Jom kita sembang-sembang..


widget sembang percuma @ ShoutMix

Friday, 13 March 2009

KEPUTUSAN STPM – SPM 2008

KEPUTUSAN STPM – SPM 2008 : KEMAMAMPUAN, KEBETULAN ATAUPUN....?

11 Mac 2009 – keputusan peperiksaan STPM diumumkan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia.

Keputusan keseluruhan seluruh negara ? – Merosot.

Pencapaian mengikut subjek berbanding tahun sebelumnya ? – berlaku penurunan

Pencapaian matapelajaran Sains ? –Kualiti ? - ????? Kuantiti ? – meningkat.

PENCAPAIAN MURID SEKOLAH LUAR BANDAR (ALIRAN SAINS) BAGI MATAPELAJARAN SAINS......... MENINGKAT MENDADAK... TERCATAT BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH... MENGATASI PENCAPAIAN MURID DAN SEKOLAH BANDAR, DARI SEGI “PERATUSAN LULUS”.

12 Mac 2009 – Keputusan peperiksaan SPM diumumkan secara rasmi oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keputusan keseluruhan seluruh negara ? – Sedikit menurun.

Pencapaian mengikut subjek berbanding tahun sebelumnya ? – banyak peningkatan

Kebanyakan negeri ; Sabah, Johor, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang – Catat peningkatan besar.

Pencapaian matapelajaran Sains ? –Kualiti ? - ????? Kuantiti ? – meningkat...... mendadak.

Dalam kedua-dua peperiksaan ini, subjek-subjek sains membuat kejutan peningkatan yang besar... malah berlaku di sekolah-sekolah luar bandar yang sebelum ini sangat payah mencatat tahap “lulus”, apatah lagi ke tahap cemerlang (kredit)....

Ini antara khabar baik yang diumumkan pihak Majlis Peperiksan Malaysia (MPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) baru-baru ini.

Semua rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian ini. Tetapi benarkah statistik peningkatan ini benar-benar sahih dan menggambarkan kemampuan serta pencapaian sebenar generasi muda Malaysia yang terlibat dalam kedua-dua peperiksaan ini ?

Dengar khabar, banyak pihak meragui keputusan yang dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab menguruskan kedua-dua peperiksaan awam ini. Ditambah lagi dengan isu kelewatan mereka mengumumkan keputusan SPM dan STPM saban tahun.

Dengar khabar lagi, kononnya ada murid-murid sekolah luar bandar yang selalu ponteng sekolah, sangat tidak mahir menulis dan membaca, sangat lemah bahasa Inggeris dan pengiraan, tidak pernah membuat kerja/latihan yang guru arahkan, selalu ponteng peperiksaan dan macam-macam... selain masalah disiplin. Mereka ini bukan setakat lulus subjek sains, malah mencatat keputusan kredit c5 dan c6.... hinggakan guru yang mengajar pun ternganga tidak percaya.

Jika benar keadaan ini berlaku, apakah ini menyokong kepada dakwaan ketidaktelusan pihak kerajaan (LPM/MPM/KPM) dalam mendedahkan statistik pencapaian sebenar calon-calon peperiksaan SPM dan STPM 2008 ?

Mungkin ya, mungkin juga tidak. Tetapi jika ada unsur-unsur penyelewengan sedemikian ... maka yang ruginya bukanlah menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang berkenaan dan bertanggungjawab. Tetapi generasi Malaysia yang akan datang. Bayangkan jika seseorang pelajar yang tidak sebijak berbanding sijil yang diperolehinya... memasuki jurusan profesional (doktor atau arkitek misalannya...), mahukah anda mendapatkan perkhidmatan dari mereka? Bayangkan apa yang akan mereka lakukan untuk anda... dan apa kesannya kepada anda kelak...

Apapun tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha mendidik anak bangsa Malaysia di seluruh Malaysia. Jangan putus asa... banyak bersabar... dan teruskan menjadi “guru” yang sejati. Tahniah juga kepada semua calon peperiksaan SPM dan STPM yang telah mendapat keputusan yang anda sahaja yang tahu grednya.... teruskan belajar.

Yang selebihnya... dan kemudiannya.... ? Kita serahkan kepada keadaan dan perubahan.....

PEACE !

Nukilan Ikhlas, MS@BentaraShakti Life is too short... Heaven is too far to reach for... However, HELL IS REAL!

Pengunjung yang dikesan dari serata dunia...

Blogers Around da World..

Hello Malaysian !

Arkib Blog Ini