Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Tuesday 28 July 2009

Sasaran Enam Teras NKRA : Realistik Atau Igauan?

"Dengan adanya KPI, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan" - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

27 Julai 2009 – Perdana menteri Malaysia mengumumkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang akan menyokong pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam pentadbirannya. Enam teras yang dimaksudkan itu ialah…

  • Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
  • Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah, KECUALI DALAM KES-KES TERTENTU ???
  • Pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti.
  • Membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010.
  • Peruntukan RM10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2012
  • Menetapkan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012

Pengumuman PM ini adalah amat dinanti-nantikan, khasnya bagi rakyat yang sedang mencongak-congak kebaikan daripada penradbiran Najib.

Teras pertama, sememangnya amat-amat diharapkan, tetapi seolah-olah dipandang sepi selama ini walaupun banyak pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan Polis telahpun beberapa kali dibuat oleh kerajaan. Inilah keutamaan yang sepatutnya telah lama diberi perhatian oleh kerajaan berikutan peningkatan kes-kes jenayah jalanan, khasnya jenayah ragut samada berkumpulan ataupun individu.

Namun sejak akhir-akhir ini, peragut mana ada yang tak bersenjata? Kebanyakannya memiliki senjata seperti pisau, pemutar skru, besi, parang dan macam-macam jenis benda lagi yang boleh digunakan sebagai senjata. Jika jenayah ragut tak bersenjata nak dikurangkan sebanyak 20% menjelang akhir 2010, bagaimana pula dengan jenayah ragut bersenjata? Bilakah pula jenayah seumpama ini akan dibenteras??? Antara “ragut tak bersenjata” dengan “ragut bersenjata”, yang manakah yang lebih meninggalkan kesan trauma kepada masyarakat???

Seperkara lagi yang memang menarik perhatian rakyat Malaysia adalah teras yang ke 5. Mengapa? Kerana teras ini melibatkan peruntukan kewangan yang sangat besar. Rakyat pastinya mengharapkan hasil yang setimpal dengan jumlah peruntukannya, khasnya rakyat Sabah/Sarawak yang sehingga kini masih mengigaukan rangkaian jalan raya yang setaraf dengan lebuhraya di Semenanjung. Ataupun kemudahan bekalan air dan elektrik yang sama stabil dan sama kuantiti dengan apa yang dinikmati rakyat Malaysia di Semenanjung. NAMUN, MENGAPA PERLU TUNGGU SEHINGGA TAHUN 2012??? APA ISTIMEWANYA DENGAN TAHUN 2012??? ADAKAH INI KERANA ADA HUBUNGKAIT DENGAN PILIHANRAYA UMUM KE13 YANG BAKAL DIADAKAN PADA TAHUN BERKENAAN???

Sementara itu, para kontraktor pun pastinya turut tercongak-congak bilangan keuntungan yang dapat diperolehi hasil pemerolehan tender-tender kerajaan yang bakal “bertaburan” di sana sini. Namun tender secara terbuka atau terhad ini dilihat akan lebih menguntungkan golongan kontraktor yang memiliki modal besar… lessen besar. Bagaimana dengan kontraktor “picisan” bumiputera kita? Pastinya akan wujud kebimbangan akan kemungkinan “kempunan” merasa projek di kalangan mereka ini. Walaupun ada dinyatakan oleh Najib frasa berikut “KECUALI DALAM KES-KES TERTENTU”, namun pastinya ini tidak member jaminan kepada golongan kontraktor ini.

SEPERKARA LAGI, bukankah selama ini amalan tender terbuka atau terhad ini ada menyumbang kepada amalan rasuah??? Apa sudah jadi dengan sistem cabutan tender yang diperkenalkan pada era pentadbiran Pak Lah dulu???

