Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Tuesday 9 September 2008

Tan Sri Kurup hilang kerusi MP ???
Kesian dia... ingatkan bolehlah bersenang-lenang. Tapi, itulah kenyataannya dalam hal KEBENARAN. Jika tidak dapat ditegakkan hari ini, esok akan terbukti juga. Demikian pula halnya tentang penipuan.
Hakikatnya, jika hari ini kita berusaha menipu... esok akan ramai lagi yang akan berusaha membongkar kemungkaran kita. Inilah dunia... Apapun kejadiannya, biarlah pilihanraya kecil yang mungkin akan dijalankan di kawasan parlimen Pensiangan nanti dapat dilaksanakan dengan seadilnya serta memenuhi lunas undang-undang negara... bukan undang-undang individu dalam SPR (seperti sebelum ini..).
Kita semua mahu anak bangsa kita berjaya dalam semua bidang, termasuklah bidang politik. Tapi biarlah dengan cara yang terhormat dan penuh beretika. Kita pun faham juga keadaannya "Politik itu tidak pernah bersih". Bagi golongan muda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi "orang politik" dalam masa yang terdekat ini, ambillah ingatan dan pengajaran dari peristiwa ini.
Ikhlas
Bentara Shakti

No comments:

Post a Comment

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini