Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Monday 13 July 2009

HADIAH KE100 HARI PM : SEJAHTERA ATAU SENGSARA?

Pengumuman “11 HADIAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA” sempena hari ke 100 Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia (Sabtu-11 Julai 2009) mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada pihak yang menyamakan 11 perkara ini sebagai hadiah, dan ada juga yang menganggapnya sebagai tidak ubah seperti “gula-gula” untuk rakyat; yakni sesuatu yang bersifat “rasuah politik” dan bersifat sementara, serta penuh muslihat. Bagi pihak yang mendapat habuannya, memang tersenyum sehingga “tidak cukup lebar” mulutnya dengan ungkapan terima kasih, tahniah, syabas dan macam-macam lagi.

BAGI MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK, DAPAT APA PULA?

Rakyat di kedua-dua negeri (Sabah & Sarawak) ini dijanjikan dengan dua bentuk “hadiah”.

1. Keutamaan diberikan kepada kedua-dua negeri ini untuk diberi tambahan peruntukan besar bagi menyedia, menaik taraf dan memperluaskan lagi infrastruktur asas. Antaranya ialah jalan raya, sekolah serta bekalan air dan api (elektrik), khasnya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman.

ADAKAH INI PATUT DIANGGAP HADIAH? BUKANKAH INI ADALAH TANGGUNGJAWAB ASAS SESEBUAH KERAJAAN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT? “Hadiah” pada pandangan umum adalah bermaksud “sesuatu pemberian yang istimewa, diberikan secara ikhlas (bukan bersyarat) dan lain daripada kebiasaan”. Jadi, terpulanglah kepada rakyat di kedua-dua negeri ini untuk menilainya. Apapun, jika ini dapat dilaksanakan juga akhirnya (Janji kerajaan untuk menunaikan hadiah ini adalah dalam Rancangan Malaysia Ke10… agak lama lagi tu…) maka rakyat Sabah/Sarawak memang patut bersyukur juga, walaupun pembangunan seumpama ini sepatutnya telahpun diterima seluruh rakyat di negeri ini sejak 50 tahun yang lalu.

2. Urusan permohonan pendaftaran kelahiran di Sabah & Sarawak akan “dipermudahkan”. Melalui cara bagaimana? Kaedah untuk ini kurang diperincikan dalam laporan berita. Namun angin kencang bertiup membawa berita berikut…

a. Mengecualikan pemohon daripada mengemukakan dokumen-dokumen asas permohonan seperti cabutan sijil perakuan kelahiran dari pihak hospital

b. Mengecualikan surat akuan sumpah daripada pesuruhjaya sumpah ( Jaksa Pendamai, KAN,WKAN, Ketua Kampung dll…)

c. Mengecualikan butiran bukti sijil lahir ibu/bapa pemohon

d. Menggunakan kaedah turun padang (JPN Bergerak) iaitu secara “cari dan daftar” serta merta.

Kelonggaran yang berpada-pada memang amat patut diambil kerajaan bagi memudahkan pendaftaran kelahiran anak-anak rakyat Sabah & Sarawak yang sah, khasnya di kawasan-kawasan pedalaman, yang memang sukar dihubungi.

NAMUN WAJARKAH PEMBERIAN KELONGGARAN SYARAT PERMOHONAN KELAHIRAN INI DIBERIKAN SEHINGGA KE TAHAP YANG SANGAT LONGGAR SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS? Tindakan ini samalah "seperti perbuatan menggali liang kubur sendiri, tanpa mengukur besar atau panjangnya jasad empunya diri".

BUKANKAH INI AKAN MEMUDAHKAN LAGI PENYELEWENGAN PENDAFTARAN STATUS KELAHIRAN UNTUK TERUS BERLAKU DI NEGERI INI, KHASNYA OLEH MEREKA YANG “MATA DUITAN”, “HAMBA KUASA” DAN MEREKA YANG HANYA MENGANGGAP BUMI SABAH & SARAWAK SEBAGAI “TRAMPOLIN” SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA “BUSUK” MEREKA? Jika sebelum ini pun, penyelewengan sebegini begitu mudah berlaku di sana-sini… apatah lagi apabila pintu sudah dibuka seluas-luasnya!

MUNGKINKAH DENGAN MEMPEROLEH SIJIL KELAHIRAN DENGAN TERLALU MUDAH, MAKA "ANAK-ANAK PENYU " YANG BERTABURAN DI SANA-SINI DI NEGERI SABAH AKAN MUDAH PULA MEMPEROLEH KERAKYATAN DAN KEWARGANEGARAANNYA???

Saya kira semua rakyat Malaysia tidak menentang dasar kerajaan secara membabi-buta. Kita sokong sentiasa, asalkan dasar itu sentiasa member manfaat kepada “warganegara Malaysia” yang sah dan layak mendapat haknya menurut peruntukan Perlembagaan Negara… dan bukan atas dasar “kemanusiaan” yang membuta tuli.

Berkenaan mempermudahkan pendaftaran kelahiran ini, saya kira (demi masa depan negara dan penduduk peribumi Sabah/Sarawak sendiri) kerajaan perlu perhalusi lagi cadangan ini sebelum dilaksanakan. Jangan "sudah terhantuk baru tengadah". MS@BS Kata : Biar susah-susah sikit, Jangan susah sampai bila-bila... Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

8 comments:

  1. Hadiah? Tak sesuai pula jika tindakan kerajaan untuk memperbaiki prasarana di Sabah ini dikatakan Hadiah, malah tak masuk akal langsung. Bukan kah itu adalah tanggungjawab mereka? Bukan baru di tahun 2009 ini tetapi sepatutnya sejak lama dahulu seiring dengan kemajuan pesat infrastuktur yang ada di Semananjung. Inilah tren minda para pemimpin KL yang masih menganggap rakyat di bumi Sabah ini masih terlalu dungu dan bodoh sehingga tak dapat membezakan antara konsep hadiah dan tanggungjawab. Bila dikatakan tanggungjawab itu sebagai hadiah macam istimewa sangatlah kedengarannya. Apa2pun terima kasihlah dengan hadiah yang masih dalam bentuk rentetan bait2 kata cuma itu. Kalau sekadar hadiah begini budak tabikapun boleh bagilah kawan. Apapun hadiah ka tanggugjawabkah, tak kisahlah yang penting boleh dinikmati. Jangan pula jadi seperti janji manis 100 hari untuk rakyat dan negeri Sabah suatu ketika dahulu. Dan untuk makluman tuan/puan, masih banyak terpacak tiang kayu penanda kononnya untuk tiang elektrik yang telah dipacak di kawasan pedalaman selepas pilihan raya yang lepas. Entahlah bila tiang2 kayu itu jadi tiang yang boleh membekalkan tenaga elektrik.Sebahagiannya dah reput tapi tak juga tumbuh tiang yang dikatakan tiang elektrik.

    Menyentuh tentang hadiah mempermudahkan pemprosesan kad pengenalan di Sabah. Aduh!!! macam kedengaran sangat baik kepada pihak2 tertentu namun amat mengerikan bila kita fikirkan dengan lebih rasional. Apa tidaknya, ia membayangkan akan ramailah org yang tak berkad pengenalan akan memperolehinya. Dalam hal ini coi benar setuju dengan pendapat MS yang perkara ini perlu diperhalusi sepenuhnya. Apa tidaknya, keadaan ini jika disalahgunakan akan menambah ramaikan penduduk Sabah yang sah di sisi undang2 pada hal mereka tidak sepatutnya berada di negeri ini. Hal ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan sejelas-jelasnya kepada seluruh rakyat Sabah. Jangan memberi hadiah berupa racun kepada pribumi Sabah.

    ReplyDelete
  2. itulah urang sabah bah ini. Telampau cepat bepuas hati. Dapat tangki plastik satu... tong gas satu... tandas begerak satu kah... dapat duit tunai RM200 dari si YB... pun kira cukup puas hati sudah tu.

    Setahun punya dendam pun trus hilang... sejuk balik itu hati. Tunggulah sampai pilihanraya akan datang nanti... ada lagi dendam lah kunu... tapi YB datang lagi bagi rasuah "gula-gula" macam taun lapas, hiiiillaaanngg.. lagi tu dendam. Macam begitu lah kali-kali... entah bilalah berubah.

    selagi mentaliti macam ini inda kana ubah... sampai bila-bilapun sanang kana tipu oleh urang pulitik karajaan...

    ReplyDelete
  3. Tidak payahlah cakap bahawa kerajaan mahu bagi hadiah...itu sudah pun jadi tanggungjawab sepenuhnya mana-mana pemimpin @ kerajaan kepada mana-mana keperluan rakyat yang kini semakin terhimpit/tersepit gara-gara kesan ekonomi global serta unjuran kepada kemelesetan ekonomi negara kita sendiri.

    Hadiah ke-2 tu kurang logik sebap pada keseluruhannya bukan anak-anak tempatan yang tiada dokumen dapat menafaat sepenuhnya. Kelonggaran syarat yang diberi lebih kepada menggalakkan anak-anak PTI (Tiada dokumen) untuk didaftarkan sebagai anak tempatan dan mendapat MyCard dengan sewenang-wenangnya.

    Saya tidak bersetuju dengan niat kerajaan Najib terhadap Sabah & Sarawak kerana pada hakikatnya ia lebih kepada 'Menggadai Maruah' dan menidakkan hak asasi kaum peribumi....

    ReplyDelete
  4. OCOI: Betul tu Ocoi, di mana-mana di pedalaman memang ada kena pacak tiang tanpa wayar... ada yang sudah patah-mematah pun. Janji 100 hari belum tertunai... tiada khabar berita sudah. Penipu punya hal lah kali ni. Suruh taukeh tanam tiang, pas tu baru fikir cerita seterusnya... mungkin sekarang tiada idea menghabiskan cerita. Macam wayang tanpa episod.. tergantung-gantung.

    anynomous: Orang Sabah ni... susah mo komen. Mungkin ada benarnya macam tu. Harap-harap sikap ni dapat dikikis satu persatu. Kalau mengharapkan generasi tua... tiada harapan berubah. Tapi, harap generasi muda yang akan memikirkannya untuk membuat perubahan. Buangkan mentaliti "ok lah tu" jauh-jauh.

    WILLIBORN: Di pedalaman dan di kawasan luar bandar memang ada kes lewat daftar kelahiran. Tidak dinafikan. Sebab banyak faktor... ibu bapa tidak mampu berulang-alik ke bandar untuk urus urusan pendaftaran... kelahiran tidak berrekod sebab bukan di hospital (lahir di kampung @rumah sendiri)... dan banyak lagi halangan. Namun ini bukanlah yang menyumbang kepada stastik keciciran pendaftaran kelahiran di negeri ini.
    Stastik terbesar adalah disumbangkan oleh kelahiran tak terkawal anak-anak PTI di bandar, mahupun yang ada di luar bandar. Tapi kenyataan ini tidak pernah diambil pusing oleh Jabatan Pendaftaran Negara... asyik-asyik penduduk tempatan yang dipersalahkan.
    Harap-harap dorang (JPN) akan telus, berhati-hati dan penuh bertanggungjawab apabila melaksanakan tugas "mempermudahkan" urusan pendaftaran ini... "MUDAH TAPI BERPADA-PADA"

    ReplyDelete
  5. He he... Hadiah untuk RMK10. Kenapa kita mesti kena tunggu lama? Betul ka kita dapat apa yang mereka war-war kan sedang kan janji badawi tentang jambatan sabah labuan pun belum ada petanda.

    Pelik juga kan? bukan tanggungjawab kerajaan ka tu tuk memberi kemudahan infrastruktur pada rakyat.

    ReplyDelete
  6. Dear Sir,
    It must be pretty frustfrating to scknowlegde that issues like this has been going on for ages and fell on deaf ears.
    What had really gone wrong? Why is it so difficult to convey the message across? Have we somehow 'off shoot'?
    Sampai bila?

    ReplyDelete
  7. I think, there is nothings wrong at all. These are the "realistic" give and take situations. How is it happen?
    If the Sabahans people’s keeps giving their votes for them... they're surely taking the opportunities to fools us... that's bullies! So, do you know how to stop those "bulls shit"???
    STOP VOTTING THEM ON THE NEXT 13th pilihanraya lah... Could you do that?

    ReplyDelete
  8. CJK : Harap dorang tidak terlupa tu janji... lebih-lebih lagi bila dorang sibuk "jahit luka" yang SPRM toreh pada hati rakyat... kes kematian Teoh... Dan Chua Jui Meng pula masuk PKR...

    Honeybuzz: Dorang ada telinga untuk mendengar tu... in fact, they have too many "ears" that they put somewhere... everywhere around these nation. But unlucky us... they're only here us during "kempen pilihanraya" i think.

    Anonymous : I think the Sabahans citizens especially the young generations have to do that in the 13th PRU, if they're need a better changed. And I'm sure they will.

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini