Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Friday 7 August 2009

Hadiah ke 100 hari Dato Sri Najib mula diraih PATI...??

Baru-baru ini (isnin-3 Ogos 2009) saya ke Pejabat Pendaftaran Negara Tenom atas urusan pendaftaran anak. Dari jam 8.00am saya menunggu (selepas mengambil nombor giliran...), sehingga ke jam 9.00am... tidak ada kelihatan seorangpun kelibat kakitangan JPN di kaunter berkenaan. Yang ada cuma seorang pegawai tertinggi, dan seorang kerani yang bertugas di bahagian pejabat serta seorang kakitangan pembersihan (saya rasa..). Puas menunggu dan mendengar leteran dan keluhan pelanggan yang lain, saya nekad bergegas ke kaunter untuk bertanya dengan pegawai tertinggi di pejabat JPN di sini. Saya dimaklumkan oleh pegawai berkenaan bahawa semua kakitangannya tiada kerana ke hospital... bercuti... dan ada yang dihantar ke Semporna. Untuk apa? Membantu menguruskan operasi pendaftaran kelahiran "yang dipermudahkan", seperti yang dijanjikan oleh Najib (PM) dalam hadiah ke 100 hari pentadbirannya.
Keesokan harinya, saya datang lagi ke pejabat tersebut dan dipendekkan cerita… akhirnya dapat juga berurusan dengan salah seorang pegawai yang bertugas. Saya sempat bertanyakan (just to be friendly..) sebab mengapa pegawai berkenaan tiada di Tenom kelmarin. Pegawai yang ramah itu menjawab… dia ke Semporna kerana diarahkan untuk mengurus pendaftaran kelahiran (kes khas) di sana. Apabila saya bertanyakan sejauh mana keberkesanan sistem pendaftaran “khas” yang disarankan oleh kerajaan melalui pengumuman “hadiah ke 100 hari Najib” di Semporna, pegawai itu telah memberikan jawapan yang saya kira penuh kekecewaan.
Mengapa? Menurut beliau, kelonggaran syarat pendaftaran kelahiran itu ternyata cuba diambil kesempatan semaksimanya oleh pihak-pihak yang tidak layak dan tidak bertanggungjawab, khasnya pendatang asing tanpa izin (PATI). Menurutnya lagi dalam setiap 100 orang yang beratur berurusan dengan pihak JPN dalam operasi itu, mungkin hanya ada seorang sahaja yang benar-benar layak iaitu berstatus penduduk tempatan atau pun Bumiputera. Yang selebihnya adalah PATI. Malah ada PATI yang tanpa segan silu mengemukakan dokumen-dokumen yang meragukan dari segi ketulinan dan kesahannya, termasuklah passport mereka, dengan harapan pegawai-pegawai bertugas akan “terlepas pandang” ketika dalam keadaan kelam kabut.
Tahniah kepada pegawai ini dan pegawai-pegawai lain yang bersemangat patriotisme yang tinggi, kerana tidak memberikan peluang mudah kepada para warganegara asing yang cuba mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini. Teruskan semangat patriotisme anda yang tinggi dan jitu itu!
Cerita pegawai berkenaan menjawab situasi pelik yang berlaku di depan mata saya sendiri di pejabat berkenaan, sebelum tiba giliran saya sebelumnya. Saya melihat tiga orang pemuda berkulit gelap dan berkelakuan mencurigakan ketika menunggu giliran mereka. Saya dengar bahasa yang dituturkan juga mirip kepada bahasa Indon. Tambah pelik lagi, apabila mereka mengemukakan surat beranak bersaiz kecil yang sudah hitam legam ataupun hampir lusuh ketika berurusan, sedangkan (pada pengamatan saya..) pemuda itu baru berusia dalam lingkungan belasan tahun atau 20an. Seingat saya, surat beranak bersaiz kecil yang mereka bawa itu hanya layak dipegang oleh mereka yang berusia 40 tahun ataupun 50 tahun ke atas sahaja. Saya “tercuri” dengar pegawai tadi member jawapan “tidak boleh”…. Kerana dalam surat beranak yang dikemukakan tidak menyatakan maklumat lanjut tentang status ibu/bapa. Saya lihat dokumen itu disimpan terus oleh pegawai berkenaan dan pemuda-pemuda itupun keluar dalam keadaan agak kecewa.
Jika beginilah keadaannya, maka “hadiah ke 100 hari Najib” terhadap rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak akan bakal mengundang melepataka yang maha dasyat kepada mereka kelak. Apa tidaknya, sekiranya ramai pemohon PATI yang terlepas daripada tapisan (sama ada sengaja atau tidak sengaja…), maka jumlah PATI yang diwarganegarakan ini akan melebihi warganegara sebenar Sabah dan Sarawak kelak. Daripada minoriti, akan jadi majoriti. Segala-galanya akan bakal dikuasai oleh mereka yang tidak sepatutnya diberi kewarganegaraan ini, manakala penduduk tempatan/Bumiputera akan bakal merempat dan menjadi hamba di negeri sendiri. Fikirkanlah ! MS@BS Kata : Anak kera di hutan di beri pakai seluar... anak sendiri di rumah dibiar pakai cawat... he..he.. Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

10 comments:

  1. Ke Semporna???? Nama tempat sahaja saya masih trauma dengarnya. Hanya sekali saya pergi ke sana, lepas tu tak mau pergi lagi. Bukan tak mampu ke sana, tapi saya rasakan saya bukan berada di negeri sendiri bila berada di sana. Itulah daerah yang paling saya tidak minat di negeri ini.

    Kenapa pegawai2 pendaftaran itu tidak ke Penangah/Pinangoh? Di sana ramai peribumi suku kaum sungai yang tidak berkad pengenalan...? Kenapa tidak ke Tongod? Kenapa tidak ke Inarad? Kenapa tidak ke Saralom, Kenapa tidak ke Langga.. dan banyak lagi kawasan pedalaman Sabah dimana penduduk peribuminya tidak ber ic. Malah nasib mereka tidak terbela. ..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Kenapa pegawai pendaftaran dari Tenom yang harus ke sana? Apakah kakitangan pendaftaran di Semporna tidak cukup? Atau sememangnya semua pegawai JPN Sabah telah dikerah ke sana? Atau apakah muslihat di sebalik semua itu?

    Tahniah dan syabas kepada kakitangan JPN yang mempunyai semangat patriotik yang holistik. Melalui program itu JPNS sebenarnya boleh membanteras PATI di negeri ini. Itupun kalau mereka mahu. Saya geram betul dengan program dan bila dengar hal2 begini. Saya secara peribadi sanggup beri RM100-300 kepada pegawai2 JPN yang dengan jelas memperlihatkan semangat patriotik yang tinggi sehingga membawa kepada pembanterasan dan pengurangan PATI di negeri ini. Ini bukan rasuah tetapi saya benar2 anti kepada kakitangan yang bersubahat merampas hak2 peribumi di negeri ini.(sorry agak emosi ni) Apa boleh buat, kegeraman peringkat teratas da ni.

    ReplyDelete
  2. mungkin mereka hantar pegawai dari daerah lain... sebagai satu cara mengurangkan sikap bertindak mengikut "emosi suku" dan "kedaerahan" barangkali.

    Ataupun...

    (mungkin dengan harapan...)pegawai yang ditugaskan akan boleh tersilap perkiraan... sebab tidak boleh @ susah untuk membezakan antara yang tempatan dan temPATI. Dengan itu adalah peluang golongan PATI ni dapat taraf kerakyatan.

    ENTAHLAH...! Guru sastera saya duuulluu... ajar, Wallah'hu allam b'sawab... dia bilang. Maksudnya... hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui akan kebenarannya...

    Apapun, diharapkan pihak kakitangan JPN akan tetap bersikap telus dan jujur terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Arahan kementerian@kerajaan tetap arahan... tetapi, biarlah bak pepatah Melayu (JEBAT) "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah".... jadi jika arahan kerajaan dalam situasi ini??? Fikirkan sendiri secara rasional...

    ReplyDelete
  3. Itulah, kalau da jadi satu Malaysia. Kita adalah satu, sama ada kita peribumi,periPATI kita adalah satu. PATI sama tarap dgn peribumi.. Takpalah, kalau mentimun, mentimun juga.. tapi biarlah bebas berteriak dalam diri sendiri aja dari bisu langsung. Walau ada kalanya jeritan2 itu dibauri emosi dan tergelincir dari kerasionalannya.

    ReplyDelete
  4. Rasanya memang ada rasional pertukaran pegawai bertugas... ini bagi mengelakkan pegawai berjaya dipujuk rayu atau disogok... yelah... kalau dah biasa sangat sehingga boleh bertepuk bertampar.... susah nak menolak tu.
    Tapi yang hairannya... mengapa di semporna? semua orang tahu... budak2 pun tahu... tempat tu memang majoriti PATI tegar... jadi ?!!!
    Macam mana lah nasib bangsa malaysia yang sebenarnya..... menjadi PATI di tanah sendiri akhirnya..... Sardis!

    ReplyDelete
  5. saya difahamkan oleh rakyat Malaysia yang ada di JPN... bahawa kawasan Pansianganpun sudah dibuat operasi. Bagus juga... coz di sanalah yang biasanya ramai rakyat Malaysia yang tulin menjadi mangsa keciciran... bukan sahaja keciciran persekolahan, tapi juga keciciran pendaftaran kelahiran... hu..hu..
    Tapi, ada juga yang cuba mengambil kesempatan tu... terutama sekali penduduk negara jiran yang menghuni kawasan sempadan Kalimantan - sabah.
    HARAP-HARAP KAKITANGAN JPN KITA TAHU MENAPIS KESAHAN IDENTITI MEREKA LAH...

    ReplyDelete
  6. Selalunya begitulah...orang yang bukan pribumi akan mengambil peluang 'keemasan' ini. Saya tidak pernah ke Semporna tapi ada mendengar cerita tentang Semporna kerana kebanyakkan penghuni disana bukan orang kita.
    Kita tidak boleh lagi bersikap 'tidak apa' ..tidak boleh lagi bersikap sambil lewa.
    Semoga yang diamanahkan menjalankan tugas ini dengan sebaik mungkin. Enough is enough!

    ReplyDelete
  7. Betul tu honey, cukuplah apa kesilapan JPN/peribumi yang lepas. Cukuplah warga asing yg da jadi warga Malaysia secara sah dan tak sah di negeri ini khasnya. Cukuplah. 'Enough is enough' jangan tambah lagi.

    Bukan PATI sahaja yang akan mengambil peluang seumpama ini, tetapi peribumi penderhaka yang mempunyai kepentingan tersendiri pasti menanti-nantikan saat begini. Apapun kita serahkan kepada para pegawai JPN yang memegang pena dan menekan butang2 kom. Kita merayau kepada mereka agar patriotik dan mengetepikan perasaan perikemanusan yang tidak adil kepada rakyat tulin Sabah.

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan HoneyBuzz dan Ocoi...
    "enough is enough" !
    Saya yakin kebanyakan kakitangan JPN ni adalah rakyat Malaysia yang tulin dan penuh semangat patriotisme yang tinggi. Cuma, kadangkala... semangat itu selalunya punah... kerana arahan segelintir pihak atasan yang berkepentingan dan selalu mengambil kesempatan di atas kapasiti mereka.
    Yang di bawah ni selalunya menjadi mangsa... siap dengan ugutan buang kerja... tukar tempat kerja... potong gaji... tahan kenaikan pangkat... dan macam-macam lagi. Itulah kenyataannya...

    ReplyDelete
  9. Coi setuju dgn kamu CikguPA, memang itulah masalah besar di negara kita ini. "Yang Menurut Perintah". Terpaksa jaga periuk nasi sendiri dan keluarga.

    ReplyDelete
  10. Sedih ya kita sebagai peribumi masi menumpang dalam ruma sendiri....kasihan kepada penduduk jati sendiri tidak dapat memiliki hak mereka, sedangkan PATI diluar sana sentiasa tersenyum riang dengan punyai peluang terbentang luas di hadapan...

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini