Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Tuesday 9 September 2008

MP Bercuti Beramai-ramai Di Luar Negara ? WOW ! WOW ! WOW ! daaaannnn… WOOOW ! Inilah reaksi teragung saya.. Perkara ini semestinya mengundang pelbagai persoalan dan selanjutnya spekulasi di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin lagi kritikus terhadap perkembangan mutakhir dalam negara. Mengapakah agaknya percutian seumpama ini “dihalalkan” tatkala kerajaan di bawah kemudi Pak Lah melaung-laungkan saranan agar rakyat Malaysia mengubah gaya hidup mewah kepada hidup lebih berjimat cermat ? Apakah saranan kerajaan ini hanya untuk rakyat Malaysia dari kalangan “orang miskin” sahaja? Sementara golongan bawahan berusaha membiasakan diri dengan gaya hidup yang lebih sederhana akibat desakan ekonomi yang semakin merudum sejak akhir-akhir ini, tiba-tiba ada pula segolongan rakyat yang diberi keistimewaan berlebih-lebih. Di manakah kewajarannya “percutian sambil belajar” para MP ini ketika :

  1. Negara kita sedang berhadapan dengan krisis ekonomi akibat fenomena ekonomi global yang dilanda “Tsunami kenaikan harga” komoditi bahan bakar dan makanan. Sepatutnya semua orang (tak kira bulu..) perlu berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah.
  2. Nilai mata wang RM kita dilaporkan semakin menurun berbanding mata wang - mata wang asing. Bukankah pengaliran keluar wang negara ini akan memburukkan lagi keadaan?
  3. Negara kita sedang berhadapan dengan fenomena baru “Tsunami Politik” yang berlaku selepas pilihan raya ke12 yang lalu, dan selepas kemenangan DSAI dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini (walaupun ada menteri BN yang berkeras mempertahankan kononnya Malaysia tiada “Tsunami Politik” seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu – sekadar melegakan rasa runsing dan resah diri sendiri barangkali).
  4. Mata, telinga dan fikiran rakyat Malaysia sedang tertumpu pada PERSOALAN BESAR 16 September 2008 – Akan berlaku kah pertukaran pucuk pimpinan kerajaan, seperti yang didakwa oleh ketua Pakatan Rakyat DSAI? Tidak hairanlah banyak pihak yang mengaitkan perkara ini dengan dakwaan “konspirasi” dan “Komplot Jahat” kumpulan-kumpulan tertentu. dalam mencapai cita-cita politik mereka.
  5. Negara kita sedang menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51 dan penutup sambutan perayaan ini ialah pada 16 September. Bercuti sehingga ke tarikh melebihi 16 September di luar negara mungkin bukanlah satu cara yang sihat untuk kerajaan dan para MP ini menunjukkan kepada rakyat yang mengundi mereka tentang nilai patriotisme dan cara menghormati kemerdekaan tanah air.
  6. Satu lagi, bukankah sekarang ni bulan puasa? bulan yang sepatutnya digunakan untuk beribadah dan lebih banyak bermuhasabah diri. Melancong tak salah, tetapi pasti akan mendekatkan lagi seseorang individu itu dengan pelbagai godaan dan maksiat.

Apa pun alasan yang dikemukakan untuk tidak menyetujui pakej pelancongan MP ini, sememangnya mungkin tidak akan mengubah keadaan. Jika tiket sudah ditempah, hotel sudah dibayar, makan minum sudah diaturkan dan “cek sudah ditulis dan ditandatangani oleh pihak penaja”, nak buat macam mana lagi? Jomlah MP kita melancong beramai-ramai – Jangan melencong dan terlencong sudahlah... Pada pandangan saya, tidak perlulah wang rakyat dibelanjakan sampai begitu sekali. SATU PEMBAZIRAN TERANCANG. Rakyat mengundi ahli YB MP adalah untuk menegakkan keadilan dan pembelaan ke atas nasib rakyat, bukannya untuk mengayakan dan memewahkan si MP. Tak kanlah rakyat dipaksa “makan kerak nasi” sedangkan MP nya pula "makan berhidang". Jika para menteri dan ahli MP sebagai “ibu-bapa” gagal mengutamakan kepentingan “anak-anak”nya berbanding kepentingan diri sendiri, maka tidak mustahillah anak-anak ini kelak akan memberontak dan sanggup melakukan apa sahaja, demi mendapatkan kembali hak yang mereka rasa telah diambil dari mereka. P/S – Mengapa tidak para MP ini ditawarkan pakej pelancongan dalam negara dahulu sebelum ke luar negara? Dengar-dengar khabar, masih ramai ahli MP ini yang tidak pun kenal rakyat dan “tempat-tempat menarik” tertentu di kawasan yang kononnya diwakilinya. Alahaiii... Kalaulah buat pakej “melancong sambil belajar kesusahan rakyat” sebegini diutamakan, kan lebih elok ! ANDA FIKIRKANLAH SENDIRI. Ikhlas, BENTARA SHAKTI

No comments:

Post a Comment

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini