Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Thursday 23 October 2008

Parlimen Kita... Kisah BUNTUT...

Buntut… oh! BUNTUT…

Kharr…kharr..khar..!

Geli hati yang teramat sangat bila melihat gelagat ahli-ahli parlimen kita yang “riuh”, jadi huru-hara dek kerana AP Beaufort (Datuk Lajim Haji Ukin) tersasul menggunakan sitilah “membuntut” bagi menerangkan keadaan “mengikuti atau menuruti tindak tanduk menteri tanpa banyak soal”. Kecoh satu dewan dibuatnya.

Ada apa dengan istilah “membuntut” ini sebenarnya? Menurut ulasan dalam berita yang disiarkan melalui Buletin Utama (TV3) dan Buletin Jam 8 (TV1) sempada 22 okt 2008, kekecohan terjadi akibat rasa tidak puas hati terhadap penggunaan istilah itu sendiri. Rasa kesian juga melihat MP Beaufort kita dihentam di Parlimen oleh AP-AP pembangkang. Tetapi begitulah keadaannya Parlimen Malaysia sekarang. Mungkin jika tidak “bergaduh”, tidak sah! Seolah-olahnya jika tidak ada pertikaman lidah dan tuduh-menuduh, itu bukan Parlimen Malaysia yang sebenarnya. Memang betul ada bakat... bakat melawak AKA “wakil lawak”. Ish...Ish..Ish... Bilalah nak menjadi “wakil rakyat”?

Jika menurut rutin pemahaman dan kepenggunaan istilah “buntut” atau “membuntut” di Malaysia, memang ada perbezaannya di antara wilayah, khasnya antara wilayah Sabah-Sarawak dengan wilayah Semenanjung Malaysia. Di Sabah dan Sarawak barangkali menganggap istilah ini adalah satu istilah rutin yang diguna pakai untuk mengistilahkan perbuatan ataupun keadaan di mana seseorang itu sentiasa mengekori ataupun menuruti (orang, kereta dan tindak-tanduk). Tidak ada pula dikaitkan dengan perkara-perkara yang menjurus kepada perlakuan seks (kecuali oleh mereka yang memang sudah “otai seks”, ada kemungkinan lah..) seperti yang dijadikan alasan oleh beberapa AP di Parlimen kelmarin.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 yang dikeluarkan oleh DBP, terdapat beberapa keadaan dan maksud bagi “buntut” dan yang berkaitan dengannya.

Buntut 1

1. Bahagian badan di antara belakang dan kaki ; punggung.

Contoh a: menteri mengepalakan gajah, dan bentara di buntut gajah.

Contoh b: bahagian buritan kapal dikenali “buntut kapal”

2. Bahagian bawah sebelah luar periuk, kuali dan lain-lain.

3. Lanjutan atau akibat sesuatu perkara.

Contoh: perkara itu belum habis lagi, ada buntutnya.

Berbuntut

1. Mempunyai buntut

Contoh: bintang buntut.

2. Ada akibat atau lanjutannya, berekoran

Berbuntut-buntut

1. (dengan) yang satu (seseorang) mengikuti di belakang yang lain,beruntun-runtun atau berderet-deret.

Contoh: berjalan berbuntut-buntut

Membuntut

1. Mengikuti seseorang atau sesuatu dari belakang.

2. Kaki mengikut

Contoh: yang salahnya kita sering membuntut, tidak berfikir sendiri.

Membuntuti

1. Mengikut, mengekori

Contoh: Ia membuntuti ibunya ke mana-mana.

Membuntutkan

1. Mengarahkan punggung pada sesuatu atau seseorang.

Contoh: ibu memalingkan badannya, membuntutkan aku.

Buntut II

2. Kayu

Sejenis tumbuhan / pokok renek – buntut baung, daun sekentut, temberak hutan (lasianthus oblongus)

Jika dinilai daripada apa yang disahkan oleh DBP melalui Kamus Dewan ini, tidak adapun perkara-perkara yang mengaibkan. Jadi, mengapa satu dewan parlimen jadi kecoh?

Mungkin secara kebetulan atau memang disengajakan.... istilah buntut atau membuntut ini menjadi begitu sensitif kepada sesetengah Ahli Parlimen kerana ada kaitan dengan pertuduhan salah laku seks terhadap DSAI. Tapi apa pun, sebagai pemimpin, sepatutnya semua AP kita tu tidak perlulah terlalu sensitif tak bertempat. Rasional dan sikap terbuka sepatutnya sentiasa menjadi amalan mereka. Selain itu mereka perlu “lebih bertapis” dalam setiap tindak tanduk dan pertuturan, lebih daripada orang kampung” yang memilih mereka. Jika tidak, tiadalah bezanya di antara mereka (pemimpin) dengan orang kampung (rakyat biasa) yang memilih mereka.

Fikirlah sendiri... ha..ha..ha..!

No comments:

Post a Comment

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini