Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Monday 4 May 2009

Operasi Kerajaan Membenteras PATI : Apa Sudah Jadi ?

Hampir 2 tahun selepas kerajaan Malaysia mengumumkan operasi bersepadu mengatasi masalah kebanjiran PATI di negeri Sabah. Daripada “pengerusi” operasinya menyandang jawatan Menteri Pertahanan ke Menteri Kewangan... dari jawatan TPM ke jawatan No. 1 di Malaysia sekarang ini, Nampak gayanya masalah tetap belum selesai. Mungkin masih berterusan? Secara senyap-senyap? Ataupun telah diubah taktik dan “teknik”nya? Apapun... warganegara sah Malaysia di Sabah terus tertanya-tanya akan perkembangan dan kesudahannya. Malah masih ramai yang percaya... operasi ini masih “on-track”. Tidak kurang pula yang beranggapan bahawa usaha itu akan berkubur terus sebaik sahaja tampuk kepimpinan Negara bertukar tangan... sebabnya? PM kita yang baru ni memang sudah terkenal dengan sikap “baik hati” dan “suka menolong” orang-orang susah... khasnya dari 2 negara jiran. Itulah antara suara-suara sumbang kedengaran...

Walau bagaimanapun, jika pada awal-awal pelaksanaan operasi dahulu... mereka yang “makan lada lalu terasa pedasnya” ini memang agak berhati-hati berkeliaran di kawasan-kawasan Bandar. Kebanyakannya muncul seketika dan lesap semula ke kawasan-kawasan hutan berhampiran kawasan Bandar. Sejak akhir-akhir ini, kemunculan mereka secara kerap, berani dan terang-terangan di khalayak ramai di kawasan Bandar kembali menjadi-jadi. Seperti biasa, golongan yang sepatutnya diburu ini kini kembali menjadi “pemburu keuntungan” haram, di mana-mana pelusuk Bandar dan pekan. Sama seperti apa yang mereka lakukan dahulu... berjualan barang-barang seludup, tidak berlesen, tak bercukai, barang curi, cetak rompak dan lain-lain lagi. Kebanyakannya turut didalangi oleh peniaga-peniaga yang berlesen. Mereka ni berjualan dengan menjaja tanpa ada rasa takut, segan ataupun kerisauan akan tindakan yang mungkin boleh dikenakan terhadap mereka oleh pihak yang berwajib. Lebih teruk lagi... masih terdapat ramai warga tempatan sendiri yang terus setia menyokong tindak-tanduk PATI ini. Mungkin mereka tidak tahu.... ataupun sengaja sanggup “tutup mata – tutup telinga”.

Gambar bersebelahan adalah antara bukti yang sepatutnya boleh mengingatkan sebilangan warganegara Malaysia di Sabah, tentang betapa “anda begitu baik hati dan murah hati tidak bertempat!”. Anda ada pilihan lain, beli rokok di kedai berlesen. Kerana rokok yang dijual oleh “anak-anak dan warga penyu” ini sebenarnya sama dengan apa yang dijual di kedai-kedai dilesenkan oleh pihak kerajaan. ANDA MEMBELI, BERMAKNA ANDA MENYOKONG MEREKA!

Jika beli dari kedai berlesen, sekurang-kurangnya sebahagian wang anda akan kembali semula kepada kerajaan dalam bentuk cukai yang dibayar peniaga berlesen. Hasil cukai ini kemudiannya akan dikembalikan semula kepada rakyat (ibu/bapa/anak-anak/adik-beradik/suku sakat anda..) dalam bentuk “peruntukan pembangunan” infrastruktur, bantuan subsidi, wang kebajikan dan lain-lain lagi.

Kepada pihak Kerajaan, khasnya badan yang berkuasa dan telah dipertanggung jawabkan... rakyat sebenarnya memerhati gerak-geri dan tindak-tanduk anda. Jika telah diamanahkan tanggungjawab untuk “membenteras”, maka benteraslah mereka dan kegiatan mereka mengikut lunas undang-undang yang telah diluluskan parlimen dan dimaktubkan dalam perlembagaan Negara. Tunjang kepada kejayaan membenteras kebanjiran PATI serta kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan PATI adalah ANDA DAN NILAI INTEGRITI ANDA! Bukannya ahli-ahli politik yang sudah pasti kebanyakannya lebih gemar bertindak mengikut “arus siasah semasa”.

