Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Monday, 4 May 2009

Operasi Kerajaan Membenteras PATI : Apa Sudah Jadi ?

Hampir 2 tahun selepas kerajaan Malaysia mengumumkan operasi bersepadu mengatasi masalah kebanjiran PATI di negeri Sabah. Daripada “pengerusi” operasinya menyandang jawatan Menteri Pertahanan ke Menteri Kewangan... dari jawatan TPM ke jawatan No. 1 di Malaysia sekarang ini, Nampak gayanya masalah tetap belum selesai. Mungkin masih berterusan? Secara senyap-senyap? Ataupun telah diubah taktik dan “teknik”nya? Apapun... warganegara sah Malaysia di Sabah terus tertanya-tanya akan perkembangan dan kesudahannya. Malah masih ramai yang percaya... operasi ini masih “on-track”. Tidak kurang pula yang beranggapan bahawa usaha itu akan berkubur terus sebaik sahaja tampuk kepimpinan Negara bertukar tangan... sebabnya? PM kita yang baru ni memang sudah terkenal dengan sikap “baik hati” dan “suka menolong” orang-orang susah... khasnya dari 2 negara jiran. Itulah antara suara-suara sumbang kedengaran...

Walau bagaimanapun, jika pada awal-awal pelaksanaan operasi dahulu... mereka yang “makan lada lalu terasa pedasnya” ini memang agak berhati-hati berkeliaran di kawasan-kawasan Bandar. Kebanyakannya muncul seketika dan lesap semula ke kawasan-kawasan hutan berhampiran kawasan Bandar. Sejak akhir-akhir ini, kemunculan mereka secara kerap, berani dan terang-terangan di khalayak ramai di kawasan Bandar kembali menjadi-jadi. Seperti biasa, golongan yang sepatutnya diburu ini kini kembali menjadi “pemburu keuntungan” haram, di mana-mana pelusuk Bandar dan pekan. Sama seperti apa yang mereka lakukan dahulu... berjualan barang-barang seludup, tidak berlesen, tak bercukai, barang curi, cetak rompak dan lain-lain lagi. Kebanyakannya turut didalangi oleh peniaga-peniaga yang berlesen. Mereka ni berjualan dengan menjaja tanpa ada rasa takut, segan ataupun kerisauan akan tindakan yang mungkin boleh dikenakan terhadap mereka oleh pihak yang berwajib. Lebih teruk lagi... masih terdapat ramai warga tempatan sendiri yang terus setia menyokong tindak-tanduk PATI ini. Mungkin mereka tidak tahu.... ataupun sengaja sanggup “tutup mata – tutup telinga”.

Gambar bersebelahan adalah antara bukti yang sepatutnya boleh mengingatkan sebilangan warganegara Malaysia di Sabah, tentang betapa “anda begitu baik hati dan murah hati tidak bertempat!”. Anda ada pilihan lain, beli rokok di kedai berlesen. Kerana rokok yang dijual oleh “anak-anak dan warga penyu” ini sebenarnya sama dengan apa yang dijual di kedai-kedai dilesenkan oleh pihak kerajaan. ANDA MEMBELI, BERMAKNA ANDA MENYOKONG MEREKA!

Jika beli dari kedai berlesen, sekurang-kurangnya sebahagian wang anda akan kembali semula kepada kerajaan dalam bentuk cukai yang dibayar peniaga berlesen. Hasil cukai ini kemudiannya akan dikembalikan semula kepada rakyat (ibu/bapa/anak-anak/adik-beradik/suku sakat anda..) dalam bentuk “peruntukan pembangunan” infrastruktur, bantuan subsidi, wang kebajikan dan lain-lain lagi.

Kepada pihak Kerajaan, khasnya badan yang berkuasa dan telah dipertanggung jawabkan... rakyat sebenarnya memerhati gerak-geri dan tindak-tanduk anda. Jika telah diamanahkan tanggungjawab untuk “membenteras”, maka benteraslah mereka dan kegiatan mereka mengikut lunas undang-undang yang telah diluluskan parlimen dan dimaktubkan dalam perlembagaan Negara. Tunjang kepada kejayaan membenteras kebanjiran PATI serta kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan PATI adalah ANDA DAN NILAI INTEGRITI ANDA! Bukannya ahli-ahli politik yang sudah pasti kebanyakannya lebih gemar bertindak mengikut “arus siasah semasa”.

Kepada para peniaga berlesen, umum tahu bahawa ramai di kalangan anda yang turut menyumbang kepada kebanjiran “penjaja-penjaja penyu” ini. Jangan cepat membuat kesimpulan, kononnya jika tiada PATI, maka lingkuplah perniagaan anda. Itu tidak benar sama sekali untuk senario masa kini. Jika zaman 60an/70-an dahulu mungkin kebimbangan ini berasas. Kemampuan berbelanja rakyat sah Malaysia kini sebenarnya telah jauh lebih baik. Mereka pasti akan menyokong anda, jika anda beri mereka ruang dan peluang. Buat sementara ini, mereka bukannya tidak menyokong anda, sebaliknya mereka menolong anda menolong PATI. Keadaan ini tidak sihat dan wajar diperbaiki segera. Ingatlah ! Lama-kelamaan perniagaan anda akan mendapat kesannya. Lambat laun mereka akan mengambil alih perniagaan anda dan akhirnya menutup terus peluang perniagaan anda. Kesan seumpama ini sememangnya telahpun bermula di sana-sini. Bagaimana? Kerana penduduk tempatan akan lebih suka berurusan terus dengan mereka.. kerana sudah terbudaya. Apatah lagi di kalangan warga PATI sendiri? Mestilah sokong kaum sendiri !

Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini