Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Friday 29 May 2009

KEMALANGAN MAUT DI JALAN KENINGAU - TENOM.

KENINGAU (28 Mei 2009)- Satu kemalangan ngeri berlaku di jalan Keningau-Tenom, berhampiran Kg. Senagang Keningau, lebih kurang jam 3.00 petang. Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Savy dengan sebuah lori kecil ini telah meragut nyawa kedua-dua pemandu kereta berkenaan. Malangnya, saya tiada di tempat kejadian pada ketika kemalangan ini berlaku (Gambarnya akan saya usahakan... dan "publish" kemudian) Namun menurut beberapa orang saksi, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Savy yang sedang dalam perjalanan menuju ke Keningau.
Dalam kejadian kemalangan ini, kereta Savy berkenaan memandu terlalu rapat dengan dengan sebuah kereta Toyota Land Cruiser yang sarat dengan muatan kepingan getah. Secara tiba-tiba pemandu kereta Savy itu memotong kereta Land Cruiser berkenaan tanpa menyedari bahawa sebuah lori muatan kecil yang menghala ke Tenom sedang berselisih dengan kereta Land Cruiser itu. Difahamkan bahawa pemandu lori muatan kecil berkenaan dipandu oleh seorang lelaki warga Pakistan yang baru selesai berniaga tilam di Sook, Keningau. Manakala pemandu kereta Savy berkenaan adalah seorang lelaki warga tempatan dari daerah Tenom.
Akibat daripada pertembungan kuat kedua-dua kenderaan berkenaan,menyebabkan kereta Savy dan pemandunya terpelosok di bawah bonet lori berkenaan dan mati serta-merta. Manakala pemandu lori itu pula masih bernyawa tetapi tersepit di tempat pemandu. Sejurus selepas perlanggaran berkenaan,api marak daripada bahagian enjin kedua-dua kereta berkenaan dan mula merebak ke bahagian lain. Difahamkan bahawa orang-ramai yang berada di tempat kejadian cuba mengeluarkan pemandu lori yang tersepit itu tetapi tidak berjaya. Akibatnya, kedua-dua pemandu berkenaan hangus terbakar bersama-sama dengan kereta masing-masing.
Menurut kenyataan saksi utama kemalangan berkenaan yang turut memandu mengekori kereta Savy berkenaan sejak dari pekan Tenom lagi, kemungkinan pemandu kereta Savy ini memandu dalam keadaan mabuk. Ini berdasarkan kepada cara pemanduan pemandu Savy berkenaan yang cuai.Difahamkan juga beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian di tempat kemalangan berkenaan turut pengsan dan mengharu-birukan lagi keadaan.
Kemalangan maut di sepanjang jalan Tenom-Keningau ini bukanlah yang pertama, malah sudah berpuluh kemalangan berlaku sepanjang tahun ini sahaja. Dua gambar berikut yang saya sertakan bukanlah gambar kemalangan perlanggaran ini. Sebaliknya ini adalah antara kemalangan ngeri yang pernah berlaku di jalan Keningau-Tenom beberapa bulan lalu, yang mana turut membawa maut kepada mangsanya. Difahamkan bahawa puncanya juga adalah kerana si pemandu (Seorang warga Pakistan yang telah berkahwin dengan wanita tempatan..) memandu dalam keadaan mabuk. Mangsa cuba memotong sebuah kereta lain pada kelajuan yang melebihi halaju yang dibenarkan telah hilang kawalan, terbalik beberapa kali sebelum menjunam ke sebuah parit yang bersebelahan. Difahamkan pemandu berkenaan turut tidak memakai tali pinggang keledar ketika kemalangan berlaku, sehingga menyebabkan dia tercampak keluar daripada keretanya Perodua Kancil yang dipandunya.
Kepada anda di luar sana... kena pilihlah sendiri... ALKOHOL.... atau... NYAWA? MS@BS Kata : PAHAM-PAHAM SAJALAH... MUSIM ARAMAI TIH! Perayaan dan sambutan Pesta Kaamatan di sana sini.Tapi keselamatan diri sendiri dan orang lain jangan diabaikan. Pastikan keutamaan kita sentiasa pada yang satu... PATUHI UNDANG-UNDANG YANG ADA! Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

7 comments:

  1. kemarin bah ni kan MS?hmm..susah jga time byk btl aramai tie kaamatan ni..

    ReplyDelete
  2. Susah ooo musim perayaan ni....Jadi di luar sana..bah..pandu cermat jiwa selamat...palan palan..

    ReplyDelete
  3. Adehh MS...kenapa mangsa kemalangan maut disana asyik melibatkan orang Pakistan...Saya rasa mereka ini suka minum lebih-lebihkan.. kalau minum sampai kalapik mungkin sekurang-kurangnya dapat menghindari maut tapi ini tentu minum sekadar pening-pening lalat kerana apa tidaknya..mereka masih ada keinginan mahu memandu (separuh sedar). Minum sampai kalapik maksud saya ialah sampai tertidur dan sekurang-kurangnya ada masa untuk menghilangkan rasa mabuk sebelum memandu...hehehe..

    ReplyDelete
  4. Ocoi sokong kamu Will, inilah akbitnya bila merasakan diri jadi hero di jalan raya. Baaa anda yang pandai minum tu janganlah alkohol yang menguasai anda, biar kita yang kuasai alkohol. Dan kalau memandu janganlah minum minuman yang memabukkan. Tapi kalau minum sampai kalapik mcm si Will bilang ok juga,yang penting jangan pigi lapik(tidur) di jalan raya. Mengikut sejarah peminuman.. jarang juga orang yang mati kerana kalapik minum... biar melilit di kaki meja/tajau jangan melilit di tayar kereta... heheee

    ReplyDelete
  5. dont drink and drive!

    walauapapun happy kaamatan!

    ReplyDelete
  6. Inilah kali uniknya dan... kroniknya SABAH ni... bila time kaamatan dan hujung tahun.... ada-ada saja yang hilang nyawa, kerana aramai tih... polis pun pening kepala mo kasi selesai. he..he...

    ReplyDelete
  7. "DRINK FAST BUT DONT DRIVE FAST"

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini