Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Thursday, 14 January 2010

Awas serangan virus dan pencerobohan "hackers" !


Aduh.!
Awal-awal tahun ini, nampak gaya banyak sangat cabaran guna IT ni. Banyak sangat serangan virus, trojan, worm, backdoor dan macam-macam lagi.

Baru-baru ni, dikhabarkan bahawa syarikat Google juga akan menutup server terbesarnya di Asia yang terletak di negara China. Semua ni gara-gara "penggondam" atau "hackers"... mentang-mentang mereka ni "mahir gila" dalam soal IT dan pengaturan (programing) komputer, sesuka hati ja merosakkan harta benda orang lain. Bukan Google ja yang mendapat susah... pengguna awam di seluruh dunia pun terkena tempiasnya.

Dengar khabar lagi, penggondam komputer dari Indonesia sekarang ni sedang giat menggondam dan menyebarkan virus ke mana-mana laman web di Malaysia. Kononnya, untuk membalas kejadian pencerobohan laman web tertentu di negara itu yang kononnya dilakukan oleh penggondam Malaysia. Ini adalah rentetan daripada isu "claim" mengklaim budaya antara negara itu dengan negara Malaysia pada tahun lepas. BENAR ATAU TIDAK CERITA INI ? Tidak ada mana-mana pihak yang berani mengesahkannya.

Apapun, kenyataannya... aktiviti menceroboh, cubaan mencuri maklumat dan melakumusnah data elektronik di internet memang "HANGAT" diperkatakan awal-awal tahun ini. Saya sendiri alami kesannya... itu ini yang "terdisabled" akibat virus. Walaupun kita tidak memuat turun (mendownload) apa-apa dari internet, namun tetap akan ada potensi untuk "kena", asalkan kita menggunakan internet (online).Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan rangkaian (network). Saya menggunakan perisian antivirus Kaspersky 8xx yang ori punya... hari-hari update pun tidak dapat menapis semua serangan virus tu... ada saja yang mungkin terlepas.

Sudah beberapa hari saya cuba "restore" sistem saya ke tarikh sebelum "hidden file" yang dicipta oleh virus... tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana "system restore" saya habis kena off dan kena "disabled" kan oleh virus@worm@trojan dll. Nasib baiklah saya jumpa satu perisian untuk mengaktifkan semula benda-benda yang terdisabled dalam sistem komputer kita.


Perisian ini sangat baik kerana ianya...
1.Percuma
2.Mudah diguna... cuma sekali klik saja...
3.Boleh dibawa ke mana-mana (portable)... tidak perlu install....
4.Boleh mengaktifkan semula System Restore, Regedit,Cmd Console, Run, Folder Option,Task Manager, Task Scheduler, Control Panel, Context Menu, My Computer, Ms-Config dan Search.


Anda berminat? Saya kongsikan perisian ini dengan anda di sini.
Link download ada juga saya letakkan di bahagian bawah blog ini, dibawah label Yang Menarik Untuk Dikongsi.



MS@BS KATA : Ini semua komplot ni... konspirasi antara pembuat perisian dan pembuat virus... mau untung punya pasal woo... nasib baik ada pihak ketiga yang tidak mahu terlibat sama... viva for free and opensource...

Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

1 comment:

  1. saya pernah mendengar tentang komplot perisian dan pembuat virus ini...waa...kalau memang benarlah...sampai bila-bila pun perisian tidak akan kuat semana pun...sebab ada 'auta' sini sana...aiyaaaa......
    Susah la ini maciem...

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini