Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Tuesday 13 October 2009

Yang Dikejar Tak Dapat : Yang Dikendong Berciciran

Ramai rakyat Malaysia di Britain menjadi buruh kasar dan berstatus pelarian, setelah mereka ini gagal mendapatkan kerakyatan daripada Kerajaan Britian. Demikian dilaporkan oleh media Malaysia dan beberapa media negara lain semalam. Keadaan ini berlaku akibat daripada perubahan polisi imigrisen dan pemberian kerakyatan Britain yang dikuatkuasakan pada tahun 2002. Rakyat Malaysia di Britain yang mengharapkan ehsan kerajaan Britian untuk memperoleh kewarganegaraan Britain berdasarkan kepada polisi Britian yang pernah dipraktikkan dalam undang-undang zaman Kolonial (Negeri-negeri Selat); iaitu memberi kerakyatan Britian bagi penduduk yang dilahirkan di negeri-negeri selat (P.Pinang, Melaka,Singapura), terpaksa berputih mata. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia yang berkenaan (kira-kira 1000 orang) di Britain turut kehilangan kerakyatan Malaysia mereka menyebabkan mereka ini menjadi penduduk dunia yang tidak bernegara”.

Apakah sebab yang sebenarnya mereka ini kehilangan kewarganegaraan Malaysia?

Undang-undang negara kita (Perlembagaan Persekutuan) melalui Perkara 25 dengan jelas menyatakan bahawa, Kerajaan Malaysia berhak melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegaranya atas beberapa sebab:

Individu berkenaan terbukti bahawa dia tidak setia kepada negara melalui percakapan dan perbuatannya. Dalam kes yang berkenaan, didapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang berkenaan di Britain telah dengan sengaja mengoyakkan passport Malaysia mereka, dengan harapan mereka dapat membuktikan (kepada kerajaan Britain) bahawa mereka itu tidak lagi berminat dengan kewarganegaraan Malaysia.

Individu berkenaan telah tinggal di negara asing selama lima tahun berturut-turut, dan dalam tempoh itu individu berkenaan bukannya berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan atau pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia, serta tidak pernah melaporkan keberadaannya di negara berkenaan dan niat untuk terus menjadi warganegara Malaysia kepada Pejabat Konsul Malaysia pada setiap tahun. Persoalannya di sini adalah, adakah rakyat Malaysia yang berkenaan di Britian melanggar syarat ini secara sengaja? Ataupun mereka secara tidak sengaja melanggar syarat ini atas sebab-sebab tidak mengetahui dan tidak pernah diberi penjelasan mengenainya?

Nasib yang dialami rakyat Malaysia (bekas) di Britain ini mungkin turut dialami juga oleh rakyat Malaysia di negara-negara lain di seluruh dunia. Maka adalah diharapkan perkara ini akan menjadi ikhtibar kepada rakyat Malaysia di negara ini, khasnya bagi mereka yang berniat ke luar negara dalam apa-apa juga urusan dan tujuan.

Kerajaan Malaysia masih memberi peluang kepada segelintir bekas warganegara Malaysia di Britain ini untuk memperoleh kembali taraf kewarganegaraan Malaysia mereka ini. Namun hendaklah melalui proses perundangan yang sama, sebagaimana rakyat negara asing memohon kewarganegaraan Malaysia. Malah mungkin akan dikenakan syarat yang lebih ketat lagi, seperti kata Menteri Dalam Negeri -YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

MS@BS Kata : Hujan Emas Di Negeri Si Urang, Hujan Zulian Di Negeri dia Urang... wakakakakakakkk... Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

7 comments:

  1. "sudah jatuh ditimpa tangga"....

    ReplyDelete
  2. Ya HoneyBuzzin...
    Dan tangga itu mungkin seberat £1000 (sterling...bukan Pound berat...) hinggakan mereka tidak mampu untuk mengangkatnya... he..he..

    ReplyDelete
  3. cerita ini bertepatan ngan peribahasa tu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Perlembagaan persekutuan/Malaysia perkara 25 telah dengan jelas tercoret sedemikian. Rakyat Malaysia yang dengan sengaja mengoyakkan passport mereka telah dengan jelas tidak setia kepada negera ini dengan perbuatan apa lagi dengan perkataan. Pendek cerita, mereka memang tak cintakan negara ini.

    So... terima sahajala akibatnya kerana itu adalah suatu yang adil. Apapun jika benar mereka terbukti rakyat Malaysia dan ingin kembali ke tanah tumpah darah mereka dengan jujur dan amanah, ingin membawa kemahiran yang mereka pelajari dari negara luar untuk kebaikkan negara ini, kenapa pula kerjaan negara ini tidak mempertimbangkannya? Sedangkan rakyat asing yang tak membawa apa2 kemahiran melainkan gejala sosial dan tinggal di negara ini tak sampai 2 tahunpun ada yang lolos dan menjadi warganegara Malaysia dengan mudah. Pada masa yang sama, masih terus mengirim wang dari negara ini kepada saudara mara mereka di seberang sana.

    Pada masa yang sama diharapkan taklah terlalu extrm jika kerjaan tak sepatutnya menyama tarafkan syarat pemberian kewarganegaraan kepada bekas warga negara ini dengan warganegara asing. Syaratnya harus lebih longar memandagkan mereka memang bekas warga negara dan dilahirkan di negara ini.Saudara mara mereka masih di negara ini.

    Lebih baik kita mempelawa masuk ke rumah anak yang pernah lari dari rumah daripada kita memperanakkan mereka yang kita tidak tahu dengan pasti dari mana dan tak tahu tahap kesetian dan patriotisme kepada negara ini.

    Fikirkan bersama kawan.

    ReplyDelete
  5. Yup Dodon...
    begitulah tepatnya.. he..he..

    ReplyDelete
  6. Betullah Ocoi...
    Anak kadangkala lari dari rumah, sebab ada yang dia tidak setuju dengan keluarganya kan...

    dan kadangkala dia tidak fikir betul-betul...

    Kalau anak tu sudah sedar... baru mau balik rumah. Ok juga kalau diterima balik... yang penting, lepas tu dia tidak lari lagi...

    kalau tidak menyusahkan saja "anak" malaysia yang macam itu...

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini