Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Friday 13 March 2009

KEPUTUSAN STPM – SPM 2008

KEPUTUSAN STPM – SPM 2008 : KEMAMAMPUAN, KEBETULAN ATAUPUN....?

11 Mac 2009 – keputusan peperiksaan STPM diumumkan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia.

Keputusan keseluruhan seluruh negara ? – Merosot.

Pencapaian mengikut subjek berbanding tahun sebelumnya ? – berlaku penurunan

Pencapaian matapelajaran Sains ? –Kualiti ? - ????? Kuantiti ? – meningkat.

PENCAPAIAN MURID SEKOLAH LUAR BANDAR (ALIRAN SAINS) BAGI MATAPELAJARAN SAINS......... MENINGKAT MENDADAK... TERCATAT BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH... MENGATASI PENCAPAIAN MURID DAN SEKOLAH BANDAR, DARI SEGI “PERATUSAN LULUS”.

12 Mac 2009 – Keputusan peperiksaan SPM diumumkan secara rasmi oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keputusan keseluruhan seluruh negara ? – Sedikit menurun.

Pencapaian mengikut subjek berbanding tahun sebelumnya ? – banyak peningkatan

Kebanyakan negeri ; Sabah, Johor, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang – Catat peningkatan besar.

Pencapaian matapelajaran Sains ? –Kualiti ? - ????? Kuantiti ? – meningkat...... mendadak.

Dalam kedua-dua peperiksaan ini, subjek-subjek sains membuat kejutan peningkatan yang besar... malah berlaku di sekolah-sekolah luar bandar yang sebelum ini sangat payah mencatat tahap “lulus”, apatah lagi ke tahap cemerlang (kredit)....

Ini antara khabar baik yang diumumkan pihak Majlis Peperiksan Malaysia (MPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) baru-baru ini.

Semua rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian ini. Tetapi benarkah statistik peningkatan ini benar-benar sahih dan menggambarkan kemampuan serta pencapaian sebenar generasi muda Malaysia yang terlibat dalam kedua-dua peperiksaan ini ?

Dengar khabar, banyak pihak meragui keputusan yang dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab menguruskan kedua-dua peperiksaan awam ini. Ditambah lagi dengan isu kelewatan mereka mengumumkan keputusan SPM dan STPM saban tahun.

Dengar khabar lagi, kononnya ada murid-murid sekolah luar bandar yang selalu ponteng sekolah, sangat tidak mahir menulis dan membaca, sangat lemah bahasa Inggeris dan pengiraan, tidak pernah membuat kerja/latihan yang guru arahkan, selalu ponteng peperiksaan dan macam-macam... selain masalah disiplin. Mereka ini bukan setakat lulus subjek sains, malah mencatat keputusan kredit c5 dan c6.... hinggakan guru yang mengajar pun ternganga tidak percaya.

Jika benar keadaan ini berlaku, apakah ini menyokong kepada dakwaan ketidaktelusan pihak kerajaan (LPM/MPM/KPM) dalam mendedahkan statistik pencapaian sebenar calon-calon peperiksaan SPM dan STPM 2008 ?

Mungkin ya, mungkin juga tidak. Tetapi jika ada unsur-unsur penyelewengan sedemikian ... maka yang ruginya bukanlah menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang berkenaan dan bertanggungjawab. Tetapi generasi Malaysia yang akan datang. Bayangkan jika seseorang pelajar yang tidak sebijak berbanding sijil yang diperolehinya... memasuki jurusan profesional (doktor atau arkitek misalannya...), mahukah anda mendapatkan perkhidmatan dari mereka? Bayangkan apa yang akan mereka lakukan untuk anda... dan apa kesannya kepada anda kelak...

Apapun tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha mendidik anak bangsa Malaysia di seluruh Malaysia. Jangan putus asa... banyak bersabar... dan teruskan menjadi “guru” yang sejati. Tahniah juga kepada semua calon peperiksaan SPM dan STPM yang telah mendapat keputusan yang anda sahaja yang tahu grednya.... teruskan belajar.

Yang selebihnya... dan kemudiannya.... ? Kita serahkan kepada keadaan dan perubahan.....

PEACE !

Nukilan Ikhlas, MS@BentaraShakti Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

2 comments:

  1. Setiap kali keputusan sesuatu peperiksaan awam diumumkan kita selalu dihantui oleh persoalan peratusan lulus, dan peratusan gagal kurang menarik perhatian oleh mana-mana media. Untuk melengkapkan aroma persoalan itu, soal kuantiti dan kualiti juga adalah suatu hal yang tidak terlepas daripada persoalan dan terjahan-terjahan minda masyarakat khasnya mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan, guru-guru, ahli2 akademik dan pengubal dasar pendidikan. Sememangnya sesuatu keputusan yang mendedak dan tak diduga mengundang sangsi siapa jua,kecuali mereka yang mungkin menjadi pelakon di sebalik tabir. (jika ada). Apa yang diumumkan ialah kenaikan peratus lulus bagai subjek sains, dengan kata lain kuantiti meningkat.Bagaimana dengan kualitinya? Apa kah keputusan SPM/STPM juga dibauri aroma politik di negara ini? Yalah, fenomena semasa politik tanah air kita sejak akhir2 ini banyak mempaparkan kezutan-kezutan yang tak terduga. Jika kuantiti meningkat tapi kualiti menurun apa petandanya? Para pembaca fikirlah sendiri natijahnya. Benar kata MS, snggup kah kita berpemimpinkan,berdoktorkan,bergurukan,berhakimkan mereka yang dianggap "Low quality"??? Tapi apa kah hari ini mereka lulus tanpa kualiti..esok juga tetap sama? Setakat ini ocoi masih berpegang kepada kefahaman bahawa manusia adalah aktif dan sentiasa berubah. Masalahnya, perubahan itu ke arah positif atau sebaliknya. Kita berharap jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa ada pelajar yang tidak sepatutnya lulus tetapi tiba-tiba lulus dengan cemerlang...mungkin mereka dibantu oleh sesuatu misi atau dasar yang masyarakat biasa kurang fahami. Apapun kita mohon kepada pelajar2 terbabit agar dapat merealitikan dan meneruskan kejadian atau keajaiban itu pada masa-masa akan datang dengan cara yang lebih holistik. Ini kerana hanya pelajar itu sendiri sahaja yang mengenali siapa mereka dan dapat mengukur kemampuan sebenar mereka. Jangan persiakan peluang yang datang bergolek..kerana yang bergolek atau melayang tidak selamanya bergolek atau melayang..Pelajar terbabit sahaja yang tahu sekiranya mereka perlu berusaha lebih gigih atau sebaliknya...jangan mengharapakan nasib selalu menmyebelahi kita. Apa-apapun,tahniah kepada semua pelajar yang telah lulus dalam SPM/STPM 2008. Yang kurang bernasib baik, itu tidak bererti anda telah gagal dalam hidup atau tidak berkualiti..anda tetap hebat dan berpotensi membangunkan keluarga negara,bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat tertarik dengan statistik yang saudara MS utarakan..
    Jika benar la apa yang MS katakan tu, apa guna kita mendapat keputusan ynag cemerlang hanya pada 'slip' atau sijil semata2 tapi pada dasarnya 'tin kosong'? Inikah generasi yang ingin kita lahirkan?Apakah mereka yg berwajib ingin menjadi hipokrit atau sekadar ingin menutup bekung di dada semata2 ingin mentup kelemahan diri?
    Saya berpendapat semua ini ada kaitannya dengan isu PPSMI yang kian panas dibincangkan sekarang ni..Pihak berwajib mungkin ingin menunjukkan kepada seluruh malaysia bahawa sistem ini sangat berkesan dan terbukti berjaya. Tapi adakah PPSMI ini benar2 berjaya di mata guru2 dan murid itu sendiri? Apatah lagi di pedalaman yang sememangnya mengahadapi masalah besar dalam pembelajaran PPSMI ini. Hanya jauhari mengenal manikam....cubalah kerajaan luangkan masa sehari bersama warga pendidik dan murid2 pedalaman. Selamilah masalah dan jiwa mereka...
    Jadi jangan kerana ingin mempertahankan sesuatu yang tidak pasti, kita sanggup pula menjadi hipokrit dan menjadikan generasi kita mangsa keadaan. Bayangkan jika mereka yang mendapat 10A (atas kertas) ini berjaya masuk ke IPTA tapi terkapai2 apabila bergelar mahasiswa..salah siapa?
    Jadi,jangan la kita menegakkan benang yang basah..Biarlah kita rugi 10 juta tapi janganla korbankan generasi yang bakal menjadi tiang dan tonggak negara.

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini