Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Thursday, 27 January 2011

DARI "IT" KE ZAMAN "ET"??

Buat penjawat-penjawat awam di seluruh negara...anda sedang mengalami keadaan-keadaan berikut ini di pejabat anda...




Fakta ini dipetik dari…
Berita Harian 17 Jun 2009- Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM

Kuala Lumpur
Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan…
Sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.
  • Kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.
  • Kakitangan awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.
  • Kakitangan awam dilarang memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang.
  • Kakitangan awam dilarang melakukan aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet.
  • Kakitangan awam dilarang menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian ; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.
  • Kakitangan awam dilarang Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

MS@BS Kata : Ini umpama si Buruk Siku merebut tongkat dari si Buta, dulu bagi... konon untuk memudahkan...untuk memodenkan...untuk persaingan global (globalisasi)... untuk mencelikkan... dunia tanpa sempadan... e-kerajaan... macam-macam e-...... Sekarang, Apa cerita? Apa sudah jadi ????
Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

Wednesday, 20 January 2010

"Baby Soup" untuk Kesihatan?



Anda seorang suami ? Isteri?
Anda seorang datuk atau nenek yang mempunyai beberapa orang cucu dan cicit?
Atau anda adalah seorang anak yang mempunyai beberapa orang adik beradik?
Pernahkah anda terfikir untuk menghirup “sup panas” dari semangkuk sup yang berisi daging anak, cucu/cicit ataupun saudara mara anda sendiri?
Apa yang akan anda katakan jika anda dihidangkan dengan sup bayi (baby soup)?
Beginilah kenyataannya di beberapa daerah di negara China seperti daerah Canton, apabila sesetengah restoran di tempat itu dikatakan turut menyediakan hidangan “sup bayi” yang dimasak bersama-sama dengan daging ayam dan herba. Sungguh tidak berperikemanusiaan!
Dari sudut pandangan agama (Kristian), hal berkenaan amalan kanibalisme ini disentuh seperti dalam petikan berikut:
Then God blessed Noah and his sons, saying to them, “Be fruitful and increase in number and fill the earth.  2 The fear and dread of you will fall upon all the beasts of the earth and all the birds of the air, upon every creature that moves along the ground, and upon all the fish of the sea; they are given into your hands.  3 Everything that lives and moves will be food for you. Just as I gave you the green plants, I now give you everything.
 4 “But you must not eat meat that has its lifeblood still in it.  5 And for your lifeblood I will surely demand an accounting. I will demand an accounting from every animal. And from each man, too, I will demand an accounting for the life of his fellow man.
 6 “Whoever sheds the blood of man,
by man shall his blood be shed;
for in the image of God
has God made man. (Genesis 9:1-6).
Sesetengah penggemar dan pemakan sup bayi ini percaya bahawa sup berkenaan mampu menguatkan daya tahan seksual mereka, khasnya di kalangan warga tua. Bagi kaum wanita pula, ada yang mengaitkan amalan memakan sup bayi ini sebagai satu cara untuk “awet muda”. Benar atau tidak dakwaan ini ? Walaupun umum tahu akan kewujudan bahan berasaskan tisu manusia dalam kebanyakan produk kosmetik, namun dalam kes memakan sup bayi (cannibalism), setakat ini belum ada pembuktian kesan yang dibuat oleh mana-mana saintis.

Sebaliknya kajian saintis terhadap kesan amalan kanibalisme (cannibalism) oleh puak asli di Papua New Guinea/Irian Jaya mendapati bahawa amalan ini adalah penyebab kepada penyakit “Kuru”dari keluarga transmissible spongiform encephalopathy (TSE); iaitu sejenis penyakit berkaitan urat saraf. Penyakit ini antara lain menjejaskan pertuturan, keseimbangan badan, dan kegagalan fungsi otot.
Apapun amalan memakan sup bayi di China ini banyak berhubung kait dengan faktor kemiskinan dan dasar kependudukan yang diamalkan di negara berkenaan. Rata-rata penduduk di kawasan luar Bandar negara China masih berdepan dengan masalah kemiskinan. Kos untuk melahirkan seorang anak di negara itu adalah berlipat ganda mahalnya (mencecah 2000 yen), berbanding dengan kos untuk menggugurkan janin yang jauh lebih murah (beberapa ratus yen sahaja).
Manakala dasar kerajaan China untuk menghadkan bilangan anak yang boleh dimiliki oleh sesebuah keluarga pula menyebabkan kebanyakan rakyat China yang mengandung anak kedua atau ketiga akan memilih untuk mengugurkan kandungan mereka. Lebih-lebih lagi  jika bayi yang dikandung itu adalah seorang bayi perempuan. Ini menyumbang kepada peningkatan statistik penguguran janin (abortion) di negara berkenaan.  Sesetengah penduduk di negara berkenaan turut sengaja mengugurkan kandungan mereka untuk mendapatkan wang, dengan tujuan memenuhi pasaran dan permintaan terhadap “sup bayi” ini.




MS@BS Kata : Ini perbuatan manusia yang tidak bertamadun. Korang jangan sekali-kali ikut... try pun jangan ! TQ

Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

Thursday, 14 January 2010

Awas serangan virus dan pencerobohan "hackers" !


Aduh.!
Awal-awal tahun ini, nampak gaya banyak sangat cabaran guna IT ni. Banyak sangat serangan virus, trojan, worm, backdoor dan macam-macam lagi.

Baru-baru ni, dikhabarkan bahawa syarikat Google juga akan menutup server terbesarnya di Asia yang terletak di negara China. Semua ni gara-gara "penggondam" atau "hackers"... mentang-mentang mereka ni "mahir gila" dalam soal IT dan pengaturan (programing) komputer, sesuka hati ja merosakkan harta benda orang lain. Bukan Google ja yang mendapat susah... pengguna awam di seluruh dunia pun terkena tempiasnya.

Dengar khabar lagi, penggondam komputer dari Indonesia sekarang ni sedang giat menggondam dan menyebarkan virus ke mana-mana laman web di Malaysia. Kononnya, untuk membalas kejadian pencerobohan laman web tertentu di negara itu yang kononnya dilakukan oleh penggondam Malaysia. Ini adalah rentetan daripada isu "claim" mengklaim budaya antara negara itu dengan negara Malaysia pada tahun lepas. BENAR ATAU TIDAK CERITA INI ? Tidak ada mana-mana pihak yang berani mengesahkannya.

Apapun, kenyataannya... aktiviti menceroboh, cubaan mencuri maklumat dan melakumusnah data elektronik di internet memang "HANGAT" diperkatakan awal-awal tahun ini. Saya sendiri alami kesannya... itu ini yang "terdisabled" akibat virus. Walaupun kita tidak memuat turun (mendownload) apa-apa dari internet, namun tetap akan ada potensi untuk "kena", asalkan kita menggunakan internet (online).Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan rangkaian (network). Saya menggunakan perisian antivirus Kaspersky 8xx yang ori punya... hari-hari update pun tidak dapat menapis semua serangan virus tu... ada saja yang mungkin terlepas.

Sudah beberapa hari saya cuba "restore" sistem saya ke tarikh sebelum "hidden file" yang dicipta oleh virus... tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana "system restore" saya habis kena off dan kena "disabled" kan oleh virus@worm@trojan dll. Nasib baiklah saya jumpa satu perisian untuk mengaktifkan semula benda-benda yang terdisabled dalam sistem komputer kita.


Perisian ini sangat baik kerana ianya...
1.Percuma
2.Mudah diguna... cuma sekali klik saja...
3.Boleh dibawa ke mana-mana (portable)... tidak perlu install....
4.Boleh mengaktifkan semula System Restore, Regedit,Cmd Console, Run, Folder Option,Task Manager, Task Scheduler, Control Panel, Context Menu, My Computer, Ms-Config dan Search.


Anda berminat? Saya kongsikan perisian ini dengan anda di sini.
Link download ada juga saya letakkan di bahagian bawah blog ini, dibawah label Yang Menarik Untuk Dikongsi.



MS@BS KATA : Ini semua komplot ni... konspirasi antara pembuat perisian dan pembuat virus... mau untung punya pasal woo... nasib baik ada pihak ketiga yang tidak mahu terlibat sama... viva for free and opensource...

Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

Dari Lensa Malaikatsesat

Dari Lensa Malaikatsesat
Indahnya alam maya ku...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...

Cerita Aku Dan Alam Semulajadi...
Tenom, 2010

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Arkib Blog Ini