Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Monday, 30 June 2008

Penggunaan Pelekat Pada Plastik Pembungkus Beras : Baik atau Buruk?

Baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan penggunaan pelekat pada plastik pembungkus beras bagi memudahkan pengguna mengenalpasti dan membuat pilihan, berdasarkan kualiti dan peratus hancur. Adakah ini dapat membantu pengguna? Ataupun akan lebih menjahanamkan hak pengguna? Banyak rungutan (complain) orang ramai yang kita dengar di sana-sini berkenaan kekeliruan yang dihadapi akibat penggunaan pelekat ini. Mungkin ada kebenarannya dakwaan ini kerana dari segi teorinya pun, semua orang tahu langkah ini mudah diselewengkan oleh pihak penjual demi mendapatkan keuntungan lebih. Bagi mengesahkan sama ada terdapat kewajaran tentang rasa kebimbangan ini, ada baiknya anda pastikan sendiri. Namun saya ada bahan untuk dipertontonkan kepada anda tentang apa yang ada berlaku di pasaran runcit beras di negara kita. Anda saksikanlah sendiri... video

2 comments:

  1. Itulah sebabnya pengguna harus bijak...jangan tutup mata bila membeli sesuatu barangan. Jangan mudah diexploitasikan oleh mereka-mereka ini.
    Buat sedikit perbandingan harga..kalau kedai itu keterlaluan..boikot!
    Saya pernah mengunjungi sebuah kedai di pekan Donggongon, Penampang. Harga sebungkus Mee Maggie hanyalah sekitar 60sen sahaja. Kedai ini menjual dengan harga RM1 sebungkus.
    Saya terus tidak pergi sana lagi. Lagi satu, pihak media harus memainkan peranan yang penting dengan selalu menyiarkan nombor-nombor telefon dimana pengguna dapat membuat aduan. telefon yang dihubungi patut terus ke Hotline..bukan..."sila tekan satu untuk buat aduan..sila tekan dua untuk...bla bla bla... orang pun malas mau komplen! Buang masa!

    ReplyDelete
  2. HonneyBuzzin... saya pun mahu kongsi pengalaman berkaitan nombor aduan pengguna ni. Saya pun pernah cuba menalifon nombor KPDNHEP pasal mo buat aduan harga ayam yang tidak ikut harga siling. Tapi sekali tu.... asyik-asyik "engage" ja. Kali kedua tu... dapat. Pas tu, dia minta maklumat itu..ini... Lepas bagi dorang janji kunun akan ambil tindakan sewajarnya secepat yang mungkin. Tapi pas tu... tunggu-punya tunggu... tiada apa yang datang bertindak. Peniaga tu masih lagi jual ayam pada harga yang sama RM9.00 sekilogram... padahal harga siling hanya sekitar RM5 - RM6 lebih ja... hu..hu... apalah nasib.

    ReplyDelete

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini