berasa malu menjadi seorang guru bila mengetahui bahawa dia bernaung di bawah payung yang disenaraikan sebagai agensi,jabatan atau kementerian yang paling banyak terlibat dengan rasuah. Apapun Selamat Hari Guru Untuk Semua Insan Guru.

    ReplyDelete
  2. Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua yang menceburi bidang ini. Bagi pendapat saya, cikgu merupakan orang luar yang membimbing anak-anak dan belia-belia kita selain dari ibubapa masing-masing.
    Saya banyak mendengar cerita-cerita dari abang-abang saya yang pernah menceburi bidang ini..bukan mengajar di sekolah tapi di kolej dan Uni.
    Mereka berpuas hati apabila pelajar mereka berjaya. Saya percaya masih ada ramai guru yang berkebolehan dan mempunyai wawasan yang tingi di negara kita.
    Mereka yang dihantar berkhidmat di luar bandar dan jauh terpencil patut diberikan insentif yang jauh lebih baik, menarik dan setimpal dengan pengorbanan mereka.
    Syabas buat semua guru di luar sana.3 cheers!

    ReplyDelete
  3. Sia setuju sama dorang si ocoi n honeybuzzin. Selamat hari sigu kepada semua sigu2.

    ReplyDelete
  4. Happy Teacher's Day..selamat hari guru kepada semua warga pendidik di negara kita.

    Kita bersyukur kerana dilahirkan dinegara Malaysia yg begitu mementingkan pendidikan anak bangsa. Justeru, guru2 telah 'digaji' untuk belajar bagi menjalankan tanggungjawab yg sangat besar ini demi anak bangsa.

    Demi menghargai pengorbanan guru..kerajaan telah menaikkan gaji para kakitangan awan dan yg paling penting menggantikan EHS (elaun hidup susah) kepada EKMLTK yg lebih baik di mana guru diberi elauan antara RM500-1500 mengikut kawasan.

    Tapi..adakah semua ini memuaskan hati guru2? semestinya tidak..Isu PPSMI, kenaikan pangkat, pengesahan gred DG41 dan banyak lagi..masih belum diselesaikan oleh pihak berwajib.. NUTP bertindak sebagai media perantara namun masih belum berkesan..

    Namun..guru2 terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen jitu biarpun terpaksa meredah hutan belantara, mendaki bukit-bukau dan mengharungi arus sungai yg deras. Yg penting..di hati mereka ini adalah ingin sampai ke sekolah tercinta dan mengajar murid2 yg dikasihi....

    Selamat Hari Guru...

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini