BAGI MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK, DAPAT APA PULA?
Rakyat di kedua-dua negeri (Sabah & Sarawak) ini dijanjikan dengan dua bentuk “hadiah”.
1. Keutamaan diberikan kepada kedua-dua negeri ini untuk diberi tambahan peruntukan besar bagi menyedia, menaik taraf dan memperluaskan lagi infrastruktur asas. Antaranya ialah jalan raya, sekolah serta bekalan air dan api (elektrik), khasnya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman.
ADAKAH INI PATUT DIANGGAP HADIAH? BUKANKAH INI ADALAH TANGGUNGJAWAB ASAS SESEBUAH KERAJAAN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT? “Hadiah” pada pandangan umum adalah bermaksud “sesuatu pemberian yang istimewa, diberikan secara ikhlas (bukan bersyarat) dan lain daripada kebiasaan”. Jadi, terpulanglah kepada rakyat di kedua-dua negeri ini untuk menilainya. Apapun, jika ini dapat dilaksanakan juga akhirnya (Janji kerajaan untuk menunaikan hadiah ini adalah dalam Rancangan Malaysia Ke10… agak lama lagi tu…) maka rakyat Sabah/Sarawak memang patut bersyukur juga, walaupun pembangunan seumpama ini sepatutnya telahpun diterima seluruh rakyat di negeri ini sejak 50 tahun yang lalu.
2. Urusan permohonan pendaftaran kelahiran di Sabah & Sarawak akan “dipermudahkan”. Melalui cara bagaimana? Kaedah untuk ini kurang diperincikan dalam laporan berita. Namun angin kencang bertiup membawa berita berikut…
a. Mengecualikan pemohon daripada mengemukakan dokumen-dokumen asas permohonan seperti cabutan sijil perakuan kelahiran dari pihak hospital
b. Mengecualikan surat akuan sumpah daripada pesuruhjaya sumpah ( Jaksa Pendamai, KAN,WKAN, Ketua Kampung dll…)
c. Mengecualikan butiran bukti sijil lahir ibu/bapa pemohon
d. Menggunakan kaedah turun padang (JPN Bergerak) iaitu secara “cari dan daftar” serta merta.
Kelonggaran yang berpada-pada memang amat patut diambil kerajaan bagi memudahkan pendaftaran kelahiran anak-anak rakyat Sabah & Sarawak yang sah, khasnya di kawasan-kawasan pedalaman, yang memang sukar dihubungi.
NAMUN WAJARKAH PEMBERIAN KELONGGARAN SYARAT PERMOHONAN KELAHIRAN INI DIBERIKAN SEHINGGA KE TAHAP YANG SANGAT LONGGAR SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS? Tindakan ini samalah "seperti perbuatan menggali liang kubur sendiri, tanpa mengukur besar atau panjangnya jasad empunya diri".
BUKANKAH INI AKAN MEMUDAHKAN LAGI PENYELEWENGAN PENDAFTARAN STATUS KELAHIRAN UNTUK TERUS BERLAKU DI NEGERI INI, KHASNYA OLEH MEREKA YANG “MATA DUITAN”, “HAMBA KUASA” DAN MEREKA YANG HANYA MENGANGGAP BUMI SABAH & SARAWAK SEBAGAI “TRAMPOLIN” SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA “BUSUK” MEREKA? Jika sebelum ini pun, penyelewengan sebegini begitu mudah berlaku di sana-sini… apatah lagi apabila pintu sudah dibuka seluas-luasnya!
MUNGKINKAH DENGAN MEMPEROLEH SIJIL KELAHIRAN DENGAN TERLALU MUDAH, MAKA "ANAK-ANAK PENYU " YANG BERTABURAN DI SANA-SINI DI NEGERI SABAH AKAN MUDAH PULA MEMPEROLEH KERAKYATAN DAN KEWARGANEGARAANNYA???
Saya kira semua rakyat Malaysia tidak menentang dasar kerajaan secara membabi-buta. Kita sokong sentiasa, asalkan dasar itu sentiasa member manfaat kepada “warganegara Malaysia” yang sah dan layak mendapat haknya menurut peruntukan Perlembagaan Negara… dan bukan atas dasar “kemanusiaan” yang membuta tuli.
MS@BS Kata : Biar susah-susah sikit, Jangan susah sampai bila-bila...
Life is too short...
Heaven is too far to reach for...
However, HELL IS REAL!