Kepada para peniaga berlesen, umum tahu bahawa ramai di kalangan anda yang turut menyumbang kepada kebanjiran “penjaja-penjaja penyu” ini. Jangan cepat membuat kesimpulan, kononnya jika tiada PATI, maka lingkuplah perniagaan anda. Itu tidak benar sama sekali untuk senario masa kini. Jika zaman 60an/70-an dahulu mungkin kebimbangan ini berasas. Kemampuan berbelanja rakyat sah Malaysia kini sebenarnya telah jauh lebih baik. Mereka pasti akan menyokong anda, jika anda beri mereka ruang dan peluang. Buat sementara ini, mereka bukannya tidak menyokong anda, sebaliknya mereka menolong anda menolong PATI. Keadaan ini tidak sihat dan wajar diperbaiki segera. Ingatlah ! Lama-kelamaan perniagaan anda akan mendapat kesannya. Lambat laun mereka akan mengambil alih perniagaan anda dan akhirnya menutup terus peluang perniagaan anda. Kesan seumpama ini sememangnya telahpun bermula di sana-sini. Bagaimana? Kerana penduduk tempatan akan lebih suka berurusan terus dengan mereka.. kerana sudah terbudaya. Apatah lagi di kalangan warga PATI sendiri? Mestilah sokong kaum sendiri !

Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

19 comments:

  1. mana la durang mo kasi kurang tu PTI...

    ReplyDelete
  2. Jika diadakan undi tidak percaya akan keberkesanan/keseriusan usaha kerajaan menyelasaikan masalah PATI di Negeri ini, Ocoilah di antara ribuan pengundi itu. Ocoilah juga di antara ribuan manusia yang paling prajudis dengan usaha ini.

    Isu lapok yang tidak pernah selasai ini sebenarnya boleh dibahas dari pelbagi sudut. Apapun, apa bila coi mengeluarkan kenyataan di atas ocoi sekadar memperturunkan beberapa alasan. Antaranya;

    1. Apabila kerajaan cuba menyelasikan masalah ini, maka timbul satu situasi sudut sukar seperti kata pepatah 'Ditelan pahit dibuang sayang'. Kenapa? kerana kerajaan dan pihak2 tertentu mempunyai kepentingan disamping mempunyai tali persaudaran yang amat dekat dengan PATI ini.

    2. Sebahagian dari pegawai pelaksana dasar adalah juga terdiri dari darah daging mereka. Jika anda jadi yang berkuasa dalam hal ini, sanggupkah anda menghalau saudara mara, malah ibubapa anda?

    3. Penduduk tempatan adalah pembantu dan pelindung PATI yang paling empuh. Persilakan buat tinjauan atau kajian, buat statistik berapa ramai orang tempatan yang menggunakan PATI sebagai pekerja mereka sedangkan pekerja ini sudah luput tempohnya di negeri ini.(Bukan semua)Lain lagi yang 100% memang melindungi PATI kerana PATI ini dapat pangkat menantu, biras, ipar dan macam2 status lagi.

    4. Mendapat Perlindungan dari majikan. Terdapat majikan khasnya syarikat2 perladangan yang sengaja melindungi PATI kerana mereka adalah tenaga buruh yang murah. Selalunya PATI yang berkerja pada majikan2 ini tidak mengira sangat berapa gaji yang diberi kepada mereka asalkan mereka dilindungi dari pihak berkuasa.

    5. Terdapat dalang di kalngan warga tempatan atau darah daging mereka yang sudah mendapat kewarganegaraan samaada secara sah mahupun melalui ic projek.

    Alamak! banyak betul pula dalil isu ini kalau mahu dihurikan satu persatu. Apapun, coi rasa masalah PATI di negeri ini tidak akan selasai sampai bila2pun, ia akan hanya menjadi isu2 politik dan jadi bahan minifesto parti2 politik. Tetapi hal ini sebenarnya boleh dikekang kemalaratannya jika kerajaan bersifat holistik dan transpirent dalam menengani gejala ini hingga ke akar umbi. Tapi apa yang umum ketahui masa kini Operasi2 Kerajaan dalam hal ini tidak lebih daripada gimik politik dan para politikus sahaja.

    ReplyDelete
  3. Seperkara yang perlu ditegaskan di sini... kita bukanlah "anti orang asing" atau orang luar. Malah kita sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka ke negara Malaysia. Mereka memang ada peranannya dalam soal meningkatkan ekonomi negara.

    SEBALIKNYA... kita tidak setuju dan tidak suka orang asing/orang luar yang datang ke negara ini secara tidak sah... iaitu tidak mengikut saluran perundangan yang ada di bumi Malaysia ini. Sudah lah demikian, golongan ini dengan sengaja mencabar kedaulatan undang-undang di negara ini.

    Nasib rakyat Malaysia yang masuk ke negara lain juga sebenarnya sama dengan golongan ini, jika rakyat Malaysia itu melanggar peraturan dan undang-undang di negara lain. Bukan setakat ditangkap dan dipenjara... malah DIHUKUM BUNUH pun ada.

    ReplyDelete
  4. Sia malas ba mo komen2 pasal PATI ni,dari sia kicik2 sampai la perut sia basar,nda jg pandai settle2 ni masalah, tapi klu x bagi pendapat nda tenang pla perasaan sia ni. Sia pun sependapat sama ko bro, mesti masi on track ni penternakan PATI di Sabah sekarang. Kalau la sia ada kuasa macam superman atau cicakman suda lama sia tangkap suma tu PATI n umban dorang balik p negara asal masing2.Kalau la sia ketua menteri sabah,hari2 sia bagi peruntukan buat spotcheck,sepa teda IC ja,trus tangkap masuk lori,lepas tu d pusat tahanan jangan kasi makan dorang 3 hari,baru dorang rasa.

    Kenapa sia taip macam tu? Sbb sia rasa sia mcm pelarian di negeri sendiri,pigi saja d KK belambak tu penyu2 rilek2 bejalan,lepas tu gaya pun satu hal,dorang buat negeri ni macam la dorang punya.

    Harap2 masi ada ketua menteri macam Chong Kah Kiat,sekarang punya tia bulih pakai.Kenen2 jumlah PATI skg jauh lebih banyak daripada penduduk tempatan,sia tebaca d blog IC PALSU klu tia silap.Kalaulah betul ging,atukei kritikal tahap gaban suda ni,bahaya mudah terbakar!

    Sia harap pihak pemerintah negara yang bekerja part time sebagai penternak PATI supaya hentikanlah kegiatan ini,cubalah ternak haiwan2 lain yang lebih mendatangkan faedah seperti kambing,lembu dan unta.Tidak lupa juga yang dikasihi individu2 tamak haloba yang mempunyai kuasa mengeluarkan IC supaya hentikan kegiatan yang boleh menjahanamkan negara sendiri.Fikirla semasak-masaknya sebelum anda sendiri dimasak!Jangan kerana kepentingan sendiri,kedaulatan negara tergadai!

    Astaga,panjang lebar pula komen sia ni MS,macam ahli politik pula,mcm mo tulis buku pun ada.Hehe.Bukan mo tunjuk tembirang d sini tapi cuma mengutarakan pendapat sebagai seorang Sabahan. Maaf kalau ada kata-kata yang keterlaluan. Harap-harap isu ni dapat diselesaikan di masa hadapan.Akhir kata dari sia, majulah sukan untuk negara!

    ReplyDelete
  5. Rockers Jalanan... komen yang bernas!
    Data dari saudara Mutalib MD di IC PALSU tu memang betul dan amat "menakutkan".

    Tiada siapa yang berhak kata Rockers Jalanan ini "tembirang"... selagi apa yang kita utarakan itu benar dan ada asasnya. Lagipun, setiap warganegara Malaysia yang "sah" diberi kebebasan untuk bersuara (bercakap)dan mengeluarkan fikirannya mengikut Perlembagaan Malaysia iaitu melalui peruntukan Kebebasan Asasi(Perkara 5-13).

    ReplyDelete
  6. Saya bapangalaman dalam hal orang yg ditangkap inda ada IC.Rata-rata sy punya kawan orang Pilipin yang inda ada IC.Diurang kerja bikin rumah ( kerja kuntrik ).Mo reput pulis pun kasian sabap diurang kerja bagus sama inda mangacau lain urang. Cuma diurang tiada pas sabap mau bikin pas sangat mahal lagipun tauki tidak mo jamin.Saya suda kasi tau suruh diurang ambil pas, diurang ambil juga tapi pas sebagai palancung.Ada kerja tapi tauki tidak mau jamin tiada guna juga. Diurang batahan sampai itu pas abis timpu.Lapas tu diurang kumpul duit banyak-banyak.Diurang bilang bikin bayar itu pulis kalau kana tangkap. Betul juga..Saya nampak sendiri..Operasi malam diurang kana tangkap tapi bisuk patang keluar juga balik. Bila sya tanya, diurang bilang itu pulis minta RM500 satu kapala.Wow..kalau sapulu urang ???Sakarang sya bukan tinggal lagi disana sya inda tau suda apa jadi sama diurang. Mungkin masi jalan-jalan sana-sana juga atau pun entalah.Ini barang sya pecaya bukan jadi di tampat sya seja tapi di tempat tuan/puan samua kan?Apa jadi sama kita punya pagawai?Salagi PATI buli bayar tatap diurang bebas..Itu pasal diurang ini inda pandai sikit tapi makin banyak.Kalu ada urang mereput sama pulis pun diurang inda takut sabap ada duit diurang..masalah dia sakarang kita punya pagawai tatap manusia biasa.Ada gaya tamaha mau capat kaya..Jangan tingu di Keningau seja..KK sebagai Bandaraya utama pun masi banyak PATI butul ka inda?? Pulis ada,imigresin ada, DBKK ada,mentri ada tapi diurang macam tidak buli buat apa-apa pasal bila mau buat oporasion batapuk samua PATI. Kanapa? Pasal ada urang kasi tau mau tankap. Bikin Sakit kapala mau pikil..tapi klu inda picaya sya pun inda buli buat apa-apa..mau taip panjang pun susa sabap malayu inda barapa ngam Dusun bule la..nanti lain masa sya kumin lagi

    ReplyDelete
  7. Kemarin kita punya PM... Najib Tun Razak datang Sabah... banyak dia jual minyak. Entah laku...entah tidak. Tapi yang pasti, dia inda pun komen apa-apa pasal "operasi benteras kebanjiran PTI" ini... hairan kan? Padahal dulu, masa dia jadi menteri pertahanan tu, dia yang beria-ia mau jadi ketua operasi... apalah nasib urang sabah ni... itulah kali yang urang bilang "urang pulitik" ni hanya buat bila ada kepentingan... bila rasa sudah dapat itu kepentingan, dia pun sejuk. trus buat Don't Know saja...

    ReplyDelete
  8. Saya percaya lahirnya komen2 dan luahan begini kerana wujud ketidakpuasan di hati. Kita hanya sekelumat dari ribuan sabahan yang tidak selesa dengan senario ini. Kalau tidak bercakap atau mengeluarkan kenyataan, macam kita merelakan pula semua hal ini berlaku.

    Sayapun seperti Rocker Jalanan juga, sudah muak dan termuntah2 terkencing2 dengar hal PATI ini dan tak berminat mengulas hal ini, termasuk yang ini dah berpuluh, luahan,kenyataan saya yang berkisar dengan masalah PATI ini. Sebenarnya tak ada siapa yang dengarpun, tak ada perubahan juga...itu-itu juga kata orang sabahan. Tetapi itulah, tak nak bagi kenyataan memang tak senang ati. Sekurang2nya melalui curahan ini terlerai juga serba sedikit kegeraman kemasaman kepahitan ketawaran di ati.

    Berhubung dengan pulis2 yang terima RM tu, memang seluruh rakyat Malaysia tak hairan, kecuali mereka yang tak celik berita dan keadaan semasa atau sengaja membuta dan menulikan telinga. D mana2 pun nama POLIS itu dikenali. Dan nama itulah yang saya selalu sebut2 sebagai cita2 saya semasa di bangku sekolah dahulu. Tetapi kini, saya amat bersyukur kerana cita2 saya itu terkandas di tengah jalan. Apa tidaknya, di mana2pun sekarang ini nama itu seoleh2 amat jijik dek kerana perbuatan oleh beberapa golongan dari mereka.

    Tapi saya tetap yakin dan percaya bahawa masih ada penjawat jawatan ini yang benar2 menjalankan tugasnya dengan holistik. Terima kasih,Sybas dan tahniah kepada mereka. Bagi saya, mereka juga seperti penjawat awam yang lain dan siapa juga...manusia biasa yang sentiasa diselimuti dengan perasaan tamak, nafsu membara. Cuma mungkin mereka ini mempunyai peluang dan ruang yang lebih terbuka untuk memuaskan melempiaskan nafsu mereka. Tapi biasalah tu kerana mereka seperti saya, kamu dan mereka..manusia biasa... Satu sahaja caranya mungkin, pulis2 ini ditukar dengan robot yg tak punya perasaan dan tak menginginkan apa2 (Nafsu). Tapi bahaya juga jika yang menguasi perkomptrannya dipegang oleh Sang Bangsat juga, sebab tetap ada sahaja manusia yang mengopersikannya.... wadoh--wadoh..mau baut cam mana lagi ni????

    Minta maaflah jika curahan ini keterlaluan, tetapi siapapun tidak akan mampu terus berdiam jika saban hari terus-terusan melihat golongan ini terus bermaharajalela di bumi sendiri... Pergilah ke Tawau, Lahad Datu, Samporna, Sandakan... anda tidak rasakan anda berada di bumi Sabah....

    Tetapi minta maaflah wahai anak2 Sabahan yang Malang.... Keadaan ini tidak dapat kita ubah lagi. Kita harus terima semua ini seadanya... Kita telah banyak kehilangan di bumi sendiri... Sebahagiannya hilang kerana kerakusan dari orang kita sendiri..samaada tanpa disedari mahupun kerana kerakusan..

    Kehilangan2 ini akan lebih bercahaya pada 20-40 tahun akan datang ini.. waktu itu anak2 kita generasi kita akan rasakan silaunya...

    ReplyDelete
  9. PATI oh PATI...

    Kalau kamu mau tengok wilayah paling banyak PATI kat sabah ni selain sndkan atau tawau..rasanya kat kawasan telipok dan menggatal kot..entah di ranau masi banyak ka?

    Sya membesar di area telipok dan tamparuli..dulu kwasan ni bersih dari PATI. Sya masi ingat nenek sya menjual sayur dan hasil2 kg kat tepi2 kedai masa tamu ari 4 di telipok..lepas tu org kg mabuk2 minum tapai kat tamu..begitu juga di tampruli..sya langsung x prasan ada PATI.,mungkin ada tapi 2 3 org ja..buli di abaikan..

    Jadi, kalau kerajaan bilang sudah melancarkan operasi pembersihan PATI...hmm rasa bukan pembersihan tapi 'penambahan' yg berlaku..kenapa? bah skarang ni kamu p la tamu telipok, menggtal..sepa yg menjual..huh PATI..mana p nenek2,mama2,bapa2 dari kg? hmm sana blakang kedai,sana pisuk2 yg org x nampak..mcmana mau laku jualan?

    Skarang ni..kalau di telipok sya berani ckp sudah jadi kwasan 'black area' mcm kg air atau sinsuran..kalau waktu mlm.. tak caya? p la sendiri.. Penempatan sementara untuk pelarian di kg Boronuon tu dah jadi perkampungan penduduk asing..siap dengan bekalan elektrik dan jalan aspal lagi..memang sebahagian penduduk situ ada ic tapi rasanya lebih separuh tiada ic dan mungkin pakai ic palsu..

    Nah..sepa lagi mau tambah atau cerita pasal PATI tempat dia?

    ReplyDelete
  10. Sampai bila mao berterusan begini? Banyak betul masalah..belum lagi bila kita pandu itu budak kecik jalan tepi tepi jalan...duh!..bikin takut...nanti kana langgar..nah..kita juga yg salah..

    ReplyDelete
  11. hello... sya mo tambah pula...
    Sekarang ni, bukan setakat dorang ada IC palsu tu... ada macam-macam lagi dorang ada.

    Boleh lagi dorang buat persatuan sendiri. Kemarin sya jalan-jalan di pekan Keningau, sia tekejut nampak satu banner... lebih kurang begini kepsyen dia...

    "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat"
    Anjuran : PERSATUAN KEBAJIKAN BUGIS SABAH

    Dan adalah gambar-gambar pemimpin politik yang terpampang di sana... kalau tidak silap sya, gambar ADUN Liawan... Datuk Sairin Karno lah kali tu... Banner tu digantung di sebuah warung di minimarket Hiap Lee baru tu....

    Sya tertanya-tanya, sejak bila pula ada kebenaran kerajaan untuk PATI menubuhkan "jabatan kebajikan" dia sendiri di negara ini?
    Mungkinlah juga persatuan itu ditubuhkan oleh etnik Bugis yang telah "diwarganegarakan" kan? Tapi nampak di sini, dorang sudah dianggap sebagai rakyat Sabah oleh pemimpin politik kita...
    Sia pernah terbaca kisah "PERKISA" (Persatuan Kebajikan Warganegara Indonesia kali tu..) yang telah akhirnya diharamkan oleh kerajaan... dari laman blog IC PALSU tulisan Mutalib MD. Mungkinkah yang sia nampak di Keningau ini adalah serpihan daripadanya??? Tia tau lah sya...
    Maka tidak hairanlah komen runsab kata... kampung dorang bukan setakat ada air dan elektrik, malah siap dengan jalan aspal lagi! Jalan urang kampung (penduduk tempatan) sendiri... masih lagi merah, berhabuk dan berlubang di sana-sini... hu..hu..hu..

    ReplyDelete
  12. aduh, sa tia tahan mo komen...sa pun sedih sabah jadi begini skrg. PTI yang mengaku malaysians sgt byk dan angkuh. huhuhu....sedihnya. kta byk ckp sini pun tiada guna. tidak kena dengar. sedih btul...waktu kita marah, drg tabur janji, bila kita lega suda sikit, drg buat2 lupa. susah mo cakap. nanti kena ISA.

    ReplyDelete
  13. saudara/i tiee...
    Bila kita beri komen tentang masalah kebanjiran PATI di Sabah ini, katakan sahaja. ISA tidak ada kena mengena bila kita beri komen tentang isu ini. Mengapa? Kerana ini adalah kenyataan dan fakta. Masalah ini benar-benar berlaku dan sedang membelenggu rakyat Sabah. Bila kita komen "kelembapan" tindakan pihak kerajaan dalam menangani masalah ini, bukan bermakna kita "ANTI" kerajaan. Kita sebenarnya sedang membantu dengan cara memberi "petunjuk" berterusan kepada pihak kerajaan agar perkara ini akan terus menjadi agenda utama Kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Betul kata si MS, jangan takut menyuarakan kebenaran. Kerana hanya itu sahaja kuasa yang kita ada sebenarnya. Walaupun ia tidak akan mengubah keadaan tetapi sekurang2nya kita menyuarakan pendapat yang boleh meletakkan kita di posisi mana. Jika berdiam dan tak bagi pendapat, seolah2 kita membiarkan kepincangan2 yang ada.

    Jangan risaulah dengan ISA kerana kita bukan anti kerajaanpun bila kita bersuara. Mala kita sebenarnya menyokong usaha kerajaan, yang kita persoalkan pelaksanaan dasar itu. Kita juga bukan menghasut siapa2, kita sekadar bersuara menurut undang-undang selaras dengan peruntukan Kebebasan Asasi(Perkara 5-13).bersuara di bumi meredeka ini.- Ocoi

    ReplyDelete
  15. susa mo ckp kalau pasal PTI ni. ramai yg suda ada ic ori. dapat keistimewaan dan kerja kerajaan. jadi bumiputera. janji ditabur hanya utk kasi diam org sabah sementara ja. tapi realitinya, PTI ni lebih tau bila polis mo dtg menyerbu. lari, tapuk skijap, then come back again. Berulang2 suda. rakyat pun fed up. jumlah yg ditangkap pun kecil banding dengan jumlah yg sebenar. Sedih, marah semua perasaan ada. Ada lagi yg sangup bakar bendera tu pun tiada tindakan. senyap saja. Huh...

    ReplyDelete
  16. Keep up talking. Keep up Complaint. Keep up discussing. Keep up buzzing about them ("shit” illegal immigrant!) So that our government will know how the Malaysian are taking too granted about this problem.

    ReplyDelete
  17. Ya ba kijap2 saja buat tindakan,bila kita lega sikit, kerajaan buat2 lupa.dari dulu smpai sekarang macam itu saja.nda taula sampai bila macam ni,sampai bila2 mungkin. Minggu lalu sia jalan2 d kundasang,dlm perjalanan p mesilou sia nampak satu om/timur perempuan dukung2 anak dia.itu baru satu tampat, cuba kita bayangkan seluruh Sabah, ada berapa banyak suda PATI pelbagai bangsa yang beranakpinak? menakutkan ni ging!

    Mimang mustahil suda mo tangkap suma tu PATI dan hantar dorang balik.Bukan sikit2 duit mo pakai.kalau masi tiada tindakan sia tia tau la apa mo jadi sama masa depan Sabah. adei banyak lagi mo taip sebenarnya,tapi sampai bisuk pun tia abis.sekian la dulu berita jam 6.

    ReplyDelete
  18. no komen......komen pun sme je....

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini