Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Friday 26 September 2008

CAKAP, BIAR SERUPA BIKIN !

Ungkapan ini terpacul keluar dari beberapa ahli panel yang dijemput ke rancangan "Perspektif Kita" di Astro Awani semalam (25 Sept 08). Antaranya termasuklah seorang kritikus, Dr. Chandra Muzzafar.
Kepada siapa ungkapan ini patut ditujukan?
Sewajarnya kepada PARA PEMIMPIN NEGARA kita yang sudah diberi mandat penuh dan kepercayaan oleh rakyat bagi menyelesaikan masalah-masalah negara. Tapi apa yang berlaku?
Sejak akhir-akhir ini, banyak sangat yang dijanjikan. Memang ditunaikan juga... tapi tidak seperti yang dijanjikan. Tidak hairanlah timbul rasa kurang puas hati di kalangan ramai rakyat Malaysia. Memang susah untuk memuaskan hati semua orang, itu benar! Tetapi, adalah lebih baik bertindak "fikir dulu baru cakap kemudian", daripada "cakap dulu baru fikir kemudian". Jika tidak mampu menunaikan apa yang dijanjikan, lebih baik janganlah memberi banyak harapan. Akhirnya, kerajaan sendiri yang dipersalahkan rakyat.
Apa yang dimaksudkan di sini? Banyak perkara berkaitan.
Minyak misalannya menjadi isu panas yang pada akhirnya telah membakar api kemarahan rakyat. Bahangnya dirasakan sendiri oleh kerajaan, walaupun di hadapan lensa kamera menteri kewangan kedua sedaya upaya menutup badi keresahan mereka dengan berkali-kali mengatakan "ekonomi kita stabil...". Puncanya? Kerana ketika menaikkan harga minyak dahulu, kerajaan berjanji akan menurunkan semula harga, jika harga minyak mentah di pasaran dunia turun. Harga minyak mentah dunia kini sudah turun sehingga ke paras bawah USD100 setong. Lantas, kerajaan menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak di negara ini. Tapi... hanya 25 sen turun, berbanding RM1 kenaikan yang dilakukan dahulu. Ketika itu harga pasaran minyak mentah dunia pun di atas paras USD100 setong.
Rakyat mula mempersoal situasi ini. Naik mendadak, turun sangat sedikit. Datuk Shahrir Samad sendiri tidak mampu memberi penjelasan meyakinkan tentang senario yang diwujudkan kerajaan ini.
Berkenaan dengan kenaikan mendadak harga barang keperluan di pasaran pun, menjadi satu bebanan yang sangat berat ditanggung oleh kerajaan sebenarnya. Tetapi, bak kata pepatah... "berat mata kerajaan memandang, berat lagi bahu rakyat memikulnya". Apa tidaknya? kerajaan berjanji untuk memastikan para peniaga tidak terus menerus menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, lebih-lebih lagi setelah harga minyak mentah dunia kembali ke paras "stabil".
Namun setakat ini, tidak nampak satupun usaha jitu kerajaan untuk benar-benar memastikan kenaikan harga ini tidak terus menerus membebankan rakyat. Apa yang ada ialah sekadar janji dan janji... selebihnya ialah kenyataan akhbar/media elektronik yang bertujuan cuba meyakinkan pengguna dan pelabur asing, atau sekadar "halwa telinga" sahaja. Kenyataan sebegini memang perlu dan baik untuk perkembangan ekonomi, tetapi perlulah disusuli dengan tindakan proaktif dan penuh bertanggungjawab setiap kementerian yang berkenaan. Mengapa? supaya rakyat tidak menilainya sebagai "sekadar Cakap tak Serupa Bikin".
Yang nyata, para peniaga memang enggan menurunkan harga. Malah dengan berani berdolak-dalik dan meletakkan pelbagai "syarat ali baba" untuk membolehkan mereka turunkan harga. Dulu alasan utama untuk naik harga ialah, harga minyak mahal. Sekarang pula, parts itu mahal... cukai ini mahal.. charge itu ini mahal... salah si polan... salah si anu... dan macam-macam alasan. Ini semua sekadar alasan sahaja ! Apa yang nyata ialah, mereka sudah merasa keuntungan dan sedang berkira-kira untuk dapatkan untung berganda.
Yang sedihnya... pihak berwajib yang dilantik kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah seumpama ini seolah-olah hilang punca untuk bertindak menegakkan hak rakyat! Hak Pengguna! Tidak hairanlah banyak pihak beranggapan mereka ini, hanya duduk di meja pejabat dan menulis laporan "remote control" yang mungkin dituntut oleh menteri berkenaan, tanpa "turun padang" meninjau permasalahan sebenar. Akhirnya, kenyataan menteri ialah... keadaan terkawal... ekonomi baik... ekonomi stabil.. kukuh... dan semua yang baik-baik. Tidak ada cacat-celanya...
Allaahhaiiii... sampai bila lah keadaan macam ni?
Saya yakin kebanyakan rakyat di negara ini sudah muak dengan pelbagai drama politik yang dimainkan oleh ahli-ahli politik kita. HENTIKANLAH DRAMA-DRAMA "POLITIK KARUT-MARUT" ini dengan segera!
Sedarlah wahai pemimpin kami semua bahawa apabila sudah puas menonton "DRAMA YANG TAK SUDAH-SUDAH", memanglah rakyat akan menagih sesuatu yang lebih realistik pula. Adalah sangat wajar para pemimpin negara kita (dari mana-mana partipun..) memulakan satu penyelesaian yang jitu ke atas masalah rakyat. Wakil rakyat dipilih rakyat, oleh itu kepentingan rakyat sepatutnya didahulukan. Bukannya kepentingan poket sendiri... status sendiri.... kawan dan kroni sendiri... dan macam-macam lagi. Bukannya tidak boleh ambil kira semua tu... memang perlu juga. Tapi biarlah diletakkan nombor tiga ataupun empat di belakang.
Ingatlah... "AGENDA WAKIL RAKYAT ADALAH AGENDA UNTUK RAKYAT"
Jika hari ini kita berkuasa, esok kita akan hilang kuasa. Jika hari ini kita berkesempatan, esok belum tentu ada. OLEH ITU, gunakanlah kuasa dan kesempatan yang ada hari ini untuk kebaikan-bukan kemungkaran.
Bingkisan ikhlas
Bentara Shakti

No comments:

Post a Comment

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini