Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Saturday 7 March 2009

BANJIR DAN BANJIR LAGI

BANJIR LAGI...
Keningau – Tenom, 6 Mac 2009, banjir berlaku lagi. Beginilah keadaannya setiap kali hujan lebat turun sekalipun dalam tempoh yang singkat sahaja. Gambar-gambar ini sempat saya ambil di sebuah kawasan kejiranan kampung yang terletak di daerah Tenom, ketika banjir baru bermula. Difahamkan bahawa Keningau juga mengalami masalah yang sama – dilanda banjir kilat.
Ironinya, banjir sebelum ini juga dilaporkan oleh media-media cetak dan elektronik. Datuk-datuk wakil rakyat dan YB-YB pun kononnya ada turun padang, meninjau, menengok dan menunjukkan muka. Tetapi selepas itu? Entah. Nampak gaya belum terfikir apa jalan penyelesaiannya. Perlukah menunggu musim pilihan raya yang akan datang? Hanya mereka sahaja yang tahu. Tetapi rakyat tahu dan sedar, bahawa masalah ini sudah kronik. Sepatutnya perlu ditemukan dengan jalan penyelesaian yang segera dan bersungguh-sungguh.
Saban tahun masalah hujan berlebihan dan diikuti banjir ini akan sentiasa menghantui penduduk di seluruh dunia, tidak kira di negara yang beriklim panas, sejuk mahupun sederhana. Dahulu, fenomena ini tidak berlaku. Jika berlakupun, mungkin kekerapannya pada kadar sangat minimum iaitu pada nisbah 1 : 100. Mengapakah fenomena cuaca dunia kini berubah secara mendadak? Apa masalahnya?
Terdapat tiga penjelasan yang berbeza dari tiga pihak yang juga berbeza haluan. Pandangan pertama dikemukakan oleh para saintis. Mereka menyimpulkan punca perubahan fenomena cuaca dunia kini adalah satu perkara biasa kerana sifat bumi dan plenet-plenet lain di alam semesta ini memang bergantung kepada proses evolusi. Dipermudahkan di sini, dari habuk yang berterbangan di angkasa lepas bumi dan plenet-plenet lain terbentuk. Maka kepada habuk jugalah bumi dan plenet-plenet lain akan kembali. Mereka yakin bahawa ini adalah proses normal (semula jadi) dan tidak ada siapa-siapa yang mampu menghalangnya daripada berlaku, walaupun boleh diperlahankan proses evolusi ini mengikut kaedah penyelesaian sains.
Penjelasan kedua datang dari pihak orientalis dan yang berfahaman humanisme seperti pakar-pakar bahasa, budaya, seni dan lain-lain. Golongan ini pula cenderung mengaitkan punca sebenar fenomena perubahan iklim dunia ini adalah akibat daripada perbuatan manusia. Kegagalan manusia mengawal tingkahlaku dan sifat-sifat rakus semula jadi mereka menyebabkan bumi ini teraniaya. Kerakusan manusia itu sering dikaitkan dengan ketamakan, keegoan dan keangkuhan manusia. Manusia melalui aktiviti-aktiviti harian mereka menjadi penyebab utama pemanasan global, kesan rumah hijau mahupun kesongsangan kitaran cuaca.
Penjelasan ketiga pula datangnya daripada golongan agama yang menggunakan lunas-lunas ajaran agama bagi menerangkan fenomena ini. Bagi golongan ini, fenomena Iklim dunia kini adalah berkait rapat dengan kegagalan manusia menjalani hidup, sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Tuhan / Allah. Prinsip “perbuatan dan pembalasan” ataupun amal dan dosa sering dijadikan asas utama mengapa manusia di seluruh dunia kini menderita sengsara akibat perubahan iklim global yang ekstreem. Kejahatan, kedangkalan dan ketidakpatuhan manusia terhadap perintah-perintahNya menyebabkan manusia dihukum di atas segala perbuatan mereka.
Penjelasan yang manakah yang paling sesuai untuk menjelaskan fenomena iklim yang dihadapi seluruh masyarakat global kini ? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Nukilan Ikhlas MS @ BentaraShakti Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

7 comments:

  1. adui..banjir ka sana..ndak jadi la sa mo balik nih....

    ReplyDelete
  2. Betul,tu MS..jawapan hanya ada pada kita sendiri, walaupun kita boleh terima dan tidak menolak kebenaran ketiga2 penjelasan tersebut. Namun demikian kita sebagai manusia yang telah dikurniakan akal dan fikiran pasti sahaja dapat melahirkan idea atau pandangan kita sendiri menurut situasi alam,dan sosiopolitik setempat. Ocoi katakan demikian kerana dalam apa keadaan sekalipun sebenarnya manusia masih berpotensi mengubah sesuatu fenomena itu walaupun tidak 100% berubah tetapi pasti ada yang boleh diubah dan berubah... Misalnya..jika sudah berlaku banjir berulang kali di kawasan yang sama walaupun bukan di tempat yang sama, sewajarnya manusia yang berwajib perlulah ambil tindakan-tindakan wajar setelah membaut kajian tentang puncanya. Mungkin, sistem perparitan yang tidak sempurna atau tidak sesuai,tersumbat dan sebaginya, Sungai2 tersumbat dek sampah2 atau cetek. Ini perlu dibaut tindakan segera, bukan sekadar dilawat,ditonton dan diberi ulasan oleh insan2 berwajib. Dengan melawat dan memberi ulasan walau berulang kalipun sesuatu masalah tidak akan selesai walaupun berjuta wang yang diumumkan sebagi peruntukan untuk membaiki keadaan jika hanya tangan memeluk tubuh.

    ReplyDelete
  3. Ciannya Keningau kita pun banjir...

    ReplyDelete
  4. banjir o banjir..
    Saya stuju dengan 3 elemen khusus yg MS katakan tu...fenomena semula jadi,aktiviti manusia dan petanda Tuhan. Seperti yg ocoi terangkan..ada beberapa aspek yg boleh kita ambil untuk mengatasi 3 elemen ini iaitu menyediakan prasarana yg sesuai dan bijak agar banjir boleh dielak seperti sistem perparitan yg baik serta sistem maklumat cuaca yang bersepadu agar penduduk mendapat maklumat lebih awal jika hujan berlanjutan dan penduduk boleh mengambil langkah awal.
    Namun manusia hanya mampu merancang..Tuhan juga yg tentukan..kesimpulannya..kita tidak boleh tentukan yg mana satu punca utma bencana berlaku..yg pasti..semua aspek kita perlu ambil kira sama ada didepan,belakang,kiri atau kanan.. Apa yg pasti kita renung2kn bersama dan berdoa agar banjir seperti ini tidak berlaku lagi..

    ReplyDelete
  5. Tiga penjelasan yang diberi oleh para saintis, pihak orientalis dan golongan agama adalah terpakai. Sungguh pun nampak berbeza tetapi ianya berkait rapat dengan sikap dan kegagalan manusia itu sendiri.

    Proses evolusi merupakan lumrah kepada alam. Ianya berkaitan dengan kitaran hidup, dimana segala hidupan saling memerlukan diantara satu sama yang lain. Yang mati akan memberi manfaat kepada yang masih hidup dan yang masih hidup akan menuruti jejak langkah seperti yang telah mati sebelum ini secara semula jadi untuk memberi manfaat kepada hidupan yang baru. Hujan akan memberi kehidupan kepada tumbuhan hutan manakala hutan pula akan memperlahankan kitaran penurunan hujan, mengawal kemusnahan ozone mengurang pemanasan global, menahan kecairan ais di kutub utara seterusnya mengelak peningkatan air laut. Begitu lah evolusi yang berlaku sebenarnya. Sekiranya kitaran ini tidak terganggu, maka banjir kilat yang luar biasa mungkin tidak akan berlaku.

    Akan tetapi seperti yang dikatakan pihak orientalis, disebabkan oleh kegagalan dan kedangkalan manusia, maka evolusi ini tidak lagi berjalan secara semula jadi. Kerakusan manusia memusnahkan hutan melalui pembalakan, pembersihan berleluasa untuk pertanian sehingga menggondol bukit bukau, penimbusan kawasan untuk tujuan perumahan hingga menutupi saliran sedia ada menyebabkan evolusi secara semula jadi ini terganggu dan akhirnya banjir luar biasa berlaku. Kegagalan pihak berwajib untuk menyediakan saliran baru yang betul dan mencukupi juga antara penyebab mengapa banjir berlaku di kawasan Bandar.


    Penjelasan daripada golongan agama, memang ada kebenaran nya. Bagi saya, ia merupakan satu amaran awal yang diturunkan oleh Tuhan / Allah bagi menyedarkan manusia akan hari Kiamat. Kiamat kali kedua bukan diturunkan melalui Air tetapi ianya melalui Api. Disini kita boleh melihat tanda awal bagai mana Api Kiamat boleh berlaku. Bermula daripada kedangkalan manusia yang memusnahkan evolusi alam semula jadi hingga mengakibatkan pemanasan global, membesarkan kebocoran ozone dan mencair kan ais di kutub utara dimana ianya menyebabkan peningkatan air laut dan akhir nya banyak kawasan banjir terjadi. Ini lah yang dikatan amaran.

    Apabila keadaan ini tidak diendahkan oleh manusia yang telah lupa akan kekuasaan tuhan, maka pemanasan akan bertambah, air menjadi kering seterusnya api akan menggantikan nya. Ini lah yang dikatan kiamat.

    Hu hu… kalau difikir, memang mengerikan. Satu yang harus di ingat oleh manusia ialah hidup lah dengan seadanya. Jangan haloba dalam menjalankan kehidupan harian hingga lupa akan kekuasaan tuhan yang memberi peluang kepada kita untuk hidup di bumi yang lengkap ini.

    ReplyDelete
  6. Mcm mana sdh tu air? surut sdh ka?
    Hrp2 la nda hujan lg..risau aku..
    Jauh2 aku rasa mcm nda percaya..under water tu Tenom.

    ReplyDelete
  7. Tenom ni... tinggi juga daripada daripada paras laut. Lain lah kalau daerah Beaufort. Tapi nampak gaya, semua itu tidak boleh lagi dijadikan sandaran untuk tidak ditimpa malang begini...

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini