Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Saturday 29 August 2009

16,000 orang rakyat baru Malaysia

Tanda aras (KPI) kejayaan dan keberhasilan Kementerian Dalam Negeri yang mengawal Jabatan Pendaftaran Negara baru sahaja diwar-warkan. TAHNIAH ! Tentang apa? seramai 16,000 orang rakyat baru Malaysia khasnya di negeri Sabah/Sarawak berjaya "diwarganegarakan", melalui kempen turun padang "cari dan daftar" Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang telah diadakan baru-baru ini. Menurut pengumuman pihak JPN itu, (dengan bangganya...) jumlah 16,000 orang itu adalah yang berjaya melalui tapisan daripada hampir 30,000 orang (pemohon) yang mencuba nasib. CUMA YANG AMAT MENGEJUTKAN IALAH..... JUMLAH 16,000 ORANG ITU ADALAH RATA-RATANYA TERDIRI DARIPADA WARGA ASING (PATI) YANG DIDAKWA TELAH BERKAHWIN DENGAN WANITA TEMPATAN. Sampai begitu ramai kah wanita tempatan yang berkahwin dengan warga asing? Benarkah si wanita-wanita berkenaan (yang didakwa warga tempatan itu..) semuanya benar-benar TULIN atau...???? Berapa ramaikah sebenarnya pemohon warga tempatan tulin yang berjaya dalam permohonan mereka? Kenyataan lisan dan terlalu umum dari pihak JPN ini pastinya akan mengundang keresahan, rasa iri hati, kurang puas hati, was-was dan macam-macam lagi dari kalangan pelbagai pihak, khasnya penduduk tempatan di Sabah dan Sarawak yang tulin. Sebaik-baiknya pihak JPN perlu memberikan stastik sebenar berkenaan kejayaan yang mereka sifatkan sebagai "amat berjaya" ini, agar rakyat dapat menilainya sendiri. MS@BS Kata: Pilihanraya Umum ke 13 nanti... pastinya akan lebih meriah atas kehadiran ribuan pengundi baru yang baru mendarat dari planet Marikh ini... he..he.. Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

4 comments:

  1. Satu kebanggan bagi JPN, satu kemenangan bagi PATI, satu malang bagi peribumi Sabah/Sarawak. Satu keraguan yang berasas.Satu persoalan yang tak terungkai dek msykt pdlman sana.

    Sebagai pribumi asli Sabah, jujur sahaja saya agak terkilan mengapa masih ramai penduduk tempatan di pedalaman sana yang tidak mempunyai pengenalan diri. Masih memegang rasit sementara walaupun da bertahun lamanya. Tidak boleh kah JPN buat perkhidmtn sebagaimana yang dilakukan oleh KKM melalui lawatan doktor udara?

    PRU akan datang? Dengan kehadiran warga baru ini rasanya kerajaan tak perlula buat PRU lagi kerana tak ada apa yang berubah. Lebih baik peruntukan wang berjuta peruntukan kempen,umpan itu di dermakan kepada masyarakat asli Malaysia yang benar2 memerlukan. Nun jauh di pedalaman sana masih ramai rakyat yang kais pagi makan. pagi. Tak perlula kempen2, ia hanya mengisi kantung dan tembolok sesetengah individu.

    ReplyDelete
  2. Berapa ramai lagi? Tidak berkesudahan...

    ReplyDelete
  3. Hu..hu..hu...
    Beberapa langkah lagi, peribumi Sabah & Sarawak ditinggalkan oleh PATI... yang kini berstatus PADI... dengan bantuan sekelompok rakyat Malaysia sendiri yang berselindung di sebalik frasa-frasa indah... yang sebenarnya direka bagi menghalalkan cita-cita "mafia" politik sempit mereka.

    Di manakah sudah suara-suara para pemburu peribumi tulin yang dulunya begitu berani dan lantang bertempik menempelak gerombolan serigala-serigala gergasi barat... yang sering merampas hasil buruan bumi timur ini?

    Sudah tumpulkah mata tombak? Punahkah sudah semangat "head hunter" yang mereka warisi dari nenek moyang dahulu? Atau, mereka sudah terlalu moden, (dimana segala jenis daging sudah tersedia sentiasa untuk dilahap...) sehingga bersikap 'acuh tidak acuh' terhadap nasib dan masa depan generasi dan bumi mereka sendiri.

    ReplyDelete
  4. Ya Ocoi & Honey...
    saya yakin ramai di pedalaman sana yang benar-benar tulin... tapi masih tercicir dari statistik yang diberikan JPN itu. Mungkin akan masuk dalam next round punya statistik.
    Tapi yang pasti, kehadiran PATI dalam statistik itu kelak akan turut bertambah juga...

    Di mana pemburu -pemburu itu? Mungkin masih tercari-cari senjata yang tercicir... mungkin masih memikirkan strategi masing-masing... he..he..

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini