Selamat Hari Guru wahai warga guru-guru yang budiman di seluruh Malaysia.
Setelah hampir 52 tahun negara kita merdeka, jawatan guru tetap menjadi satu daripada jawatan-jawatan yang amat signifikan dalam perkhidmatan awam di negara kita. Namun nilai gah terhadap profesion perguruan kini tidak lagi menjanjikan “kesenangan” kepada para penjawatnya. Isu-isu berkaitan profesion perguruan (yang kebanyakannya tertunggak dari segi penyelesaiannya) adalah antara benteng yang menghalang dinamika profesion ini daripada terus berkembang ke satu tahap yang lebih tersohor. Isu-isu berkenaan termasuklah bebanan kerja berlebihan, arahan-arahan pentadbiran yang berlapis-lapis, kerenah birokrasi dan kurang ketelusan dalam urusan kenaikan pangkat, isu berkaitan emolumen dan banyak lagi. Mungkin kah benteng ini akan terus menebal sehingga menjadi tembok yang teguh? Seteguh Tembok Besar China?
Apa pun, tahniah kepada guru-guru kerana kebanyakannya masih tetap teguh dan ampuh dalam melaksanakan semua tanggung jawab yang diamanahkan. Walaupun mungkin pada hakikatnya, telah nampak sedikit kelunturan semangat bekerja dalam jiwa ramai guru dek kerana masalah-masalah berkaitan profesion perguruan semasa yang belum diselesaikan di antara NUTP, Kementerian Pelajaran dan JPA.
Diharapkan permasalahan-permasalahan berkaitan akan dapat diselesaikan secara bijak dan berhemah oleh pihak Kementerian Pelajaran dan JPA, demi kepentingan penjawat awam dalam profesion perguruan ini. Penyelesaian pada kadar yang segera memang amat dituntut dari pihak yang berkenaan demi masa depan gemilang generasi muda Malaysia.
Data /carta berikut ada hubung kait dengan urusan kenaikan pangkat penjawat awam di sektor perguruan, yang mana telah dicadangkan oleh pihak NUTP:
MS@BS kata : Mungkin inilah hakikatnya ungkapan "guru umpama lilin". Rela membakar diri sendiri demi menerangi orang lain. Namun, sekali terbakar... maka cairlah ia. Bila sudah cair... orang tidak akan pandang lagi. hu..hu..
Life is too short...
Heaven is too far to reach for...
However, HELL IS REAL!