Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Thursday 19 March 2009

Apabila Alam Semulajadi Menunjukkan Kuasanya...

Tenom, 15 Mac 2009 - Apabila Sg. Pegalan dan Sg. Padas bergabung kekuatan... melimpahkan air yang banyaknya tidak mampu ditampung oleh Empangan Hidro Electric Pangie... dan yang tidak mampu ditampung oleh laut lepas... akhirnya menjadikan pekan Tenom sebagai mangsa.... dan inilah kisahnya.... Balai Bomba Tenom ditenggelami air. Jika pihak penyelamat pula yang perlu diselamatkan... apa akan jadi kepada yang lain..? Suasana kampung yang ditenggelami air... macam laut cina selatan jadinya... Tebing tanah bersebelahan Hotel Perkasa Tenom yang runtuh dengan teruk.... meletakkan hotel ini dalam keadaan tidak selamat. Tinggal tunggu rebah dan jatuh ke gaung... yang jauhnya dari bangunan hotel ini (jika tidak silap saya...) adalah kurang 50 meter. Bangunan sekolah rendah (S.K Kalang Kanar) yang dulu ditenggelami air... masuk TV3... kini tenggelam lagi... nasib baik musim cuti. Yang ni pula kesan banjir kilat yang berlaku beberapa hari sebelumnya (13 Mac 2009). Kisanya... Seorang murid sekolah menengah berhampiran terjatuh ke dalam parit yang sedang dilimpahi oleh aliran air banjir lumpur yang sangat deras. Dalam keadaan hujan sangat lebat, murid sekolah ini hampir maut... tenggelam lebih kurang 2 minit sebelum dapat ditarik keluar oleh orang awam dan rakan-rakannya yang lain. Lepas diselamatkan... murid sekolah ini dibawa ke klinik (KKIA) yang hanya bersebelahan dengan tempat saya ambil gambar... Ketika itu, saya cuma mampu ambil gambar ini kerana saya tengah driving ketika itu. p/s gambar ni kurang jelas sebab ambil guna telepon bimbit ja... tapi boleh zoom kalau mau. Bingkisan Ikhlas dari, MS@BentaraShakti Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

8 comments:

  1. Nampaknya tahun ini hujan terus di negeri kita ini MS. Tahun-tahun lepas, selalunya hujan akan berhenti selepas Tahun Baru Cina tapi kali ini hujan berlarutan pula. Kalau tak hujan di tengah hari, sebelah petang atau malam pasti adalah hujan yang turun.Bukan di kawasan Keningau Tenom sahaja tetapi di pantai timur negeri ini juga mengalami cuaca yang tidak seimbang. Di Pantai Timur ini khasnya kawasan Kinabatangan belumlah ada bencana banjir yang seteruk di Tenom tahun ini. Walau bagaimanapun, bulan lepas terdapat juga jalan yang putus dek angkara hujan yang berterusan.. menyebabkan jalan utama Sandakan-K.Kinabalu (Batu 26 jalan Sandakan-Telupid) ditutup beberapa jam dan beberapa hari.Nasib baik jalan utama Ocoi masuk ke pedalaman (Ulu Kinabatangan) sudah diupgread, kalau tidak semasa hujan2 begini pasti ada sahaja yang terpaksa tidur di tengah jalan seperti beberapa tahun yang lalu. Merujuk kepada keadaan Hotel Perkasa di Tenom..nampaknya situasinya dalam tahap kritikal..dan mengikut maklumat yang ocoi dengar dari kawan2 dari Keningau Forum..jika hotel itu tumbang ia akan menimpah bangunan hospital tenom pula. Ini ocoi tak pastilah sebab ocoi sendiri belum melihatnya. Apapun keadaannya, diharapkan pihak2 berwajib dapat bertindak dan telah bersedia menghadapi apa juga kemungkin2 yang bakal terjadi..jangan pula sudah terhantuk baru terngadah. Kita seharusnya belajar dari sejarah lepas kerana telah banyak tragedi hitam di negara kita yang membabitkan keruntuhan bangunan..kita tidak mahu peristiwa hitam itu berlaku pula di negeri kita ini.

    ReplyDelete
  2. Bencana alam di luar kawalan..
    baru2 ni..jumaat minggu lalu, saya balik ke kg halaman saya kat Lawa Mondou Telipok. Biasanya kita balik kg gembira tapi saya sedih melihat jalan raya ke kg saya rosak teruk akibat hujan lebat. Tanah runtuh dan jalan raya berlubang akibat aliran deras air hujan menyukarkan kereta kecil malahan 4wd pun hampir tak dapat lalu. Padahal laluan tu adalah laluan utama untuk ke stesen pemancar TV3,Telekom dan RTM.
    Nak salahkan kerajaan tak buat jalan pun susa juga..org kg asyik tebang pokok kat lereng buklit untuk pertanian pindah..nak salah org kg..org kg nak makan apa pula kan?
    Sama la kes dengan banjir ni..orang bilang mati susah hidup pun susah.. jadi kita berdoa sajalah pada Tuhan supaya bencana seperti ini tidak berlaku lagi, dalam masa yg sama kita berusaha juga menjadi penyelamat kepada dunia kita yang semakin tua ni...

    ReplyDelete
  3. Kisah Hujan lebat yang akhirnya mengakibatkan banjir kilat dan banjir besar sudah sinonim di negeri kita MS... dulu waktu kecil-kecil dulu pun fenomena sedemikian sering berlaku kann...tapi waktu itu tiada TV3, RTM atau wartawan2 yang datang melihat sendiri keadaan kita pada waktu itu. Yang pasti penduduk2 sekitar sahaja yang tahu akan kisahnya.

    Mengenai banjir di Tenom seperti yang MS rakamkan itu adalah contoh jelas bahawa tiada apa-apa dapat dibuat oleh pihak berkuasa atau yang berwajib. Sekurang-kurangnya ada juga idea-idea pencegahan banjir kilat dari berlaku dari mereka tapi selama ini "Indah Khabar dari Rupa"..Mungkin mereka2 ini memang tidak ada rasa tanggungjawab langsung atau tidak mahu komited dengan benda2 seperti ini. Maksud saya mereka hanya tahu menunjukkan simpati dan kasihan apabila sesuatu tragedi ngeri berlaku dan tidak kepada sebelum kejadian boleh berlaku..

    Hemmm...selalunya pihak stesen Hydro Pangi dulu yang melepaskan takungan empangan yang berlebihan sebelum melimpah tapi mungkin ada yang tidak kena sehingga terjadi disebaliknya...

    ReplyDelete
  4. pandangan dari Ocoi, JmyPatrick dan williborn memang ada kebenarannya....

    Beginilah keadaannya... kita dengar cerita... ada khabar yang bertiup dari kejauhan. Tapi biasanya khabar-khabar sebegini sering dianggap sebagai "khabar angin" oleh kebanyakan orang, khasnya pihak yang berwajib. Walaupun mereka juga tahu bahawa tidak semua khabar yang diceritakan orang itu adalah "khabar angin" semata-mata....
    Namun mungkin kerana sudah terbudaya.. maka akhirnya sesuatu "petanda" yang jelas memberi peringatan penting kepada manusia itu sering diabaikan... dan hanya disedari dan diakui selepas "penamat"nya.
    Itulah sebabnya, kebanyakan orang akan kata..
    "ooh... saya tau bah itu hal, tapi...."
    ataupun...
    "ohhh.. ia kah..? begitu ahh... saya ingat...."

    dan banyak lagi....

    ReplyDelete
  5. Selalunya Daerah Beaufort yang Kerap dilanda banjir kalau musim tengkujuh. Di Tenom kali ini merupakan fenomena yang agak luar biasa dan mungkin sudah beberapa kali berulang dimana melibatkan kawasan pekan dan kampung yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir.

    Tidak dinafikan bahawa pelepasan takungan air di stesen Hydro Pangi juga boleh menyumbang kepada kejadian banjir ini. Ia nya serupa dengan daerah Penampang dimana apabila kolam takungan air dilepaskan oleh Jab. Air, ianya sering mengakibatkan banjir yang mendedak. Mujur lah kerajaan sudah membuka semula laluan asal sungai di putatan bagi mengurangkan limpahan banjir yang tidak dapat ditampung oleh sungai petagas.

    Saya berpendapat bahawa pihak PDT, MDT harus berkerja sama untuk mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah ini seperti membesarkan sungai atau membina satu lagi laluan Air alternative agar dapat mengelak daripada kejadian banjir.

    ReplyDelete
  6. kalau pihak berkuasa tidak dpt tolong kita, kita latih org kpg kita supaya dpt menyelamatkn diri ketika banjir. kasian diorang. panat2 mengundi, banjir kena kasi... adoooi abis padi si gaman...!!!

    ReplyDelete
  7. betul tu anonymous... kalau tau dulu begini sikap dorang, baik jangan bagi undi dulu. Harap-harap orang Tenom dapat pengajaran daripada keadaan ini. Tapi yang merisaukan, kebanyakan masyarakat di sini mungkin terlalu pemaaf... dan mudah sejuk hati. Bagi sebiji tangki septik... atau tangki air kah... hilanglah dendam setahun.
    alahaiii...

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini