Antara perkara-perkara yang selalu menjadi bahan “umpatan” dan “makian” orang ramai terhadap kelemahan perkhidmatan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan ialah dari segi:
- Tahap layanan (sama ada mesra atau sebaliknya).
- Tahap kecekapan (sama ada dapat menyelesaikan urusan pelanggan pada kadar yang munasabah atau sebaliknya)
- Tahap birokrasi ( sama ada mudah ataupun menyusahkan)
- Tahap ketelusan...
- dan akauntabilitinya.
Saya yakin jawapan ini bergantung kepada penilaian individu setelah mengalami sendiri pengalaman berurusan dengan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan (awam).
Tidak kesemuanya kurang cekap, dan tidak pula kesemuanya cekap. Itulah hakikatnya. Terdapat kementerian dan jabatan yang berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan perkhidmatan yang disuarakan kliennya. Tidak kurang pula agensi-agensi kerajaan yang begitu berani mengetengahkan dan mencuba idea-idea pelaksanaan pentadbiran yang baru, selain yang telah digariskan oleh Ketua Setiausaha Negara melalui “Teras Perkhidmatan Awam”.
Malangnya, ketirisan boleh berlaku di mana-mana bahagian dan peringkat dalam melaksanakan dasar-dasar pentadbiran awam.
Kadangkala tanpa disedari, perkara yang kita anggap kecil dan remeh boleh dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang kurang berpuas hati dengan tahap perkhidmatan sesebuah agensi kerajaan. Kita boleh mengambil contoh daripada gambar-gambar berikut. Mungkin tidak disengajakan, tetapi “terlepas pandang” akibat kesibukan melaksanakan ratusan ataupun ribuan arahan-arahan perkhidmatan yang ada.
Gambar di kiri adalah pemandangan biasa di pekan Tenom. Jika dilihat sekali pandang, tidak ada apa-apa yang merosakkan pemandangan kita.
Gambar kecil di kiri menunjukkan papan penanda iaitu terletaknya dua agensi kerajaan yang utama di negara kita iaitu JPJ dan JPN di daerah Tenom.
Gambar di kiri ini adalah papan penanda Jabatan Pengangkutan Jalan (cawangan Tenom), bersebelahan dengan pejabat Jabatan Pendaftaran. Keadaannya sempurna iaitu boleh dibaca dan lambang jabatan yang jelas.
Ini pula adalah papan penanda Jabatan Pendaftaran Negara (Cawangan Tenom) yang bersampingan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Tulisannya sangat menyerlah untuk dibaca oleh orang awam. Namun, masalahnya ialah pada logo yang tertera mengapit nama jabatan iaitu dalam keadaan lusuh, buruk dan tidak dapat dikenali langsung.
Ini adalah pandangan dekat (zoomin on..) logo yang sepatutnya merupakan logo Jata Negara, iaitu lambang rasmi yang digunakan dalam segala Urusan Kerajaan Malaysia. Tetapi keadaannya tidak sempurna.
Ini pula adalah mungkin... logo Jabatan Pendaftaran Negara... ataupun mungkin logo Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri. Tetapi juga berkeadaan tidak sempurna.
Mengapakah keadaan logo papan penanda ini sedemikian? Mungkin atas faktor "usia"? Kekurangan dana membina papan penanda baru? Atau mungkin faktor-faktor lain yang kakitangan di agensi ini sahaja yang tahu...
Apapun alasannya, pada pengamatan saya keadaan ini tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Ya lah... bak kata orang, apa ada pada rupa? yang penting ialah apa yang ada di dalamnya. Mungkin benar! Tetapi keadaan ini sebenarnya boleh memberi tanggapan negatif dan kurang yakin orang awam terhadap tahap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi berkenaan. Bagaimana? mungkin orang awam akan membuat andaian-andaian berikut...
- Kakitangan di agensi ini tidak ada semangat bekerja yang jitu..
- Kakitangan di agensi ini tidak peka dengan dasar-dasar kerajaan khasnya dasar perkhidmatan awam...
- Agensi ini kurang dipantau dan diselaraskan oleh kementerian berkenaan..
- Kakitangan di agensi ini bersikap "endah tak endah" dan sambil lewa terhadap tanggungjawab mereka....
- dan banyak andaian lain lagi...
sa ndak tau la durang ni...sa pernah berurusan sama jabatan kerajaan but so far, one of the best I ever got is from Imegresen KK...they really efficient, friendly and fast. 2 thumbs up for them!
ReplyDeleteBetul tu MS,selagi kita bernama manusia,selagi itu ada sahaja kecacatan kita.Semabagai orang awam atau pelangan,kita seharusnya mengakui bahawa tidak semua penjawat awam tidak dapat memberi perkhidmatan yg cemerlang dan perlu menerima hakikatnya bahawa sememangnya terdapat kakitangan awam yang kurang cekap smaada sengaja atau itulah kemampuannya.(yg sengaja itu yg tidak boleh dimaafkan dan ia sebenarnya tidak layak jdi penjawat awam). Penjawat awam pula harus terima hakikat bahawa tidak semua bidang mereka boleh buat dengan baik.So terimalah kritikan jika ada seadanya dan cari titik penambahbaikkannya. Apapun yg sering terjadi dalam mana situasipun, ialah "kerana nila setitik rosak air sebelanga"
ReplyDeletesaya sokong pendapat yang mengatakan bahawa Tidak kesemuanya kurang cekap, dan tidak pula kesemuanya cekap, satu cth terbaru yang kita nampak ialah jabatan pendaftar, akibat kecuaian mereka, kad pengenalan asal penduduk tetap diganti pula kepada penduduk sementara..apa dah jadiii??
ReplyDeleteakibat kecuaian pihak pendaftaran, status agama saya dlm KP adalah Islam.. saya terpaksa berulang alik ke gereja SFX untuk hal ini...bebulan bulan baru selesai...
ReplyDeleteKecuaian-kecuaian sebegini memang TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU! Sebabnya? Jika kita nilai dari segi jangka masa untuk satu-satu kad pengenalan itu disiapkan, mengambil masa lebih kurang setahun juga. Cukup lama tu... Lain lah kalau sehari dua, kesilapan memang boleh berlaku. Rasionalnya, mereka sepatutnya cukup masa (Lebih daripada cukup sebenarnya...) untuk mengesan dan membetulkan kesalahan-kesalahan remeh macam ni. Jika sudah begitu lama...dan masih "tidak perasan" (kononnya..) dengan kesilapan begini, maka ini menguatkan lagi andaian bahawa memang perkhidmatan Jabatan ini kurang cekap dan perlu dibaiki....
ReplyDeleteSatu hal lagi khasnya di Sabah, mengapa ramai penduduk dari seberang luar kewarganegaraan dapat KP bunga raya di negeri ini? Siapa yang proses KP mereka?Penjawat awam ka? kalau betul ini kerja-kerja penjawat awam mereka sebenarnya amat cekap. (cekap memberi hak peribumi kepada orang asing.Cekap memberi peluang kepada org dari seberang) Ocoi teruja menyatakan hal ini kerana jika kita berada di daerah Tawau, Sandakan, L.Datu, Telupid, dan ocoi kira di mana2 juga di Negeri ini tetap sama sahaja keadaannya.Di sana kita jangan silap mengatakan sesorang yang kita yakin bangat sebagi bukan orang tempatan sebagai PATI,kerana akibatnya mereka dengan bangganya akan menunjukkan KP asli mereka. 2 Tahun yang lepas ocoi ada seorang kawan (Penjawat awam),tunangnya org asing. Beberapa bulan tunangnya kerja di Semanjung sana, tak pasti pula kat negeri mana.Sungguh cekap, balik aja pi Sabah da ada KP ori yg ocoi pasti diperolehi secara tidak ori. Sedangkan masyarakt peribumi di pedalaman sana masih rami yang tidak ada KP sehingga hari ini.Nah! bukan kah penjawat awam yang membantu dalam proses semua itu? Mengapa jika peribumi yang memohon KP birokrasinya bukan kapalang?sehingga KP yang dipohon ambil masa berbulan2 malah bertahun2. Da dapat KP sana sini cacatnya, Penduduk semantaralah, agama ditukarlah,alamat lainlah..odoiii.. macam2 lagi..ini kecekapan jenis apa ni??? Apapun bukanlah semua agensi kerajaan dan penjawat awam yg senggup merogol akta dan etika perkhidmatan awam dan hak peribumi di negeri ini..tapi itulah mungkin yang dikatakan..kerana nila setitik..
ReplyDeletekalaulah kita boleh dedahkan permasalahan rakyat berkenaan IC ni... kan bagus. Setiap daerah, kita bagilah contoh yang nyata. barulah pihak yang berwajib akan membuka mata,telinga dan hati mereka terhadap kelemahan seumpama ini....
ReplyDeleteSaya setuju tu MS,tapi masalahnya kalau setakat sang mentimun aja yang bertindak,terpekek terlolong..siapa mau dengar? hanya jadi bahan sendagurauan sang durian aja. Kita tahu da ada individu tertentu yang telah mendedahkan isu ic projek ini,Projek M ini dan orang yang mendedahkannyanya bukan di kelangan mentimun biasa.Tapi apa yang dia dapat?Apa tindakan kerajaan? Hakikatnya, selagi ada campur tangan kakitangan awam, ketidakholistikan perkhidmatan,ironi politik dan kefanatikan agama membabi tuli selagi itulah isu ini terus menjelar,merayap dan merapas hak peribumi di negara ini amnya dan khasnya di negeri ini. Akhirnya anak2 peribumi merempat, merintih di bumi sendiri.
ReplyDeletemasalah ic, jabatan pendaftaran, semuanya ada kaitan dengan kepentingan politik induvidu2 tertentu...
ReplyDeletekhasnya datuk-datuk atau YB-YB tertentu tu... kan Ronney?
ReplyDeleteHahaaa...ada mnyak betut itu Ronny n MS, sebab di kalangan Datuk2 bin YB2pun ada yang perolehi ic dgn cara yg tak betut itu..kalau bukan mereka, bapa mereka, kalu bukan bapa mereka..DATUK meraka dan ...
ReplyDeleteterlalu ikut protokol semua kerja jadi lambat ........
ReplyDelete