Berkenaan dengan isu “kemiskinan tegar” pula, ini bukanlah perkara baru dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Sejak pengenalan Rancangan Malaya 1 hinggalah ke Rancangan Malaysia ke 9, agenda memerangi kemiskinan ini telahpun dimasukkan sebagai agenda utama kerajaan. Cuma perkataannya sahaja sering diubah-ubah. Dahulu istilah “mengurangkan” digunakan, dan seterusnya diganti dengan istilah “menghapuskan”. Seterusnya digantikan pula dengan istilah “membasmi”. Mungkin kerana agenda ini tidak pernah tercapai sehingga kini, maka PM lebih selesa menggunakan istilah sendiri bagi mengidentifikasikan zaman pentadbirannya melalui istilah “membenteras”. Sesuaikah istilah ini digunakan? Dulu ketika masih di bangku sekolah, saya sering dimarahi guru Bahasa Melayu kerana menggunakan perkataan ini untuk terma kemiskinan. Kata cikgu itu, “membenteras” hanya digunakan untuk terma “gejala” yang berkaitan dengan jenayah seperti curi, ragut, penagihan dadah dan lain-lain…. Entahlah!

Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Kun yang dilantik Najib sebagai penasihat khas beliau semalam turut memberi respon yang positif dan lebih berpijak di bumi nyata. Mungkin apa yang beliau maksudkan ialah, “kerajaan harus berhati-hati menggunakan terma tertentu dalam menetapkan sasaran KPI dan NKRA itu sendiri, demi tidak mengelirukan rakyat”. Menurut beliau perkataan “membenteras” itu mungkin akan dilihat oleh rakyat sebagai sasaran angka sifar (0). Sedangkan hakikatnya, menghapuskan terus jenayah mahupun kemiskinan ini adalah sangat tidak realistik, dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana negara maju pun di seluruh dunia.
APAPUN, benar kata Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein... rancangan ini hanya boleh dijayakan dengan adanya kerjasama dan pengorbanan "yang sepatutnya" dari semua rakyat dan semua pihak. Bersediakah rakyat bekerjasama dan "berkorban"?
MS@BS Kata: Kata P. Ramlee... "berkorban apa saja... harta ataupun nyawa..." Tapi ungkapan ini tidak boleh pakai lagi di zaman sekarang. Kerana setiap pengorbanan itu perlu dijanjikan dengan "ganjaran" terlebih dahulu... baru jadi. He..he..
Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

6 comments:

  1. Beginilah agknya tren kepimpinan negara kita ini. Pemimpin sering berganti seiring dengan peredaran waktu. Malangnya setiap pemimpin lebih cenderung memperkenalkan formula atau tajuk/frasa masing2 walaupun pada hakikatnya mereka mempertontonkan cerita wayang yang sama pada latar/background yang tak berubahpun. Mereka jarang sekali membuat satu kesinambungan atau memperbaiki apa yang sedia ada. Mungkin kerana tidak mahu digelar sebagai pak turut atau tidak berinovasi,disamping bermimpi mengharapkan formula merekalah yang mengangkat mereka sebagi the hero.

    Tapi seperti sejarah lepas, semuanya berakhir apabila mereka tidak lagi berfotfolio dalam kerajaan..akhirnya dasar yang diperkenalkan tak juga ke mana akhirnya. Kemudian datang lagi menteri baru dengan dasar tersendirinya. Isu lapok diputarbelit sehingga berpintal-pintal dengan frasa baru untuk mengaburkan minda masyarakat. Pelbagai frasa dan istilah yang keluar tak kira betul tidak susunan dan penggunaannya.. yang penting kedengaran berbeza.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Coi.

    Jika zaman Pak Lah, katanya “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”. Najib pula “Satu Malaysia” ” Rakyat diutamakan Pencapaian didahulukan”

    Nampak nya sungguh gah mereka dengan tema tersendiri hingga kan apa saja yang mereka buat pasti tema itu tidak ketinggalan. “Cemerlang, Gemilang, Terbilang” tema Pak Lah kini berkubur meninggalkan sasaran yang dilaung-laungkan.

    Sekarang giliran tema najib pula yang berkumandang diserata pelusuk melalui ucapan ucapan menteri, media elektronik / cetak malah tidak ketinggalan disisipkan dalam surat menyurat kerajaan.

    Persoalan nya, mampuh kah mereka merealisasikan tema ini atau mungkin sekadar untuk mengabui mata rakyat.

    ReplyDelete
  3. Setakat komen ini ditulis belum nampak apa2 perubahan yang baru dalam kerajaan Najib ini. Entah bila Hadiah yang dikatakan untuk Sabah bermula... Macam kosong aja jadinya. Mungkin di luar sana, seberang Laut China Selatan sana (Malaya)janji tu tak penting langsung tetapi bagi masyarakat di pedalaman Sabah ini ia umpama hujan dimusim kemaru panjang. Ditunggu dan dinanti-nantikan.

    ReplyDelete
  4. ha..ha..ha... betul tu ocoi. Tiada yang nampak dari segi fizikalnya. Tapi saat yang menakutkan sudah bermula...
    Bukan berkenaan 6 teras NKRA... tetapi yang ada kaitan dengan 11 hadiah PM sempena pemerintahan ke 100 hari... iaitu berkaitan pendaftaran kelahiran...

    ReplyDelete
  5. Semuanya betul... kita tunggu dan lihat segala program yang kerajaan cuba laksanakan. Seandainya tidak dilaksanakan segala janji... perlu diberi pengajaran dari kita pula Tetapi... janganlah pula kita cuba ketepikan pula apa yang telah terlaksana contohnya seperti internet ini tidak dapat digunakan oleh rakyat sekiranya kerajaan tidak bersungguh membina dasarnya hanya perlu dimurnikan lagi.

    ReplyDelete
  6. Entahlah, macam tidak confident pula Malaysia boleh digelar negara maju tanpa Sabah dan Sarawak(EM) maju seiring dengan Semananjung Malaysia(WM) pada tahun 2020.Dah penat dah mohon tenaga elektrik dan air serta talian telepon di kampong saya iaitu di Poropok View,KM 36 Jalan Tamparuli-Ranau(beribu contoh lain sama kes di EM.Jawaban popular kerajaan ialah tunggu peruntukan, tunggu saja datang juga tu,utamakan kampung lain dulu yang sudah mohon 30 tahun yang lalu...fulamak kena tunggu begitu lama.

    Apapun rakyat EM amat tidak berpuashati kerana selalu 2nd priority selepas WM.Hasil negara kira banyak juga dari EM tapi mungkin PM orang WM dan top officers kerajaan orang WM that is why apa sahaja mesyuarat atau perbincangan bertumpu di WM saja. Macam pelik pula bagi penduduk WM atau tidak begitu serious bila masuk membincangkan kes atau masalah di EM.Dalam Jabatan Pendidikan tiada top Officer dari EM so mesyuarat berkaitan memajukan hal pendidikan hanya berkenaan WM saja peduli apa di pedalaman EM.Turun padangpun belum tentu buat apa yang patut.

    1Malaysia bila digambarkan seolah-olah di mana saja kita pergi samada di WM atau EM saja tahap dan kualiti pembangunan adalah sama tetapi hakikatnya EM ketinggalan 30-50 tahun berbanding WM, lihat sahaja jalanan kereta(bukan jalanraya kerana jalanraya itu ada kualiti sendiri).Cabaran kerajaan sekarang ialah bagaimana menseimbangkan jurang perbezaan itu.

    Kalau terus cakap tidak serupa bikin dan hipokrit, suka tangguh-tangguh,pilih suku dan agama atau pilih kasih walaupun kerajaan ada duit tapi bukan untuk kita.Macam orang asli di WM kenapa barada di sana tapi tak seiring maju dengan kaum lain di WM.Kerana dibiarkan tanpa dibantu atau tanpa diberi tunjukajar oleh kerajaan. Mantang-mantang diaorang orang asli maka dibiarkan.Tapi kerajaan memang menafikan dangan pelbagai alasan kenapa mereka ini tidak maju.

    Pendek kata kalau mahu kasih maju kasih maju sahajalah lagi banyak pahala kerajaan dan lebih dihormati oleh rakyat. Rakyat sekarang ramai yang lebih pintar daripada pemerintah tetapi ramai emigrated atau tinggal di negara lain yang lebih bertamadun kerana tak mampu hidup di negara sendiri yang penuh tipu muslihat dan kepura-puraan.

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini