Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Monday 10 November 2008

Lesen apa anda pakai?

Pernahkah anda mendengar istilah "Lesen Kopi O... ", "Lesen Terbang..", "Lesen Hantu..." dan yang "sewaktu" dengannya? Mesti semua orang tahu dan maklum tentang istilah ini. Apa maksudnya? Tidak perlu dijelaskan di sini. Semua orang maklum maksud sebenar istilah-istilah tersebut. Atas sebab semua orang maklumlah... saya ingin kongsikan pengalaman saya berkenaan dengan perkara-perkara tersebut. Pada 9 Nov 08 yang lepas... baru-baru saja ni, saya ke KK atas urusan penting. Berkenaan kesesakan KK tu memang boleh diterima... tapi yang susah mo terima (walaupun cuba diterima juga...) ialah gelagat mat-mat rempit menunggang motor macam hantu bin syaitan. Sudahlah menunggang tidak beretika... bunyi dia lagi..huh! Memekakkan telinga. Bagus kalau besar sangat motor diorang tu. Memang biasa sahaja perkara tu kan? Memang betul biasa pun... yang luar biasanya ialah, tindakan penguatkuasaan yang seolah-olah tidak ada. Mana perginya polis @ trafik @ JPJ @penguatkuasa lain. Mungkin pasal hujung minggu... semuanya cuti. Ramai orang yang yakin bahawa pihak penguatkuasa ni hanya berani saman orang yang tidak berani melanggar undang-undang. Maksud saya.. jika disamanpun, atas sebab "terlanggar" undang-undang tu. Tapi yang secara sengaja mencabar undang-undang tu pula... biasanya selalu terlepas dari tindakan saman. Mungkin ada tindakan juga... cuma belum masuk perangkap lagi kot.... Tapi, macamana hendak memasukkan mereka ni dalam perangkap, jika "perangkap" tu sendiri tidak dipasang pun... kan? kan? Gambar ni... "bikin panas" saya ja... sudahlah double park kereta orang.... (orang dia pigi makan di kedai kopi bersebelahan... sambil cerita-cerita kosong), tidak ambil peduli pula tu bila kena hon-hon.... nasib baik ada ruang kecil saja di depan... bulih juga telepas dari kepungan. Kalau yang alang-alang punya pemandu.. barangkali kena tunggu setengah jam lagi. Gambar yang ni pula, ketika pulang rumah... tiba-tiba terserempak kemalangan yang baru saja berlaku... lokasi? Jalan lakut-manggis papar.... kereta Proton vs 4x4 Jeep. Teruk juga bonet depan kereta proton tu melanggar kereta depan dia... kesian juga. Jadi? pengajarannya untuk kita ialah... pastikan kita sentiasa berhati-hati ketika memandu... ikut peraturan, sebab orang lain pun marah kita bila tidak ikut peraturan... macam kita juga, pastikan keadaan kenderaan kita dalam kategori "sempurna" dan yang penting lesen kita tu "1st class" punya. Memang malang tu tidak berbau... mana-manapun, atau dalam keadaan manapun kemalangan akan boleh berlaku. Ini betul juga, tapi sekurang-kurangnya semua langkah berjaga-jaga dan "preventing" tu sudah kita ambil, kan? kuranglah sedikit rasa penyesalan.... Jika semua tu sudah diambilkira... dan terjadi juga kemalangan tu... apa boleh buat. Terima sahajalah dengan terbuka... Kiriman Bentarasakti....

2 comments:

  1. nah lesen kupi bah tu dorang pakai tu prenn..hahahah ada lesen saja terus racing2 bah kan..wakakak

    ReplyDelete
  2. kebanyakan urang tidak mau letak kereta dorang jauh-jauh mau men sanang bah, abis makan trus pi kereta, ada lagi yang suda tau sampit tu lorong mau juga double-park, inda sekolah kali kan

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini