Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Monday 2 March 2009

PERPADUAN DAN KEHARMONIAN KAUM : Mengapa Perlu Digadaikan?

Alangkah baiknya jika keharmonian yang selama ini kita kecapi selama hampir 52 tahun dalam negara kita Malaysia, dapat kita pertahankan dan kekal terpulihara!

Bak kata pepatah atau bidalan yang berikut:

1. Sepakat membawa berkat.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh.

3. Seia dan sekata.

4. Teguh pohon kerana akarnya.

Dalam koloni semut, setiap ekor daripadanya telah dilahirkan dengan takdir tersendiri walaupun mungkin ada yang tidak suka dengan takdir tersebut. Soalnya bukanlah terletak pada saiz, warna dan kedudukan sebagai

pekerja, pengawal, tentera, mandur mahupun ratu. Apa yang lebih penting ialah persefahaman, disiplin dan kesanggupan berkorban demi kepentingan bersama. Mampukah rakyat di negara kita bermasyarakat seperti koloni semut?

Sejak akhir-akhir ini, perpaduan dan keharmonian rakyat dalam negara kita semakin hari semakin lusuh dan longgar. Sedar atau tidak, itulah hakikatnya yang sedang menghambat masa depan rakyat di negara kita khasnya golongan muda yang menjadi pewaris mutlak masa depan negara. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa perpeduan dan keharmonian kaum seperti hampir tergadai?

40 tahun yang lampau berlaku peristiwa 16 september 1969, iaitu rusuhan kaum yang disimpulkan oleh kerajaan sebagai “akibat daripada kemiskinan perpaduan di kalangan rakyat”. Ekoran daripada peristiwa ini, kerajaan dengan sokongan rakyat berbilang kaum dan agama di seluruh negara ini telah berusaha mengatasi masalah tersebut dengan pelbagai bentuk pengorbanan – masa, hak, kuasa,harta dan wang ringgit. Usaha ini tidak sia-sia belaka, kerana kita sangat-sangat hampir mencapai apa yang dicita-citakan oleh semua orang iaitu “perpaduan dan Keharmonian”.

Malangnya, kematangan berfikir yang diasah selama hampir 52 di kalangan rakyat dan khasnya para pemimpin negara tidak cukup untuk mengingatkan kita tentang perlunya mengekalkan terus perpaduan dan keharmonian yang telah dikecapi selama hampir sedekad. Semuanya kerana KUASA, HARTA dan KEPENTINGAN DIRI semata.

Jika dahulu, rata-rata rakyat negara kita tanpa mengira kaum, agama dan bahasa boleh bersatu dengan menghormati perlembagaan negara, dengan tidak membangkitkan perkara-perkara yang dianggap sensitif untuk dibicarakan seperti soal agama, bahasa dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera. Namun apa yang berlaku kini ialah, ramai rakyat Malaysia yang gemar malah secara berani dan terang-terangan menggunakan tiga isu sensitif ini untuk mendapatkan publisiti murahan,khasnya segelintir ahli-ahli politik, NGO, golongan pemikir, media dan malah di kalangan pengamal perundangan sendiri.

Antara isu / perkara yang menjadi topik hangat diperkatakan dalam negara kita ialah:

1. Isu kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu.

2. Isu larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam agama kristian – khasnya dalam penerbitan majalah The Herrald.

3. Isu kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah seluruh Malaysia – PPSMI

4. Isu ketuanan Melayu.

5. Dan beberapa isu lain lagi.

Yang hairannya, semua isu ini ada hubung kait dengan “politiking” ataupun yang bermotifkan kuasa politik, pengaruh dan “survivor” seseorang tokoh politik dalam kancah politik semasa. Apakah motif sebenar isu-isu ini diheret ke kancah percaturan politik mereka? Tiada siapa yang berani membuat kesimpulan setakat ini. Namun yang nyata, semakin ramai rakyat Malaysia yang merasa “bahang perkauman” nya dan semestinya mengundang rasa tidak senang.

Apa kata anda?

Nukilan Ikhlas MS @ Bentara Shakti Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Pada dasarnya semua manusia amnya dan rakyat di negara ini khasnya mahukan perpaduan dan keharmonian kaum. Tapi mana silapnya? Ada, tetap ada cela dan cacatnya, kalau tidak masakan perpaduan di negara ini dikatakan rapuh dan usang. "PERPADUAN" juga merupakan satu ungkapan yang cukup manis,indah dan amat santai halwa telinga mendengarnya,jauh dari permusuhan. Cuma Ocoi tak berapa pasti sama ada di negara kita ini pernah wujud satu perpaduan dalam erti kata sebenar atau tidak. Mungkin jika diukur dalam ukuran persen(%) perpaduan di negara kita tidak pernah mencapai 90%pun, khasnya dalam aspek perpaduan kaum. Jika tidak mengapa setiap para pemimpin politik, badan2 kerajaann,NGO tidak kira peringkat manapun sentiasa menggarapkan misi perpaduan dalam setiap ceramah, aktiviti,projek dll. mereka? Mengapa setiap pemimpin politik,pegawai atau kementerian yang datang dari semanjung selalu bermadah berhelah tentang pentingnya perpaduan bila datang melawat Sabah? Pada hemat dangkal dan cetek Ocoi, kaum di Malaysia sebenarnya tidak pernah menikmati perpaduan seutuhnya. Memang wujud perpaduan antara kaum di Malaysia tetpi dalam bentuk perpaduan tercekek dan terkurung tidak stuntasnya. Rakyat Malaysia dalam masa2 lalunya memang berada di ambang perpaduan tetapi masih jauh daripada menjadi sepakat..bibit2 perpaduan yang wujud hanya dalam bentuk rapuh dan bersifat sementara mudah kering dan layu. Mengapa Ocoi katakan demikian? kerana rakyat Malaysia sebenarnya tidak pernah sekata seia dalam apa juga hal,isu jauh sekali dalam dogma politik. Sesebuah negara mungkin boleh mencapai satu tahap yang bernama aman dan itu sudah cukup selesa bagi kita dan kita cukup bersyukur tentang itu.Tetapi sesebuah negara tidak mungkin akan mencapai satu perpaduan yang benar2 sepadu dan sepakat. Kenapa perpaduan tidak boleh dicapai? Kerana negara ditadbir oleh manusia yang tidak diprogram untuk mencipta perpaduan.. manusia mempunyai pelbagai agenda..punya perasaan fantik tentang kaum keluarga dan bangsanya..punya agenda politik yang maha besar..nafsu kemanusaan yang melampau dan perasaan untuk mengekalkan kedudukan, kuasa.. Agenda politik seseorang pemimpin politik itulah sebenarnya yang menentukan mati hidupnya perpaduan di negara ini.. Tidak kira pemimpin datang darimanapun ia tetap sahaja ada agenda politiknya tersendiri.Pemimpin politik juga sebenarnya menyumbang kepada kerapuhan perpaduan di negara ini tanpa kita sedari. Terdapat pemimpin yang datang dari seberang sana cuba mengajar rakyat di negeri ini tentang erti perpaduan sedangkan rakyat di bawah jagaannya masih haru biru..kenapa mahu jadi hero perpaduan di negeri orang? Itulah yang dikatakan agenda politik (memastikan kelangsungan politiknya),tanpa kita sedari ia bukan mengeratkan perpaduan di negeri ini malah, menabah retak pasu perpaduan yg sedia ada di negeri ini. Justeru itu,mungkin rasa keterlaluan jika dikatakan politik sebenarnya musuh perpaduan,kerana fahaman politik cetek yang dimiliki oleh sesetengah masyarakat Malaysia boleh mengundang perpecahan dalam masyarakat, kaum, saudara mahupun dalam keluarga sendiri. Oleh hal demikian, jika benar-benar ingin memelihara dan mencipta perpaduan yang unggul, para pemimpin politik harus berhenti behujah,bercakap tetapi perlu bertindak memperbaiki, memberi, mendampingi semua kaum tanpa menjeling apa, agama,mana negeri, apa bangsanya. Di kalangan masyarakat sendiri, selagi ada perasaan rasa lebih mulia,lebih tinggi darjat dan pangkat,lebih suci.. selagi ada perasaan2 ini, maka selagi itula perpaduan holistik tidak akan tercipta di negara ini. Tapi terlalu sukarkan? Ya, memang sukar selagi kita bergelar manusia, tetapi tidak mustahil jika dimualai oleh barisan pemimpin negara,dan negarawan2 Malaysia. Kita boleh sahaja cipta perpaduan, tetapi bukan perpaduan tuntas(kekal). Sama juga dengan kaum kadazandusun sewaktu waktu dahulu, pernah menjadi satu rumpun yang sepadu..tetapi tidak kekal...sehingga kehari ini kaum ini tidak lebih tidak kurang seperti kaum2 lain di bawah kolong langit ini. Ocoi- Langadon Pisompuruan.

    ReplyDelete
  3. c runcab tergerak hati dan tertarik dengan isu yg MS utarakan ni..
    Jika kita tinjau sejarah perpaduan negara kita,memang kita tidak pernah mengecapi erti perpaduan yg sebenar..sejak zaman PM kita yg pertama Tunku Abdul Rahman hingga la ke era pemerintahan Dr M dan kini Pak Lah..
    Peristiwa 13 Mei 1969 mungkin merupakan detik hitam sejarah negara kita ia merupakan rusuhan kaum terburuk dan melibatkan kehilangan nyawa.Menurut satu kajian oleh Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley..angka korban 13 Mei mencapai 2000 orang.
    Punca?
    Isu Perkauman..(dipetik dari wikipedia:peristiwa 13 Mei)
    "Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan."
    Sekarang ini pula..hangat diperkatan di muka2 akhbar tempatan dan corong2 radio tentang isu perebutan kerajaan negeri di Perak..Ini juga membuktikan negara kita tiada lagi perpaduan..
    Dimana silapnya?
    Kalau dahulu sentimen perkauman menjadi dalang kepada peristiwa 13 Mei..tapi kini manusia semakin tamak mengejar kuasa dan authoriti..masing2 inginkan kuasa..wang mengatasi segal-galanya..
    kerana wang manusia hilang arah,pedoman dan destinasi hidup..kerana wang manusia sanggup menggadaikan maruah diri,bangsa dan agama...
    Jadi hal ini kita perlu fikirkan bersama..dimana silapnya..kalau semut seperti MS katakan itu boleh bersatu padu, kenapa kita manusia yang Tuhan telah anugerahkan dengan akal fikiran tidak boleh? Adakah Tuhan silap mencipta kita? fikirkan..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada jmypatrick di atas maklumat lebih lanjut tentang peristiwa 13 Mei 1969. Maklumat sebegini amat berfaedah untuk diketahui umum. Walaupun kerajaan ada memasukkan peristiwa 13 mei ini dalam buku teks sejarah di sekolah menengah, namun maklumat berkenaan kurang terperinci.

    Pada hemat saya, kebanyakan ahli politik di negara kita pada masa kini bukanlah ahli politik yang tulin. Apa lagi untuk diberi status negarawan. Mengapa?

    Seseorang ahli politik yang tulin adalah juga seorang negarawan. Pemimpin yang dalam kategori ini biasanya mempunyai disiplin yang amat tinggi dan berpegang teguh kepada fahaman politik serta perjuangan asalnya. Mereka tidak akan mudah tergugat biar sehebat mana pun "badai dan taufan" anjakan paradigma di sekeliling mereka. Jika tidak keterlaluan, saya ingin merujuk kepada tokoh-tokoh berikut sebagai contoh. Antaranya ialah Napoleon Bornaparte, Abraham Linclon, Adolf Hitler ataupun mungkin Karpal Singh. Bukanlah menyanjung sangat pemimpin-pemimpin ini kerana mungkin ada di antara mereka yang lebih dikenali dengan imej ganas dan kejam. Namun sekurang-kurangnya ciri-ciri negarawan tulin (atau hampir tulin dalam kes Karpal Singh...) yang ada pada mereka harus dan boleh dicontohi.

    Sedangkan di negara kita kini, rata-rata ahli politik hanya berpegang kepada politik kepartian semata-mata sehinggakan mereka sering terlupa kepada pendirian dan fahaman politik hakiki yang mereka dukung secara peribadi.

    Adakah politik kepartian itu tidak menggambarkan fahaman politik? Jawapannya memang ya, ada. Malah saya yakin semua parti politik di negara ini adalah (pada asasnya..) ditubuhkan berdasarkan fahaman politik tertentu seperti liberalisme, demokratik, sosialisme dan lain-lain. Namun apabila beroperasi, kebanyakan parti politik akan lebih mengutamakan halatuju perjuangan yang biasanya cenderung ditentukan oleh pemimpin tertinggi parti, berbanding mendaulatkan fahaman politik yang didukung parti. Sering kali kita menyaksikan tampuk kuasa dalam sesebuah parti itu beralih tangan, dan secara tidak langsung akan merombak (walaupun sedikit..) hala tuju perjuangannya. Maka tidak mustahil keadan ini boleh mengherotkan perjuangan mereka daripada fahaman politik yang asal.

    Apabila ini berlaku, maka pemimpin-pemimpin politik yang bernaung di bawahnya akan mengikut sahaja telunjuk "orang atas" tanpa banyak soal. Jika ada yang tidak setuju, maka biasanya dia diminta "angkat kaki" secara paksa rela. Namun keadaan sedemikian biasanya amat-amat jarang berlaku.

    Maka tidak hairanlah boleh berlaku keadaan seperti yang saudara Ocoi katakan, iaitu kebanyakan ahli politik atau pemimpin di negara kita lebih selesa bercakap apa sahaja yang mereka mahu (termasuklah soal perpaduan dan keharmonian...), menabur janji di sana sini... itu dan ini... tetapi tidak mampu untuk memperjuangkannya. Apa lagi untuk menunaikannya !

    Sememangnya semua orang selalu "buat kerja" mereka, termasuk pemimpin kita. Namun harus diingat bahawa biasanya kita hanya akan melakukan satu-satu pekerjaan itu dengan bersungguh-gungguh apabila kita benar-benar faham akan maksud dan kepentingannya. Jika tidak, orang akan buat setakat “melepas batuk di tangga”, termasuklah soal memupuk perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
  5. peristiwa 16 mei? = hari guru?

    ReplyDelete
  6. Ya ba pula.... Thanks anonymous atas komen tarikh. Kesilapan tarikh telah dibetulkan.

    ReplyDelete
  7. kenapa saya x dapat jawapan untuk soalan saya....

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini