Saturday, 7 March 2009
BANJIR DAN BANJIR LAGI
Monday, 2 March 2009
PERPADUAN DAN KEHARMONIAN KAUM : Mengapa Perlu Digadaikan?
Alangkah baiknya jika keharmonian yang selama ini kita kecapi selama hampir 52 tahun dalam negara kita Malaysia, dapat kita pertahankan dan kekal terpulihara!
Bak kata pepatah atau bidalan yang berikut:
1. Sepakat membawa berkat.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh.
3. Seia dan sekata.
4. Teguh pohon kerana akarnya.
Dalam koloni semut, setiap ekor daripadanya telah dilahirkan dengan takdir tersendiri walaupun mungkin ada yang tidak suka dengan takdir tersebut. Soalnya bukanlah terletak pada saiz, warna dan kedudukan sebagai
pekerja, pengawal, tentera, mandur mahupun ratu. Apa yang lebih penting ialah persefahaman, disiplin dan kesanggupan berkorban demi kepentingan bersama. Mampukah rakyat di negara kita bermasyarakat seperti koloni semut?
Sejak akhir-akhir ini, perpaduan dan keharmonian rakyat dalam negara kita semakin hari semakin lusuh dan longgar. Sedar atau tidak, itulah hakikatnya yang sedang menghambat masa depan rakyat di negara kita khasnya golongan muda yang menjadi pewaris mutlak masa depan negara. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa perpeduan dan keharmonian kaum seperti hampir tergadai?
40 tahun yang lampau berlaku peristiwa 16 september 1969, iaitu rusuhan kaum yang disimpulkan oleh kerajaan sebagai “akibat daripada kemiskinan perpaduan di kalangan rakyat”. Ekoran daripada peristiwa ini, kerajaan dengan sokongan rakyat berbilang kaum dan agama di seluruh negara ini telah berusaha mengatasi masalah tersebut dengan pelbagai bentuk pengorbanan – masa, hak, kuasa,harta dan wang ringgit. Usaha ini tidak sia-sia belaka, kerana kita sangat-sangat hampir mencapai apa yang dicita-citakan oleh semua orang iaitu “perpaduan dan Keharmonian”.
Malangnya, kematangan berfikir yang diasah selama hampir 52 di kalangan rakyat dan khasnya para pemimpin negara tidak cukup untuk mengingatkan kita tentang perlunya mengekalkan terus perpaduan dan keharmonian yang telah dikecapi selama hampir sedekad. Semuanya kerana KUASA, HARTA dan KEPENTINGAN DIRI semata.
Jika dahulu, rata-rata rakyat negara kita tanpa mengira kaum, agama dan bahasa boleh bersatu dengan menghormati perlembagaan negara, dengan tidak membangkitkan perkara-perkara yang dianggap sensitif untuk dibicarakan seperti soal agama, bahasa dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera. Namun apa yang berlaku kini ialah, ramai rakyat Malaysia yang gemar malah secara berani dan terang-terangan menggunakan tiga isu sensitif ini untuk mendapatkan publisiti murahan,khasnya segelintir ahli-ahli politik, NGO, golongan pemikir, media dan malah di kalangan pengamal perundangan sendiri.
Antara isu / perkara yang menjadi topik hangat diperkatakan dalam negara kita ialah:
1. Isu kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu.
2. Isu larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam agama kristian – khasnya dalam penerbitan majalah The Herrald.
3. Isu kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah seluruh Malaysia – PPSMI
4. Isu ketuanan Melayu.
5. Dan beberapa isu lain lagi.
Yang hairannya, semua isu ini ada hubung kait dengan “politiking” ataupun yang bermotifkan kuasa politik, pengaruh dan “survivor” seseorang tokoh politik dalam kancah politik semasa. Apakah motif sebenar isu-isu ini diheret ke kancah percaturan politik mereka? Tiada siapa yang berani membuat kesimpulan setakat ini. Namun yang nyata, semakin ramai rakyat Malaysia yang merasa “bahang perkauman” nya dan semestinya mengundang rasa tidak senang.
Apa kata anda?
Nukilan Ikhlas MS @ Bentara Shakti
Life is too short...
Heaven is too far to reach for...
However, HELL IS REAL!

